Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Polis itu Anjing AmenO~
8 May 2009

ceh,kalau jadi polis kat malaysia tu,tak yah nak bangga la..kalau salah seorang pembaca tulisan ni polis,saya nak beritahu anda anda adalah seekor anjing…anjing kepada KERAjaan baziran NAZIonal.

siapa kamu?berani berani biadap terhadap seorang yang bergelar YANG BERHORMAT,dilayannya YB seperti melayan pencuri,memang tidak peliklah mendiang a.kugan boleh meninggal dalam tahanan,begini rupanya ‘layanan’ mesra polis raja di malaysia.

hari ini,hampir 300 orang anjing dikerah ke dalam dewan untuk ‘menghambat’ pemimpin pakatan rakyat,kalau 300 tu diarahkan untuk menjaga keselamatan negara,pasti tiada lagi jenayah seperti ragut akan berlaku.

saya bukan omong kosong,ni buktinya:

siva ditarik dengan kasar,dasar manusia biadap..

itu layanan mesra polis terhadap yang Berhormat,kepada rakyat biasa begini:

kepada adun diluar dewan pula:

inilah polis,……….anjing kepada umNo………..kerja mereka adalah menjaga keselamatan negara dan rakyat,tetapi mereka lebih cenderung kepada menjaga keselamatan pemimpin korup…

artikel ini bukanlah anti polis,tapi sekadar menunjukkkan kebencian terhadap polis yang menjadi anjing kepada umNo

Ringkasan Ilmu di Baitul Qurra (bahagian 1)
18 February 2009

Sekadar berkongsi..alamak..tak mintak permission dari koje lagi..huhu

Oleh: Mohammad Yaqzan bin Mohammad Yazed, Batu Pahat, Johor.
Email: ibnu_ajed@yahoo.co.uk

Assalamualaikum sahabat2.
Insya Allah, Ana ingin berkongsi ilmu yang diperoleh di Pondok Baitul Qura’, Sungai Udang, Melaka pada Daurah tempoh hari, 22 Januari hingga 5 Februari 2009. Alhamdulillah, memandangkan ana dapat mengikuti daurah penuh selama dua minggu bersama Arif Aizuddin, Firdaus Izarae dan Fadhil Hamdi (ada ramai lagi kawan2 lain tapi mereka tak dapat ikuti daurah penuh dua minggu) serta permintaan daripada sahabat-sahabat yang ingin kongsi ilmu di Baitul Qura’, maka tercetuslah idea ana untuk menghasilkan ringkasan ilmu ini. Semoga Allah S.w.t. memberkati usaha kita yang sentiasa inginkan ilmu walau di mana berada. Amin Ya Rabbal Alamin…

Ilmu ini diperoleh secara tak formal atau tazkirah atau muzakarah bersama Abang Hafis, pelajar pondok Baitul Qura’. Asal Melaka. Beliau seorang yang sangat cintakan sunnah Rasul, mesra bersama pelajar daurah, ingin menjadi seperti saidina Umar, suka tersenyum, sedang berusaha menjadi hafis Al Quran 30 juzuk dan bercita-cita untuk mati syahid. Semoga cita-citanya dikabulkan Allah. Amin Ya Rabbal Alamin…


Syariat vs Makrifat

Solat ialah syariat.
Makan ialah makrifat.
Ada orang utamakan solat daripada makan kerana jaga adab dengan Allah.
Ada orang utamakan makan baru solat kerana makanan dah terhidang dan dia berasa lapar, takut-takut laparnya mengganggu kekhusyukan solatnya.
Syariat tak mengharamkan makrifat, makrifat pun tak mengharamkan syariat.
Kita perlu kuasai dulu ilmu syariat baru boleh amal makrifat.

