Video PJU 2008

15 February 2009 - Leave a Response

Hari ni jari jemari menggatal nak main-main dengan google…tiba2 kepala otak teringat pasal Program Jalinan Ukhwah (PJU) anjuran Alumni Pelajar SBP (APIS) beberapa bulan lepas. Masa penutup tu ada satu video yang diorang buat, pikir2 balek, takkan diorang tak letak dalam youtube kot?

Search..search..balek…jumpe jugaaak..

ni dia..

Harap video ni dapat menceritakan sedikit sebanyak pasal PJU. Btw, aku tak terlibat eh buat video ni..huhuh.

Video diupload oleh saudara Aiman Azlan, Penghulu PJU 2008..hehe

Wassalam,

Syahiran

*btw, al-fatihah untuk bapa datuk siti nurhaliza, taruddin ismail yang menghembuskan nafas terakhirnya kira2 jam 10.45 tadi.

Advertisements

Melayu, Sultan, Perak, Lompat, Kerajaan Haram

14 February 2009 - Leave a Response

Adeh, dah banyak dah blog-blog, website2, yang mengupas isu2 yang berlaku kat Perak ni. Haha, aku duduk rumah sambil bergoyang kaki hanya mampu tertawa la tengok gelagat orang2 tua yang macam budak2 tu. HuhUHUhu. Aku ni pun belum cukup umur untuk berbicara pasal hal ni. Jadi, lebih baik aku tunggu dan lihat aje lah..kang x pasal2 aku blog aku kena BLOK dengan kerajaan PENAKUT ni.

Tapi aku cukup kecewa dengan sikap orang Melayu kita. Bila ‘derhaka’ dengan sultan, cukup marah..Demonstrasi bagai nak rak. Padahal yang buat ‘derhaka’ tu untuk menuntut bela, menegakkan keaDilan, itu aje.

Bila buat benda2 derhaka kepada Allah, tak de plak nak buat macam ni. PooODaAH..Taasub sangat la kat sultan korang tu. Yerp, aku pun perlu patuh kepada pemimpin. Tapi, pemimpin yang korup dan menyokong yang korup buat ape nak patuh.

Haha, dasar kerajaan BeeEnd tak tahu malu, rompak hak rakyat. Bertambah zalim ala zionis bila mencabul prinsip demokrasi dengan merampas akhbar2 alternatif Harakah, Suara KeaDilan dan lain2. Tak fikir apa pandangan orang terhadap mereka.

SULTAN BUKAN TUHAN LA WEIIIIIIIIII~

Y.A.B. Syahiran

watching Geng:Pengembaraan Bermula

12 February 2009 - 4 Responses

Fuuh, baru je lepas tengok cite GENG : Pengembaraan Bermula.

Sepatutnya hari ni planning nak gi tengok cite tu ngan sepupu aku, Izham. Siap booking tiket lagi pukul 5.20 ptg. Sekali kol tak dapat pegi lak. Aduh.

Then, aku cepat2 on9 ym sebelum zohor, tanya la sape nak teman aku pegi tengok. Tanya arep, takde transport. Tanya zaim lak, dia ajak nafis. so, aku dapat la pergi bertiga hari ni. Aku book 3 tiket. Tukar tiket, dari 5.20ptg kepada 3.20 ptg. Then, dalam pukul 2 petang camtu, diorang amik aku kat rumah naik moto terus ke Sunway Carnival..haha..

Geng

Geng

Disebabkan hari ni hari bekerja, jadi tak ramai la orang. Ramai jugak budak2 kecik dalam panggung tu..kapel pun ade(ape la diorang buat kat belakang tu..ish3). Dah la time aku beli popcorn tu pegi berpeluk sebelah aku. Bluerkk..

