Radix Fried Chicken..alternatif KFC
16 February 2009

Adakah anda merupakan seorang daripada pemboikot KFC di Malaysia? Jika YA, kini anda tidak perlu cemburu lagi terhadap orang yang makan KFC di sekeliling anda kerana kini anda mampu membuatkan mereka cemburu dengan menyokong RADIX FRIED CHICKEN (RFC)…

RFC merupakan 100% syarikat milik bumiputera ISLAM dibawah syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. yang terjamin bersih, suci, berkhasiat dan berkat(cey). Salah satu alternatif dan usaha untuk terus memboikot produk2 barat.

INFO HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui initiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan. HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga JUN tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak 70 buah cawangan.Termasuk 5 Cawangan Di Indonesia dan 1 Di Brunai. Stok AGEN kini lebih dari 1200 Orang. Dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500,000 orang
Pada 7 Februari 2009 yang lalu, telah berlangsung majlis perasmian Radix Fried Chicken (RFC) cawangan Alor Setar. Ini merupakan cawangan kedua dan lebih banyak cawangan akan menyusul selepas ini. Menurut laporan, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sehingga kini sambutan pengunjung tidak henti-henti.

RFC juga dibuka 24 JAM

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Azizan bin Abdul Razak. RFC kedua ini telah menggunakan warna oren pada keseluruhan bangunan restoran berbanding warna merah yang digunakan di Restoran RFC pertama di Sungai Petani.

Insya-Allah pada tahun ini HPA akan membuka sebanyak 20 cawangan RFC di seluruh Malaysia pada tahun ini sahaja.

rfc-as

rfc-as2

rfc-as10

rfc-as4

rfc-as5

jadi promoter tak bergaji kejap..sape nak tengok pic lagi read more yer~ (more…)