Keturunan Rasulullah

Rasulullah sangat sayang akan keturunannya. Adapun keturunan Rasulullah ialah Syed, Syeikh dan Syarifah. Rasulullah sangat marah apabila keturunannya disakiti. Kita kena sayang keturunan Rasulullah yang berperangai baik mahupun jahat. Kalau perangai jahat, maknanya dia belum dapat hidayah Allah. Itu kelebihan mereka, jika kita menyakitinya, akan dijanjikan tulah atau daulat. Apapehal pun, mereka tetap keturunan Rasulullah. Contoh, walaupun adik kita degil dan jahat, kita tetap sayang akan adik kita. Begitu juga Rasulullah, walaupun ada keturunannya belum dapat hidayah Allah, tapi baginda tetap sayangkannya. Maka kita tidak boleh menyakiti orang yang Rasulullah sayang.
Adapun pada satu ketika umat Islam di zaman Rasulullah mengutuk dan mencela Abu Lahab, iaitu bapa saudara Rasulullah. Maka kata Rasulullah, Sudah, cukup-cukup, jika engkau menyakitinya maka engkau menyakiti hatiku. Mereka bertanya, Mengapa Ya Rasulullah? Ini kerana Abu Lahab ialah bapa saudaraku dan dia adalah dari keturunanku juga. Sehinggakan ada para ulamak yang sangat menjaga adab tidak membaca Surah Al Masad.. Tabbats yada..hingga akhir surah…
Adapun jika seseorang itu sengaja meletakkan nama Syed pada namanya atau orang lain seperti nama anak, maka dalam satu riwayat Rasulullah mengancam mereka kerana mereka dikira menipu dan menyamar keturunan daripada kalangan keturunan Rasulullah.
Adapun nama keturunan Syed itu ada juga yang dihazafkan pada nama mereka, maka kita kena berhati-hati jangan sebarangan mengutuk orang kerana ditakuti mereka daripada golongan keturunan Rasulullah yang tiada nama Syed pada pangkal nama.. seperti Ustaz di Baitul Qura’, Ustaz Haji Zulkifli bin Haji Ismail, beliau daripada keturunan Rasulullah. Sebab itu dalam Islam terdapat larangan mencela, mengumpat dan menghina orang lain.

Sutrah

Ia ialah penghadang di hadapan solat. Syaratnya ialah tinggi sedikit, daripada lantai depan tempat sujud hingga ke atas. Jaraknya ialah tiga hasta daripada tempat kita berdiri ketika solat. Dalilnya, dalam satu riwayat mengatakan adapun Rasulullah tidak pernah solat tanpa sutrah dihadapan tempat sujudnya. Hatta ketika baginda ingin solat di padang pasir, baginda memacakkan tongkatnya di hadapan tempat sujudnya. Ada juga riwayat mengatakan ruang tempat sujud kita yang perlu dikosongkan adalah sebesar ruang seekor kambing. Adapun sekiranya ada orang yang melintas di hadapan kita ketika kita solat, kita boleh mengisyaratkan halangan dengan meluruskan tangan ke hadapan yang bertindak sebagai isyarat jangan lalu di hadapanku. Adapun pada zaman sahabat orang yang sedang solat itu ada yang memancung orang yang lalu didepannya (di area tempat sujud) memandangkan dia membawa pedang bersama ketika solat. Sunat bagi kita solat di belakang tiang masjid kerana ia dianggap sutrah bagi kita.

Cara Istiqamah

Melakukan amal kebaikan secara tetap dan berterusan
Caranya ialah buat sedikit tetapi berterusan.
Contohnya, niat untuk baca Al Quran sebelum tidur setiap malam satu ayat..
Jika kita penat, contohnya balik lewat malam, maka sebelum tidur kita tak terbeban
untuk baca satu ayat sahaja. Sekiranya kita banyak masa lapang, digalakkan untuk baca lebih kerana boleh dapat pahala lebih, tapi masih dengan niat yang sama, hendak baca satu ayat pada asalnya, tiap-tipa malam sebelum tidur, agar kita masih lagi dapat beristiqamah dengan amalan.
Kedua perbanyakkan berdoa kepada Allah agar kita dapat menjadi hamba yang istiqamah pada amalan. Insya Allah…

Cara Mendapat Berkat di Majlis Ilmu

Kita perlu istiqamah dengan tempat duduk ketika kita dengar kuliah. Ketika mendengar kuliah memang ada ganjaran keberkatan yang Allah beri. Tapi kita tidak tahu bila masanya Allah akan campakkan keberkatan itu kepada kita dan setiap jemaah yang mendengar kuliah itu, sama ada awal, tengah atau akhir kuliah. Tapi kita ambil amalan dengan taat duduk pada satu tempat sahaja, kerana itu bukti kita memang betul-betul nak keberkatan dalam kuliah majlis ilmu. Kita tak tau Allah turunkan berkat itu time bila, tapi yang pasti Allah akan turunkan berkat pada kita, maka kita perlu istiqamah pada tempat duduk kita. Insya Allah, Allah akan beri berkat pada tempat kita duduk itu. Samalah macam nak dapat lailatul qadar di bulan Ramadan. Kita tak tahu bila, tapi kalau istiqamah sebulan buat amalan tahajud, Insya Allah kita dapat juga berkat lailatul qadar itu. Amin…

Minyak Wangi Alkohol

Hukumnya sah dibuat solat. Alkohol jadi haram bila diminum kerana memabukkan. Pakai minyak wangi Alkohol tak menjejaskan apa-apa walhal tak memabukkan. Ia hanya bauan yang lekat di pakaian. Sah solat dengan minyak wangi beralkohol.