Sy dan Nafis

Sy dan Nafis

Zaim dan Nafis

Zaim dan Nafis

senget lak

senget lak

Lepas habis je tengok. Out of 5 stars, aku bagi 4.5 lah. Bagus, jalan cerita agak menarik dan tersusun. Walaupun ada sikit lawak bodoh..Memang menghiburkan hati jugak. Sepanjang cite tu, tangan aku meraba2 popcorn tanpa henti. Teruja dengan animasi 3d buatan tempatan.. Jadi, aku rekomen korang tengok la cite ni..huhuh..Diorang dah melabur rm4juta utk filem ni.

ni sedikit review daripada laman web vrempire.com :

For me the storyline is pretty straightforward but with mystery elements. The plot is build up very good and I can follow it well. I like the jokes in it which most of the time works and they are natural and very Malaysian. I believe all of us can get and appreciate the humour moments in it. The animation and graphics aspects of this film is really impressive and oustanding. The textures look so real. I really fascinated with the jungle and orchard scenery as the leaves, plants and tree are done very beautifully. There are also few type of monsters in this movie and I was flabbergasted with the glow-in-the-dark monster because the glowing scene is really beautiful and eye-candy for me. I also loved the ‘roller coaster’ moment where sometimes they used the first person perspective so I feel like I am also on the ride. The sound effect also is really good. Thumbs-up! Anyway, the group singing in the early of the movie is quite long to me. Maybe I don’t prefer it since I’m not into Hindustan singing and dance style. Anyway, I believe kids will love it since my daughter can enjoy watching continuos Hi-5 VCD. Maybe she will jiggle in the cinema D

Lagi satu, bak kata tuan Direktor cerita Geng, saudara Mohd. Nizam Abd. Razak yang telah mengomen blog aku :

tengok tengok tengok! tips: jangan keluar walaupun lampu wayang dah dibuka. terima kasih kerana menyokong!! hehe

-Nizam LesCopaque-

Reference : https://teknodaie.wordpress.com/2009/02/11/geng-pengembaraan-bermula-besok/#comments

Pastu balek, pekena char koay teow special sungai dua..haha..Sampai umah, mak takde plak,pegi amek adek kat skolah..duduk la aku kat luar rumah tu sejam..lupe lak nak bawak kunci..waaaaaaa..~

Char Koat Teow

Char Koay Teow Sungai Dua

haha

padan muke

Celaka punya pencuri.

11 February 2009 - 7 Responses

Pergh..dalam 10 minit tadi..(8.40mlm) cermin kereta Kia abah kena pecah pencuri. Siot gile. Kawasan umah aku ni memang banyak pencuri. Tiap2 minggu dengar je cerita pasal pencuri kat kawasan aku.. Ni semua keje budak2 dadah la ni. Minggu lepas kereta merc jiran sebelah aku kena, minggu ni kete abah pulaKK..haha..

Pecah

Pecah

Abah tengah vakum

Abah tengah vakum

Petang tadi aku tertinggal hp dopod d810 aku dalam tu, abah suruh amek..seb bek lah..kalo tak lenyap dah skang..

Yang besnya, pencuri tu sempat amek smart tag je. Tapi ada kad  ape ntah dalam tu. Dia ingat kredit kad kot..tu seronok je..Mak cepat2 kol suruh blok penggunaan kad tu. Smart tag pun blok..Kesimpulannya, dia tak dapat pape la. Sakit tangan je la pecah tingkap tu selain menyusahkan orang lain nak repair blek..Nak curi pun, time tak kena. Lain kali pecah la kul 2 3 pagi ke..ni time isya’..adooi..

mmg bodoh..celaka..sial..anak haram~!

haha..teringat plak dulu masa kecik2..kereta wira abah kena curi kat petaling jaya.. Aku la yang paling tensen sekali, pasal semua mainan aku dah terkumpul dalam kete tu, sekali cd game lagi..beberapa bulan lepas tu, jumpa kete tu..tinggal rangka jek..dia nak masuk siam..pakai passport akU..bodoh..muke budak kecik pun xreti beza..(jgn kata muka aku cam pencuri sudah)…

okiep..ni nak pegi report polis..claim insuran..k,wassalam

sorry atas penggunaan bahasa yang agak kasar.ada hikmah disebalik kejadian ni..

hehe..aku penah gak bawak kete ni secara merbahaya..nak tengok??

huhuhu

Geng: Pengembaraan Bermula besok ~!

11 February 2009 - 3 Responses

Ticket Reservation

Your reservation request has been received. Please note that for Mid Valley, Berjaya Times Square and Pavilion KL reservations, RM1 will be charged upon tickets collection. Please collect your tickets 45 minutes before showtime or earlier with the ref no below.

