Archive for the ‘tazkirah’ Category

Islam4peace peniru?
22 April 2009

Assalamualaikum w.b.t..

Ana post benda ni untuk menjawab persoalan2 di Islam4Peace.Net yang mengatakan kami meniru website lain seperti Iluvislam,.dll.

Ana cukup terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang seolah-olah mahu menyekat jalan dakwah di dunia maya. Salahkah kita mahu mengembangkan medan dakwah dengan mewujudkan website2 berunsur dakwah yang baru?

Ana petik kata-kata seorang hamba Allah ni :

laman ni macam kekurangan identiti sndiri..bagai duplikasi iluvislam juga halaqah online..knp ye?..kan dah ade dah yg lain..

Ya. Memang matlamat kami dan Iluvislam adalah sama iaitu untuk berdakwah melalui alam siber. Untuk pengetahuan, Iluvislam merupakan cetusan idea senior2 kami sendiri.

Salahkah kita mempunyai misi dan matlamat yang sama? Salahkah kalau kita sama-sama menyumbang ke arah jalan kebaikan? Salahkah kita membuka jalan baru dan menambahkan lagi website2 berunsur dakwah di alam maya ini?

Apa-apa pun, kami memang tak berniat untuk meniru atau menandingi mana-mana website. Kami cuba bawa kelainan dengan mempelbagaikan lagi sumber tarbiyah di alam siber. Selain matlamat kami untuk mengadakan pertemuan/usrah sesama ahli di alam realiti.

Jadi, tak perlu pertikaikan status sesebuah laman web berunsur dakwah. Asalkan ianya bermanfaat dan lebih ke arah usaha dakwah, ayuh, teruskan sokongan anda tanpa ada rasa assabiyah dengan laman web dakwah yang jauh lebih berpengalaman dan maju ke hadapan.

Sekian.

Wassalam.

Teruskan menyokong Islam4Peace.Net…Peace~

Ulangtahun Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah
3 March 2009

SALAM..
hari ini iaitu pada tanggal 3 Mac 2009 ialah ulang tahun ke-85 kejatuhan khilafah Uthmaniyyah iaitu kerajaan yang diketuai seorang khalifah (raja) bagi seluruh umat Islam. Khilafah (kerajaan/pentadbiran) inilah yang telah menyatukan umat Islam seluruh dunia dari pelbagai bangsa dan berlainan kedudukan geografi dalam sebuah negara, seorang pemimpin, sebuah bendera dan satu undang-undang

Sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi ini telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk , agen Britain, telah bertindak menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan yang telah diberikan oleh negara-negara Barat kepadanya. Malangnya negara-negara Barat telah menanamkan ideologi Barat seperti liberalisme, sekularisme, sosialisme dan lain-lain sehingga mengakibatkan umat Islam meninggalkan Islam. Mereka juga menanam semangat nasionalisme yang sangat tebal sehingga mengakibatkan umat Islam berpecah kepada lebih dari 50 buah negara yang kita saksikan sehingga hari ini. Tidak ada kepimpinan alternatif pada hari ini walaupun beberapa buah negara mendakwa bahwa mereka adalah negara Islam seperti Sudan, Iran, Arab Saudi dan Afghanistan malah Malaysia sendiri. Negara-negara ini seperti Malaysia mencampurkan Islam dengan sistem-sistem dan kepercayaan lain seperti perlembagaan Lord Reid yang mengatasi undang-undang Hudud, Qisas dan lain-lain undang-undang Allah tetapi malangnya mengaku Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malaysia sebenarnya hanya sebuah negara umat Islam dan umat Islam di Malaysia perlu bangkit dengan ilmu yang teguh untuk menjunjung kembali kedaulatan Islam. Sokonglah mereka yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan hukum-hukum (undang-undang) Allah seperti gerakan Islam PAS atau kita akan dipersoal atas ketidakpedulian kita terhadap agama ketika di akhirat nanti.

Janganlah umat Islam patah semangat. Ingatlah Allah SWT akan membantu mereka yang mengikut perintahNya sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan dalam Quran. Rasulullah SAW juga telah berjanji bahwa Khilafah akan muncul semula menyelamatkan umat Islam dari masalah yang mereka hadapi hari ini.

Akademi Fantasia Kini Kembali ~!
19 February 2009

Hari ini, makcik2 dan anak2 dara peminat setia Akademi Fantasia (AF) di rumah boleh menghembus nafas lega apabila program realiti kegemaran mereka akan membuka tirainya tidak lama lagi yang menjanjikan pelbagai perubahan. Lepas ni, bertambah la orang2 yang takde Astro mula melanggan semata-mata nak tengok program realiti ini.

Akademi Fantasia

Akademi Fantasia

Akademi Fantasia atau Akademi Sia-Sia?

Tajuk sebenar artikel ana pada kali ini.

Tak lama lagi, kita akan melihat kembali fenomena air mata manusia yang sia-sia jatuh ke bumi bila satu demi satu peserta disingkir dari program tersebut.  Alangkah indahnya kalau air mata itu disimpan untuk menangisi dosa-dosa kita kepada Allah atau setidak-tidaknya menangisi mangsa-mangsa di bumi Palestin yang sehingga kini menderita akibat kekejaman Israel.