Pemakaian Cincin

Sunah memakai cincin, ikut rasulullah.
Jari-jari yang memakai cincin:
1. Ibu Jari- ikut kaum nabi luth, mereka memakai cincin di jari ini. Jika ikut hukumnya haram.
2. Jari telunjuk- ikut yahudi hukumnya haram.
3. Jari tengah- ikut paderi hukumnya haram
4. Jari manis- sunah memakai cincin di sini. Tetapi sekiranya lelaki yang memakai cincin di jari ini, jarinya akan kelihatan seperti perempuan kerana jari yang halus dan lembut maka haram baginya.
5. Jari kelengkeng- sunah juga memakai di sini, merupakan gantian jari manis jika hukum haram tadi wujud.

Dilarang memakai cincin dengan banyak pada semua jari, ia ghurur iaitu melampau dalam berhias dan mengikut sunah. Hukumnya haram.

Hukum Tengok Wayang

Pada asalnya dibolehkan sekiranya menjaga batas-batas pergaulan dengan bukan muhrim. Kemudian lihat pada cerita filem tersebut, sama ada unsur yang diketengahkan ialah halal atau haram. Jika bersalahan dengan syarak maka hukumnya ialah haram arodi iaitu haram yang mendatang. Maklumat lanjut, rujuk Arif Aizuddin.

Hukum Download Lagu

Dibolehkan jika untuk peribadi sahaja seperti dengar lagu untuk sendiri.
Diharamkan untuk mendapat keuntungan seperti menjualnya kepada orang lain.
Rujuk Arif Aizuddin untuk maklumat lanjut.

Patung dan Potret

Jika patung itu untuk dibuat hiasan dan pameran, maka hukumnya haram.
Jika patung itu untuk dibuat barang permainan, maka dibolehkan. Tetapi selepas itu, perlu disimpan dan disorokkan.
Adapun Saidatina Aisyah R.A. ketika kecil menjadi isteri Rasulullah, beliau bermain anak patung dan Rasulullah tidak melarangnya.
Lukisan potret rupa seseorang dibolehkan kerana ia unsur seni.
Tetapi jika ia ukiran yang timbul maka hukumnya haram.
Sebab itu mengukir berhala hukumnya haram kerana ukiran itu timbul dan mempunyai bentuk.

Elak campur aduk puji Allah vs maksiat

Ketika kita sedang seronok berborak dan bercerita, kita tidak tahu sama ada ia maksiat atau amal. Maka kita seharusnya mengelak memuji Allah ketika sedang melakukan maksiat.
Contohnya, sekumpulan lelaki sedang bercerita mengenai perempuan solehah yang memakai purdah. Mereka memujinya kerana perempuan itu sangat baik, alim dan langsung tidak mempedulikan kerenah lelaki. Niat asal mereka hendak mengingatkan diri mereka agar sentiasa perbaiki diri agar menjadi lelaki soleh seperti muslimah solehah tadi. Tetapi belum tentu perkara yang mereka bualkan itu menjadi satu kebaikan bagi diri mereka. Boleh jadi ia adalah satu maksiat dan Allah murka kepada mereka ketika itu. Mereka berborak sampai mengkagumi perempuan tadi dengan menyebut “Masya Allah!” tapi mereka tiada nafsu, cuma menceritakan kesolehahan perempuan itu agar dapat dijadikan iktibar. Andaikan Allah mensifatkan ia sebagai maksiat, maka dalam masa yang sama mereka buat maksiat sambil memuji Allah. Allah sangat murka. Adapun sebagai mana yang dilakukan oleh Abang Hafis, beliau menggantikan pujian tadi kepada “Masyarakat!”. Tujuannya untuk mengelak dilaknat Allah. Lagipun, memang dalam masyarakat ini ada pelbagai jenis dan ragam manusia. Semua ini bertujuan untuk elak sebut nama Allah ketika sedang buat maksiat (kita tak tau ia maksiat atau tidak).
Adapun apabila kita menyebut nama Allah ketika berbuat dosa seperti “Astaghfirullah” maka kita wajib meninggalkan terus dosa itu dan berusaha membuat kebaikan pula. Bukannya memuji atau mengingati Allah sejenak, tetapi sambung dengan urusan maksiat tersebut. Salah hukumnya. Maksudnya, bila sudah teringat Allah, stop terus daripada melakukan maksiat.