Ref. No.:

05500

Movie:

GENG: PENGEMBARAAN BERMULA

Date:

Thu 12 Feb 2009

Showtime:

5:20PM

Cinema:

GSC (SUNWAY CARNIVAL)

No. of seat(s):

2

Full Name:

Muhammad Syahiran bin Suraini

Contact:

043561901

Currently the reservation system does not handle cancellations. If you don’t collect them within 45 minutes of the showtime, the tickets will automatically be sold to the queue at the cinema anyway.

Yeah..Baru je book tiket nak tengok cite geng besok. Saje je..Boring duduk rumah..lepas solat Asar besok boleh terus tengok..Alang2 tu tolong support gak animasi 3d Malaysia pertama ni..Kita tengok camne nanti..huhu..nape 2 seat? ehem2..

Read the rest of this entry »

Gerhana Bulan Penumbra..9 Februari

10 February 2009 - One Response

Malam semalam ana berpeluang menyaksikan gerhana bulan Penumbra dari rumah. Lepas isya’ je terus keluar rumah. Bulan amat cantik malam tu.Tapi nak tangkap x clear la. Tak de kamera canggih..huhu. Tapi kemuncaknya dalam pukul 10.40 camtu. Sampai kul 12 ana tunggu kat luar rumah tu. Ni ana ada ambik pic sket dari web Pusat Falak Sheikh Tahir, Pulau Pinang.

Gerhana Bulan Penumbra

Gerhana Penumbra

Mula-mula rasa cam dah fed up dah pasal tak nampak macam gerhana pun..Bulan terang je. Tapi, itulah gerhana PENUMBRA..bilamana bulan hanya memasuki daerah bayang bumi yang separa gelap..tidak seperti gerhana UMBRA yang mana bulan memasuki daerah bayang gelap dan wajah bulan kelihatan ‘sobek’ dan kadang-kadang seperti bulan sabit.

mencerap

mencerap

Al-fatihah buat Tok Pin.

9 February 2009 - 2 Responses

Firman Allah dalam surah Al Mulk , ayat 2 yang bermaksud :

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup ( kamu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Allah Maha Berkuasa (membalas amal kamu ) lagi Maha Pengampun ( bagi orang-orang yang bertaubat ) .

Jelas dari mafhum ayat suci tersebut bahawa hikmah di sebalik kejadian kehidupan dan kematian ialah untuk menguji siapakah dari kalangan hamba-hamba Allah yang lebih bertakwa kepada-Nya.

Hari ini, moyang ana yang ana kenali sebagai Tok Pin ataupun Ariffin Bin Ahmad telahpun kembali ke rahmatullah. Difahamkan Tok Pin mula tidak sedarkan diri sejak pukul 1 pagi tadi. Pagi tadi ana dan keluarga bergegas ke rumah Tok Pin. Ana sempat menatap wajah Tok Pin ketika dimandikan hingga selesai dikafankan. Kemudian, kami ke masjid untuk solat jenazah dan pengebumian sehingga selesai talkin dibacakan.

 

Al-Fatihah Buat Arwah

Al-Fatihah Buat Arwah

1_918567332l1

 

 Teringat peristiwa dua tahun lepas ketika kematian datuk belah mak ana, dia agak rapat dengan ana sejak kecik lagi. Masa tu baru beberapa minggu ana di KISAS, cuba call rumah dekat 3 hari tak jawab2(no hp lupe da). Last2 dapat berita mak dan abah ke Melaka dari Pulau Pinang sebab datuk meninggal.

Ana terus letak gagang telefon tu sambil menahan air mata. Tapi cover ar kan?huhu. Last2 masuk tandas menangis puas.Kantoi2. Sedih la, sepatutnya mak ambik la dekat KISAS, boleh jugak merasa nak keluar 2 3 hari..hehe..xde lah. Tapi memang sedih la bila teringatkan orang yang rapat dengan kita pergi buat selamanya tanpa sempat menatap buat kali terakhir.

Ok, lupakan. Yang pergi tetap pergi. Segalanya ketentuan dari Allah. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Kita yang masih hidup ni perlu perbanyakkan amalan dengan selalu mengingati Allah sebelu ajal datang menjemput kita. Semoga menjadi mukmin yang bertakwa di sisi Allah…Itu lebih utama.

