JuSt TrIed RaDix FriEd ChiCkeN~
22 February 2009

BuRRRRRppp…OpS

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi ni aku rasa macam ada benda tak kena jek. Ape ek?? Oh, baru perasan..HenPonku tak jumpa lagi. Berapa hari dah tak jumpa. Last2 aku berazam untuk cari sampai dapat sambil berdoa memohon petunjuk ILahi…Last2..Jumpe jugAk..ruPa2nya kat celah bawah kerusi kereta Citra mak tu..huhu..aku yang sepahkan sebenarnya..

Okiep..tu cerita pagi, ni nak cerita petang pulak. Petang hari ni aku ikut ayah aku pegi Alor Setar(ALOQ STAQ)..Ada kerja dekat2 UiTm MerbOk. Sebelum balik tu, pekena kat kedai makan SeaFood mana ntah…Aku pun makan la sepuas-puasnya..

Tiba2..aKu ternampak signboard jalan…’Jalan Shahab’..

Macam pernah dengar..Ya~ Bukan RADIX baru bukak cawangan baru RFC kat sini ke? Adeh, rugi aku makan puas2 tadi..Jalan beberapa saat je nampaklah aku restoran Radix Fried Chicken seperti yang ditunjukkan dalam pos sebelum ni…Sapa tak baca lagi..

KLIK SINI

Aku masuk2 dah azan maghrib. Orang ramai plak tu..Masya-Allah. Beratur semua line panjang, tapi takda sorang pun merungut..semua muka happy2 je..Yelah..Nak suPPort pRoduk Islam punya pasal kan..Tambah2 dapat kak cashier yang cun..siap bagi salam lagi tu..hehe..KFC mana ada nak bagi2 salam ni..

Maka berjalanlah RFC tu sejauh 90km dari Alor Setar Ke Butterworth..hahaha..balek2 dah sejuk..

Sodap

Sodap

Free Sos dan Radix Cola

Free Sos dan Radix Cola

Radix Fried Chicken..alternatif KFC
16 February 2009

Adakah anda merupakan seorang daripada pemboikot KFC di Malaysia? Jika YA, kini anda tidak perlu cemburu lagi terhadap orang yang makan KFC di sekeliling anda kerana kini anda mampu membuatkan mereka cemburu dengan menyokong RADIX FRIED CHICKEN (RFC)…

RFC merupakan 100% syarikat milik bumiputera ISLAM dibawah syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. yang terjamin bersih, suci, berkhasiat dan berkat(cey). Salah satu alternatif dan usaha untuk terus memboikot produk2 barat.

INFO HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui initiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan. HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga JUN tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak 70 buah cawangan.Termasuk 5 Cawangan Di Indonesia dan 1 Di Brunai. Stok AGEN kini lebih dari 1200 Orang. Dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500,000 orang
Pada 7 Februari 2009 yang lalu, telah berlangsung majlis perasmian Radix Fried Chicken (RFC) cawangan Alor Setar. Ini merupakan cawangan kedua dan lebih banyak cawangan akan menyusul selepas ini. Menurut laporan, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sehingga kini sambutan pengunjung tidak henti-henti.

RFC juga dibuka 24 JAM

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Azizan bin Abdul Razak. RFC kedua ini telah menggunakan warna oren pada keseluruhan bangunan restoran berbanding warna merah yang digunakan di Restoran RFC pertama di Sungai Petani.

Insya-Allah pada tahun ini HPA akan membuka sebanyak 20 cawangan RFC di seluruh Malaysia pada tahun ini sahaja.

rfc-as

rfc-as2

rfc-as10

rfc-as4

rfc-as5

jadi promoter tak bergaji kejap..sape nak tengok pic lagi read more yer~ (more…)