MP3 ada Quran

Mp3 yang ada Al Quran boleh bawa masuk dalam tandas kerana ayat Quran tak zahir. Cuma tak boleh play. Skrin mp3 tak boleh tulis ayat Quran atau Allah. Jika ayat Quran tu zahir, boleh dilukis atau diubah suai sedikit agar ia tak zahir seperti ayat Quran asal. Contoh mudah ialah tulisan “Fastaqim kama Umirta” di lencana kisas baju batch perlu diubahsuai agar tak zahir ayat Quran tersebut.

Perkahwinan

Adab hendak meminang mestilah menggunakan orang tengah, tidak digalakkan direct. Contoh guna akaknya atau abangnya atau terus kepada ibu bapanya.
Dalam perkahwinan:
1. Kalau kahwin dengan perempuan terlalu muda kemungkinan akan menghidap kanser rahim
2. Kalau kahwin dengan perempuan terlalu tua, kadar menopaus cepat
3. Kalau kahwin dengan perempuan sebaya, kemungkinan jika berlaku perselisihan akan menyebabkan isteri hilang rasa hormat pada suami.

Tengok sajela dalam kelas kita, muslimin muslimat asyik saling tak puas hati jer walaupun tak dizahirkan. Ini kerana semuanya sebaya.
Bila perempuan sudah menopaus, mereka hanya merasa “azab”.
Perempuan yang banyak bersalin akan melambatkan kadar menopaus, sebab itulah lebih baik mempunyai anak ramai. Seperti Ustaz Haji Zulkifli bin Haji Ismail, beliau mempunyai 10 orang anak.
Anak yang ramai, apabila dapat diasuh dengan elok merupakan satu anugerah berharga. Mereka akan membela ibu bapa di akhirat kelak. Ia satu rezeki kurniaan Allah. Semoga kita dapat menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin…

Terdapat pembahagian:
1. Dari segi fitrah- lelaki akan suka perempuan dan perempuan akan suka lelaki. Maka mereka tak boleh lawan syariat, perlukan perkahwinan yang sah cara Islam untuk satukannya.
2. Dari segi syariat- suami sahaja yang sebenarnya wajib memberi makanan pada isteri, isteri tak perlu tetapi hanya melayan suami.
3. Dari segi adat- isteri memasakkan untuk suami dan membantu suami dalam segala hal.

Kita kena ikut semuanya untuk mendapat kehidupan yang sempurna dan lengkap. Maka kehendak syarak hendaklah dijunjung disamping mengamalkan adab dalam kehidupan agar dapat mewujudkan keluarga yang bahagia. Moga kita semua dapat menjadi suami dan isteri solehah yang dijanjikan syurga oleh Allah Taala. Amin…

Seluar Jeans

Pemakaian seluar jeans tidak salah dan hukumnya juga tidak haram. Boleh dipakai. Cuma bagi seorang pendakwah tidak digalakkan kerana tujuannya untuk menjaga adab dan taqwa kepada Allah. Pakaian ini cara orang Barat. Apakah lebih baik jika kita ikut sunah pakaian Nabi Muhammad S.A.W.? Dan apabila menunaikan solat, seelok-eloknya pakailah pakaian yang bersih dan khusus untuk solat. Semua ini atas dasar kita menjaga hubungan baik dan beradab sama Allah, bukan pada manusia sahaja.

Video PJU 2008
15 February 2009

Hari ni jari jemari menggatal nak main-main dengan google…tiba2 kepala otak teringat pasal Program Jalinan Ukhwah (PJU) anjuran Alumni Pelajar SBP (APIS) beberapa bulan lepas. Masa penutup tu ada satu video yang diorang buat, pikir2 balek, takkan diorang tak letak dalam youtube kot?

Search..search..balek…jumpe jugaaak..

ni dia..