Wassalam.

Muhammad Syahiran Bin Suraini Bin Ramli Bin Ariffin Bin Ahmad Bin Dolah Bin

*3 to go~! <–pale hotak mung

Bertemu dan Berpisah..Semuanya kerana Allah

9 February 2009 - 5 Responses

Hari ini, 9 Februari 2009 merupakan hari terakhir bagi pelajar2 tingkatan 4 yang menerima tawaran SBP sebelum melangkah masuk ke sana keesokkan harinya. Yang pastinya, satu kenyataan yang sukar diterima kebanyakan daripada mereka..Sudah tentulah..

Sebuah Perpisahan..

Bayangkan, setelah 3 tahun lebih bersama, hadapi suka dan duka, pengalaman pahit dan manis dikongsi bersama(over ar plak) tiba-tiba ditakdirkan untuk berpisah..

Form 4 al-Irshad

Form 4 al-Irshad

Jeng3..Pic di atas difahamkan diambil ketika majlis perpisahan(6 Februari) adik2 tingkatan 4 smka al-irshad yang akan ‘berangkat’ ke Sekolah Berasrama Penuh. Tengok la tu, laki pun nangis(sungguh annoying, huhu). Time ana nak pindah dulu takde plak buat majlis2 camni..semangat betol..hahaha..mungkin diorang kena buat lagi satu majlis la untuk panggilan kedua nanti(tenggg~).

Lupakan pasal tu, yang penting sekarang, kita kena belajar menerima hakikat. Inilah konsep persahabatan. Bertemu dan Berpisah. DAtang dan pergi.Semuanya kerana Allah.

Namun, ada sesuatu yang perlu kita sedar. Perpisahan bukan bermaksud terus melupakan. Sebab itu pepatah Melayu berpesan kepada para suami, “Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”. Orang tua-tua kita bukan menyuruh suami meninggalkan isteri di rumah untuk menggatal dengan perempuan lain. Sebaliknya, mereka menasihati suami supaya pergi jauh sekali-sekala dari rumah, dan apabila pulang, pasti akan terbit lebih rasa kasih sayang di antara suami dan isteri. Ini kerana jarak dan perpisahan akan melahirkan lebih rasa sayang di hati manusia. Begitulah juga dalam bersahabat, perpisahan juga akan menjadikan sebuah persahabatan itu lebih berkualiti.

Bagi ana, tak perlu sedih bila berpisah. Asalkan terus berhubung, itu lebih penting !! Kerana perpisahan yang berlaku  itu bukanlah perpisahan buat selama-lamanya. Macam la nak pergi mati kawan2 diorang tu..hehehe..(kasar sket bahasa..sory). Jika ditakdirkan Allah, kita masih boleh bertemu dengan kawan2 yang dah pindah tu setiap kali cuti, ataupun lepas SPM(huhu). Macam ana dulu, setiap kali balik, pasti akan cari peluang untuk keluar dengan kawan2. Habis SPM, join kawan2 sekolah irshad dulu buat kem plak. Tak ada masalah pun..

Lagi satu, kita perlu ingat yang sahabat tak mungkin selama-lamanya hidup bersama dengan kita. Kalaulah diorang stay pun sampai form 5..lepas SPM…masing2 akan tentukan hala tuju sendiri..di situ baru menguji tahap persahabatan yang sebenar. Kalau betul anda sahabat sejati, anda akan berhubung dan terus berhubung, selalulah bertanya khabar  sehinggalah salah seorang daripada anda…dot..dot..dot..(Terlalu ekstrem untuk diperkatakan)

Akhir kata, jadikan persahabatan anda sesuatu yang berkualiti, persahabatan yang membawa kepada keredhaan Allah.

Wassalam,

Syahiran.Teknodaie

Konspirasi Facebook dan C.I.A.

8 February 2009 - 5 Responses
Assalamualaikum w.b.t.
DarkSide oF fAceBook

DarkSide oF fAceBook

Rasanya dah ramai antara kita yang mempunyai akaun facebook bukan? Termasuk ana sendiri la. Facebook kini merupakan rangkaian sosial yang sedang melonjak naik mengatasi populariti Myspace. Walaupun myspace lebih canggih boleh menambah berbagai2 apps,video dsb..tp bagi ana, itu semua untuk budak2 yang baru nak mengenal apa itu HTML dan CSS. Kajian dah membuktikan facebook lebih popular lebih terbukti bila tengok kat TV, artis2 Malaysia yang sibuk mempromosikan page facebook mereka.

