Archive for the ‘website besh’ Category

Islam is all About Peace – Islam4Peace.net
3 April 2009


Assalamualaikum w.b.t…

Di sini saya ingin mempromosi laman web Islam4Peace.Net

Sebuah cetusan idea kami dan seorang senior dari mesir untuk menyampaikan mesej keamanan kepada umat Islam…

Please support us..utk awal2 ni masih banyak kelemahan..insyaAllah akan terus-menerus diperbaiki..

yang penting sekali..sokongan daripada korang semua..

Wassalam..

Advertisements

yesss
26 December 2007

pow

hari ni satu hari kuhabiskan semata2 nak mantapkan web pearlofwaqafan.com … akhirnya…siap jugakk…khas untuk kisasian saje..hehe…sape yg belum daftar tu…come on lah daftar..haha…bes…bes

TRIPOD.com – Beginner Webmaster
12 December 2007

Haa… kali ni aku akan review pasal satu website yang dah lama dah aku tinggalkan…titik tolak kejayaan aku sebagai webmaster…ngeheheh…inilah dia http://www.tripod.com (sentuh la link tu)…

Sebenarnya, time aku first time buat website, time aku form 1, aku pakai Tripod.com. Time tu boleh kata dah cukup hebat la boleh buat website sendiri…haha…tapi bila pikir2 balik…lawok la plak… hmm…macam2 aku buat pakai tripod dulu sampai pelajaran pun tunggang langgang…aku buat laman web diri sendiri(hahahah..budak2), laman web aspura(yg ntahape2), laman web team kolah…dan macam2 g lah…hahah…abang aku pun terikut2 sampai buat web untuk f2 diorang time tu…erm…itu serba sedikit tentang tripod.

Tripod ni jugaklah aku start belajar nak edit2 HTML…nak buat shoutbox, guestbook dan macam2 g lah…Main2 dengan CSS…haa…CSS ni aku blaja dari adik perempuan aku…dia pakai tu untuk blog nickelodeon dia dulu….hmmm….

Tripod.Com - Web for beginners

Hari ni, 12 November 2007….aku pun usha baliklah kenangan dulu…setelah lebih 3 tahun aku tinggalkan web tu. Masih tak berubah, masih kedekuuut. Haha, dia punya free hosting plan masih lagi 20 MegaBytes.Hampeh…tapi kira ok lah dari geocities yang free hosting dia cuma 15Megabytes jek…Tripod ada website builder yang bantu2 kita nak buat website…kira dia dah tersedia la…kita cuma edit online jek…kat mana2 pun boleh…Kira baguslah untuk yang baru nak memasuki alam webmaster….ada add-on contoh cam kita nak letak lagu ke, flash ke, cursor trail ke….dan macam2 lagi….

Alhamdulillah sekarang ni aku dah boleh berdikari tanpa Tripod lagi…haha…dengan semangat dan keazaman yang tinggi, aku sekarang ni dah pakai yang berbayar….thAnx Tripod.Com

PortableApps.Com – Your Digital Life, Anywhere ..
26 December 2006

Pernah cuba software portable tak? Rata-rata yang ada USB Pendrive tu mesti dah pernah cuba kan? Software portable ni dah dianggap satu perkara yang wajib ada pada semua pemilik pendrive. Rekomen (512Gig and above, kalo sikit tu, lupekan je la …)

Ape tu sofware portable(perisian mudahalih)? Dengan software ni, korang boleh run mana2 software portable terus dari pendrive korang. Tak perlu install ke dalam PC. Hanya klik dan pakai jek. Dah banyak individu cuba membangunkan seberapa banyak portable software sekarang ni. (more info)

portable.jpgportable.jpg

Antara software portable yang aku pakai sekarang macam Adobe Illustrator CS2, Adobe Photoshop CS2, Miranda, dan Opera. Sebenarnya, banyak lagi yang boleh korang simpan dalam pendrive korang untuk dijadikan sebagai portable software. Antara lain seperti Mozilla Firefox, Server Apache, FileZilla, Gaim, OpenOffice, Sudoku dan lain-lain. Korang boleh usha beberapa laman web yang menyediakan software portable seperti di bawah :

http://portableapps.com

http://portablesoftwares.wordpress.com/

http://portablefreeware.com/

http://mojopac.com/ (berbayar)

(nota : aku tak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang melanda, use at your own risk oK!)

ScuKz.COm – Portal Remaja Hangat Masa Kini !
23 December 2006

untitled-1.jpg 

Korang pernah masuk portal komuniti Scukz.COm x ?? X pernah ? Itu mungkin dah menjadi satu kerugian bagi anda yang berumur antara lingkungan 14-35 tahun. Portal ni setahu aku dah banyak version dah. Start dari aku form 2 lagi. Versi pertama seingat aku masa akhir tahun 2005. Betul ak khai ?? Pastu terus diupgrade sampai la version latest sekarang ni. Diorang pun dah pakai VPS (Virtual Private Server) sekarang ni, dulu pakai shared web hosting je macam aku…. heheh. Jadi tak risau bandwith langsung. User pon paling ‘kurang’ online dalam 10-22 orang dalam satu2 masa.

Apa istimewanya Scukz.COM ?? Hahah, jangan pandang luar je, ape kate omputeh, don’t judge a book by its cover. Forum diorang ade macam2 la. Daripada PC Software, mp3, v’klips, gossip dan macam2 lagi la yang user diorang tak henti2 nak post benda baru. Sharing is Caring. PC aku ni pon, 70% software dapat kat situ. Memang itu satu kelebihan buat scukz.com.

Adminnya, Muhd. Khairulnizam Hassan (Khai) memang banyak pengalaman dalam pembikinan sesebuah portal bermula daripada sek. men. lagi(macam aku la). Moderator pon semua sporting je, x de main delete2, marah2 orang tak tentu pasal. Diorang tak gila kuasa pun.

Cuma, yang tak eloknya pasal Scukz.com ni ……… aduss … sekali masuk sure ketagih punya wa cakap lu. Macam ketagih dadah(never tried!!). Aku yang pmr taun ni pon boleh tiap2 hari join scukz. Tak masuk sehari macam tak pakai internet satu hari. Mula2 aku, pastu adik aku, sekarang abang aku plak … wahahahah. Korang plak?? Jom lepak.

http://www.scukz.com/scukerz (lain beb!)

The Power of Vista !
1 December 2006

Hampess, memang power beno Vista ni. Disebabkan Vista ni memang power, jadi PC korang pon kena power gak la. Aku try test, katanya PC aku belom cukup power lagi nak convert ke Vista! Ish2, macam2 dah aku upgrade, x power2 jugak. Yang pass pon belah harddisk, ram, soundcard, video card, ngan direct X jek. Cait, x mo la aku pakai Vista.

Korang tengok je la harga XP Professional skang nih, dekat rm220 jugak la. Vista mayB 300++ jugak harga dia. Ish2, kejam btul microsoft …. halalkan je la pirate software lu, orang pon nak merasa jugak. Sekolah pon pkai XP pirate je skang ni. Haha …

 Meh test PC korang plak kat sini : http://ati.amd.com/technology/windowsvista/areyouvistaready.asp

O.. gelak kat aku yer, lepas cek nanti baru la korang tau PC korang tu macam mana … huhu ..

Mungkin korang leh pakai Transformation pack je la, leh gak merasa sikit2 Vista ni.