Harap video ni dapat menceritakan sedikit sebanyak pasal PJU. Btw, aku tak terlibat eh buat video ni..huhuh.

Video diupload oleh saudara Aiman Azlan, Penghulu PJU 2008..hehe

Wassalam,

Syahiran

*btw, al-fatihah untuk bapa datuk siti nurhaliza, taruddin ismail yang menghembuskan nafas terakhirnya kira2 jam 10.45 tadi.

Melayu, Sultan, Perak, Lompat, Kerajaan Haram
14 February 2009

Adeh, dah banyak dah blog-blog, website2, yang mengupas isu2 yang berlaku kat Perak ni. Haha, aku duduk rumah sambil bergoyang kaki hanya mampu tertawa la tengok gelagat orang2 tua yang macam budak2 tu. HuhUHUhu. Aku ni pun belum cukup umur untuk berbicara pasal hal ni. Jadi, lebih baik aku tunggu dan lihat aje lah..kang x pasal2 aku blog aku kena BLOK dengan kerajaan PENAKUT ni.

Tapi aku cukup kecewa dengan sikap orang Melayu kita. Bila ‘derhaka’ dengan sultan, cukup marah..Demonstrasi bagai nak rak. Padahal yang buat ‘derhaka’ tu untuk menuntut bela, menegakkan keaDilan, itu aje.

Bila buat benda2 derhaka kepada Allah, tak de plak nak buat macam ni. PooODaAH..Taasub sangat la kat sultan korang tu. Yerp, aku pun perlu patuh kepada pemimpin. Tapi, pemimpin yang korup dan menyokong yang korup buat ape nak patuh.

Haha, dasar kerajaan BeeEnd tak tahu malu, rompak hak rakyat. Bertambah zalim ala zionis bila mencabul prinsip demokrasi dengan merampas akhbar2 alternatif Harakah, Suara KeaDilan dan lain2. Tak fikir apa pandangan orang terhadap mereka.

SULTAN BUKAN TUHAN LA WEIIIIIIIIII~

Y.A.B. Syahiran

Baitul Qurra’..Satu Keinsafan~
5 February 2009

Sebak rasanya meninggalkan baitul qurra’ petang semlam.Alhamdulillah, setelah hampir 6 hari ana di baitul qurra’ memang banyak pengisian yang ana dapat. Bukan setakat kuliah2 yang menginsafkan, suasana di baitul qurra’ tu sendiri yang serba serbi kekurangan mengajar ana erti kesusahan.(ceey)

Pengajian

Alhamdulillah, walaupun seminggu je duduk sana, kitorang berpeluang menghabiskan dua kitab karangan ustaz zul iaitu :

Risalah Tanbih

Mauizoh Hasanah (pedoman berguna bagi pendakwah di jalan Allah)

Kalau kawan2 yang pergi dua minggu diorang sempat belajar Usuluddin. Mana tak cepat habis, satu kadang2 sampai 4 kuliah. Ustaz Zul pun agak busy jugak kuliah sana sini, tapi semangat dia nak mengajar tu memang tinggi, kadang2 dekat pukul 12 tengah malam pun masih sempat buat kuliah untuk kita semua. Ustaz mengajar memang bes, semua yang ustaz cakap benda tu memang ada pada diri kita, memang terasa laa.

Paling penting sekali, Ust memang tekankan tentang bab2 orang yang mencintai dunia melebihi kasihnya kepada Allah. Bab bab macam ni memang ana banyak terkena dan terasa. Contohnya, main mesej2 dengan muslimat, yang mana benda ni merupakan antara jarum2 syaitan. Kadang2 benda ni melalaikan sampai hubungan kita dengan Allah semakin jauh.Insya-Allah ana akan cuba ubah diri ana sebaik mungkin bermula hari ini..Ameeeen.

Menuntut ilmu ni memang satu perkara yang amat penting. Dengan berilmu, barulah kita dapat faham Al-Quran. Orang yang faham Al-Quran tanpa ilmu, sebab tu la muncul beberapa fahaman2 sesat, Wahabi,Sekular…Ulama2 sesat dan sebagainya. Orang sekarang mengejar sijil tanpa memikirkan matlamat utama pengajian ilmu. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan dan wajib berguru bila menuntut ilmu.

Ingatlah, sekali kita berasa manis dengan dunia, kita akan terus menerus mencari kemanisan dunia dan akhirnya memakan diri kita sendiri dengan lalai daripada mengingati Allah.