Facebook V.s. Myspace

Facebook V.s. Myspace

Namun, apa yang hendak dituliskan di sini, bukan mengenai populariti facebook, tetapi mengenai konspirasi ‘jahat’ Facebook dan C.I.A. (Central Intelligence Agency) yang berpusat di Amerika Syarikat.

Tahukah anda bahawa segala maklumat yang anda letakkan di dalam facebook akan dihantar terus kepada pihak C.I.A.? Kalau korang perasan profil facebook tersangat detail sehingga ada ruang untuk alamat, no. fon dan sebagainya. Dengan ini, pihak C.I.A. boleh mengakses maklumat kita tanpa perlu bertanya kepada orang ramai kerana maklumat kita semuanya di hujung jari mereka.

Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”

Siapa di sebalik Facebook?

Pihak CIA menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya
bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita
Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence
Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.
gview

 

Polisi sedia ada dalam facebook.

fb1

Siapa Yang Menjadi Mangsa?

Yang menjadi mangsa sudah tentulah golongan bijak pandai bertaraf profesional seperti golongan berpendidikan Ph.D, profesor dan sebagainya. Andai kata mereka mahu menyerang Malaysia, sudah tentulah rumah mereka dibom dahulu kerana segala maklumat di tangan mereka.

Bagi ana, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua Read the rest of this entry »

Luruskan dan rapatkan Saf…

7 February 2009 - 6 Responses

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini ana nak kongsi satu ilmu yang ana dapat daripada Akh Hafiz masa di Baitul Qurra hari tu berkenaan dengan saf solat. Di KISAS sendiri pun banyak kali ditekankan berkenaan saf solat yang sempurna.

Semalam hari jumaat, maka solat jumaat lah kan? Seperti biasa aku ke masjid dan bila habis je bilal melaungkan iqamat, orang ramai mula berpusu2 mengambil ruangan solat. Alangkah sedih hati ana bila melihat kedudukan saf2 pakcik2 tua dan hadirin di dalam masjid itu yang masih belum sempurna. Lebih teruk lagi, yang menggunakan satu sejadah untuk kegunaan sendiri.

Bila ana berada di tengah2 makmum, ana merapatkan saf ke kanan. Tapi, pakcik di sebelah ana ni tak berganjak langsung daripada kedudukannya walaupun dah ditegur(tinggi sekali EGOnya!). Maka, ruangan sebelah kiri ana menjadi kosong, solat pun tak terasa khusyuk. 

Ingatlah, merapatkan saff di dalam solat merupakan salah satu dari kesempurnaan & kecantikan solat berjemaah.Kasih sayang & keprihatinan seseorang kpd orang lain boleh terhasil dari sentuhan-sentuhan mereka samada melalui bersalaman tangan, pelukan & ciuman mahabbah, juga saf di dalam solat. Ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka melalui ciuman, dakapan & belain kasih mereka. Begitu juga halnya berlaku di antara suami & isteri. Nabi SAW telah bersabda:.

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ

“Rapatkan saff-saff kamu. Sesungguhnya merapatkan saff merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”
Ana teringat satu peristiwa di zaman Rasulullah di mana dalam satu peperangan, umat Islam dihukum oleh Allah SWT dengan kekalahan hanya kerana saf solat yang tidak sempurna… 

Rasulullah SAW sentiasa menitik beratkan saf solat,dari segi rapat dan sama sebarisnya.


Sebab itu Khalid Al-Waleed, panglima perang yang hebat dan garang boleh terbuka hati untuk memeluk Islam hanya dengan sebab beliau mengintai umat Islam bersolat dengan saf yang teratur dan sama semua pergerakannya. 

Kedudukan Saf Yang Salah 


Kedudukan Saf Yang Sepatutnya

Diharapkan lepas ini kita semua dapat solat dalam satu jemaah yang sempurna. Ingat! Allah tak pandang jemaah yang safnya tidak sempurna..
Wassalam,
-Syahiran-