Makan

Dekat sini makan tak tentu. Tak ada tukang masak. Yang ada cuma pelajar2 pondok yang tolong masak. Kitorang pun turut membantu menyediakan makanan(tapi ana xla, mana reti). Kadang2 beras tak cukup,minyak dan sebagainya. Makan pun secara bertalam yang merupakan antara sunah Rasulullah.
Makan
Penginapan

Huhu, ni yang bes. Kitorang ber’sardin’ je dalam satu bilik. Satu bilik tu boleh muat lebih 15 orang. Yang ada cuma tilam2 lama yang dibentangkan di atas tikar. Memang satu pengalaman yang agak menarik~

Kisasian at Baitul Qurra;

Ni yang ana perasan, kalau nama korang xde, bgtau eh.

  • Mursyid
  • Amin Marwan
  • Izzat Nasir
  • Tengku Abd. Hadi
  • Amiruddin Zaki
  • Zainal Azri
  • Wan Mohd. Farhan
  • Arif Aizuddin
  • Fadhil Hamdi
  • Izzudin
  • Hafiz
  • Amirul Aliff
  • Shaheer
  • Usaid
  • Zulhilman
  • Amir Rahimi
  • Afif Fahim
  • Shukri Shafie
  • Firdaus Izaraee
  • Wak
  • Saifullah
  • Syahiran
  • Adib Abd. Rahman
  • Saiful Haadiy
  • Yaqzan

Sape g erk? Ada muslimat 7 orang tapi ana tak perasan la pulak(hehe).

Lupa plak, ana dengan Amiruddin balek sehari lebih awal. Jadi ana terlepas la peluang nak berjumpa dengan keturunan Sheikh Al-Hadad malam semalam, seorang jutawan juga seorang jurutera yang terlibat dengan pembangunan helikopter. Walaupun kaya, tapi bila sampai kepada kerja2 dakwah ni lebih diutamakan. Diorang ni ahlul bait, keturunan Rasulullah yang Allah muliakan.Ruginya tak dapat jumpaaa….

Wassalam.

Pearlofwaqafan Online !
28 January 2009

assalamualaikum w.b.t.

E-POW 2008
E-POW 2008

Alhamdulillah hari ni aku berjaya jugak uploadkan e-book Pearlofwaqafan edisi 2008 ke alam maya..hehe..aku namakan ia sebagai [E-POW 2008].Sebenarnya dah lama bertangguh last2 dapat jugak upload. Aku buat ni pun sebab dapat banyak permintaan daripada ex2 kisas yang tak berkesempatan untuk beli majalah ni.

Mintak ampun dan maaf la sekiranya ada cacat cela sepanjang anda membaca majalah online ni. Rush sangat masa nak scan tu..apa2 pun aku akan terus perbaiki segala kecacatan yang ada..kalau nak lagi ori..belilah yang original..rm5 satu~! hehe

Ni link dia : KLIK SINI

(more…)

remaja kita zaman sekarang
25 January 2009

salam, ade cerita menarik untuk dikongsi. Maaflah kalau ayat2 yang digunakan kureng sesuai dengan jiwa korang.

[———–READY—————}

erm, ni baru je balik daripada rumah maklong. Aku sembang2 dengan sepupu aku, Am. Tengah2 sembang tu kedengaran la bunyi bingit mat2 rempit kat jalan depan umah tu. Sebelum tu aku ngan am pegi beli ais ikut jalan tu.

Am cakap “yan, seb bek kita p beli ais cepat, kalau x kena tahan ngan depa”..PErgh..Am cakap mat2 rempit ni budak kampung tu.

Bawak pompuan, bwk balek umah, pastu ‘ehem2’ dah jadi benda biasa. Dah sorang mat rempit yang merempit kat kwsan tu mati baru2 ni. MAti katak, syurga pun tak bau..Padan muke ko.

Yang menariknya Am ada cerita pasal sorang kawan dia(bekas kawan).
Dia cakap dulu time skolah diorang kawan. Budak tu baik.Tapi sekarang dah tak lagi. Sebab budak tu dah jadi kaki seks. Budak tu Cerita sendiri pengalaman dia buat perkara terkutuk tu,rakam guna hp, siap promote lg. Geli..Geli..Yang perempuan tu plak budak form 3. Habis dikendurikan begitu saja. Tak cukup sekali, banyak2 kali jugak la diorang buat benda terkutuk tu..Ish..tak takut aZab Allah ke syeikH?

Punca utama ialah mak bapak dia. Bapak budak tu jenis tak kisah(ntah2 join sekaki ape) kalau dia bawak perempuan dtg umah. Mak dia plak kerja malam. Ish, mak bapak ape macam ni??!

Am cakap lagi, perempuan mahal skrang mmg susah la nak cari kt kawasan tu. Nak cari yang suci, kita pun xtawu kan. Kadang2 ada yg bertudung labuh, smuanya nak tutup perbuatan maksiat yang diorang pernah buat. Kalau yg jenis gedik3 tu, apetah lagi..Sebab tu la aku anti-pompuan gedik(xperasan ke kat about me aku)..wahaha..Yakinlah dengan janji Allah, “Perempuan yg baik utk laki2 yg baik”..Insya-Allah..Kalau yg berzina tu, penzina la pasangannya..

Matyan2..sekarang bukan masa nak pikir bnda2 tu..huhuhu..So, ksimpulannya..marilah kita sama2 berdoa agar kwan2 kita ni diberi hidayah dan petunjuk Allah..aMeen.

Baitul Qurra’ wal ilmi
25 January 2009

Assalamualaikum w.b.t..

Mulai 29hb Januari sampai 5hb Februari ni aku akan offline buat seketika kerana akan bersama2 sahabat aku yang lain belajar kitab di pondok Baitul Qurra’ wal Ilmi di Sungai Udang,Melaka. Tadi si Amiruddin ni call aku yang dia dah beli tiket 29hb malam ni.Sahabt kisas yang dah pergi lebih awal yang aku tahu ialah Arif Aizuddin, Yaqzan,Firdaus Izaraee dll. Yang akan datang plak ialah aku, Amiruddin,Shaheer,Izzudin, Izzat Nasir, Jenal,Tengku Hadi dan lain2..Utk sahabat2 yang lain, antum masih ada masa lagi..huhuh

Tak lain tak bukan tujuan kami hanyalah untuk mengisi kekosongan jiwa didalam hati dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada guru2 yang bertaraf ulama’ agar dapat dijadikan bekalan untuk masa hadapan.

 

Doakan keselamatan kami pergi dan balik. Insya-Allah segala ilmu dan pengalaman yang aku dapat di sana akan dikongsi bersama. WAllahualam. (more…)

Dubai memang gila..BUrj DUbai
22 January 2009

Korang kenal dubai?Sekarang rasanya semua orang kenal..sebuah negara Islam Arab yang bakal rosak tak lama lagi dengan pembangunan yang teramatlah pesatnya. Daripada projek The World, sampai kepada Burj Dubai yang sekarang ni masih dalam pembangunan.

comparing the height

comparing the height

Sekarang aku nak cerita pasal burj dubai. Ketinggian terakhir yang aku dapat ialah 688.00 m pada 9 Januari 2009 berbanding KLCC hanya 452.0 m.Ketinggian sebenar mungkin melebihi 800m dua kali lebih tinggi daripada KLCC. Burj Dubai ni dijangka akan menjadi menara tertinggi di dunia selepas siap nanti(sekarang pun dah tertinggi). Manakan tidak..hujung menara ni masih boleh dilihat sesiapa pada jarak 95 km!!Dan kalau lihat daripada atas memang dah menampakkan bumi ni sfera.

Dubai ni antara negara pengeluar minyak yang menjadi boneka Amerika jugak. Duit banyak, tapi nak sumbangkan kepada saudara mara Palestin amatlah kedekut..ceit..nak tau lebih pasal ni korang search wikipedia j lah.

nampak sfera bumi ni

nampak sfera bumi ni

antara tanda kiamat ialah manusia berlumba2 membina menara tinggi..so,banyakkanlah amalan dan mengingati Allah..ape2pun sebagai umat Islam janganlah kita menjadi umat yang Hubbu dunya wakarihal maut…terlalu leka dengan dunia sampai tak ingat akan kematian yang pasti..wallahualam

hello
25 October 2008

nak tambah info..
jangan sebut hello sbb
hello bermaksud hell low iaitu neraka rendah.. kalau kita mengucapkan hello pd kwn kita, bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah.. ini adalah jarum sulit orang2 kafir untuk menyesatkan umat islam, berhati2lah