Penyingkiran satu demi satu peserta yang ana kira senario terpenting dalam AF untuk mengaut simpati manusia. Mereka akan berlumba-lumba mengAFundi peserta kegemaran mereka “kononnya” untuk menyelamatkan mereka daripada tersingkir dan memastikan mereka bergelar juara. Akhirnya, yang mengaut keuntungan ialah pihak penganjur (ASTRO) sendiri sedangkan yang mengundi tidak mendapat sebarang faedah langsung apatah lagi peserta yang diundi tersingkir. Inilah yang ana namakan Akademi FantaSia-Sia

MARI MELABUR SAHAM

Mari Mengundi..Huhu

Mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya telah menyumbang saham terhadap peserta yang mereka undi.
Pernahkah korang terfikir bahawa setiap undi sms korang pada mereka itu memberi saham yang sama nilainya dosa yang mereka pertontonkan? Yelah, ia bagaikan menunjukkan bahawa kita menggalakkan maksiat berleluasa di negara kita.

HEDONISME

Hiburan yang melampau dalam negara kita semakin berleluasa. Di mana-mana sahaja ada hiburan. Di negara kita khususnya, ceramah-ceramah agama dipolitikkan oleh pihak kerajaan, tetapi bila sampai kepada konsert2 hiburan, tiada halangan(mungkin ada,ttp sikit) malah disokong pula oleh mereka. Kesannya, manusia mula leka dengan tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga, masyarakat dan agama. Solat terabai, ibu-ibu terlupa memasak makanan untuk suami dan anak-anak, anak pula tidak menyiapkan kerja sekolah dan bermacam-macam lagi.

KESIMPULAN

Nak tengok, tengoklah, tetapi cukup sekadar alakadar, atau seboleh-bolehnya tak tengok terus. Boikot je program macam ni. Tak memberi sebarang faedah kepada diri kita pun, malah menjatuhkan lagi nilai diri kita.Tidaklah ana mengkhususkan kepada AF sahaja, tetapi juga untuk semua program yang sewaktu dengannya(MyStarz LG, OIAM, MenTor, dll).

Program-program seperti ini juga adalah salah satu agenda YAHUDI untuk merosakkan aqidah umat Islam yang akhirnya menjadi umat yang lalai dan lemah.

Jagalah hati kita. Jaga hubungan dengan Allah. Jangan sampai kita menjadi antara orang yang kesal sekesal-kesalnya pada hari akhirat.

Wassalam,

Syahiran a.k.a. Teknodaie

Dapat dari emel, mungkin boleh buat rancangan alternatif macam…

1. Who will become an Ustaz

Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain… Setiap minggu akan diadakan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah

Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakah kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, di hadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akan ‘dikurung’ dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol

Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di Malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga VCD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)

Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu
berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara
tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan tarannum. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran, InsyaAllah..

5. Audition

Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.

hehehe

Bertemu dan Berpisah..Semuanya kerana Allah
9 February 2009

Hari ini, 9 Februari 2009 merupakan hari terakhir bagi pelajar2 tingkatan 4 yang menerima tawaran SBP sebelum melangkah masuk ke sana keesokkan harinya. Yang pastinya, satu kenyataan yang sukar diterima kebanyakan daripada mereka..Sudah tentulah..

Sebuah Perpisahan..

Bayangkan, setelah 3 tahun lebih bersama, hadapi suka dan duka, pengalaman pahit dan manis dikongsi bersama(over ar plak) tiba-tiba ditakdirkan untuk berpisah..

Form 4 al-Irshad

Form 4 al-Irshad

Jeng3..Pic di atas difahamkan diambil ketika majlis perpisahan(6 Februari) adik2 tingkatan 4 smka al-irshad yang akan ‘berangkat’ ke Sekolah Berasrama Penuh. Tengok la tu, laki pun nangis(sungguh annoying, huhu). Time ana nak pindah dulu takde plak buat majlis2 camni..semangat betol..hahaha..mungkin diorang kena buat lagi satu majlis la untuk panggilan kedua nanti(tenggg~).

Lupakan pasal tu, yang penting sekarang, kita kena belajar menerima hakikat. Inilah konsep persahabatan. Bertemu dan Berpisah. DAtang dan pergi.Semuanya kerana Allah.

Namun, ada sesuatu yang perlu kita sedar. Perpisahan bukan bermaksud terus melupakan. Sebab itu pepatah Melayu berpesan kepada para suami, “Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”. Orang tua-tua kita bukan menyuruh suami meninggalkan isteri di rumah untuk menggatal dengan perempuan lain. Sebaliknya, mereka menasihati suami supaya pergi jauh sekali-sekala dari rumah, dan apabila pulang, pasti akan terbit lebih rasa kasih sayang di antara suami dan isteri. Ini kerana jarak dan perpisahan akan melahirkan lebih rasa sayang di hati manusia. Begitulah juga dalam bersahabat, perpisahan juga akan menjadikan sebuah persahabatan itu lebih berkualiti.

Bagi ana, tak perlu sedih bila berpisah. Asalkan terus berhubung, itu lebih penting !! Kerana perpisahan yang berlaku  itu bukanlah perpisahan buat selama-lamanya. Macam la nak pergi mati kawan2 diorang tu..hehehe..(kasar sket bahasa..sory). Jika ditakdirkan Allah, kita masih boleh bertemu dengan kawan2 yang dah pindah tu setiap kali cuti, ataupun lepas SPM(huhu). Macam ana dulu, setiap kali balik, pasti akan cari peluang untuk keluar dengan kawan2. Habis SPM, join kawan2 sekolah irshad dulu buat kem plak. Tak ada masalah pun..

Lagi satu, kita perlu ingat yang sahabat tak mungkin selama-lamanya hidup bersama dengan kita. Kalaulah diorang stay pun sampai form 5..lepas SPM…masing2 akan tentukan hala tuju sendiri..di situ baru menguji tahap persahabatan yang sebenar. Kalau betul anda sahabat sejati, anda akan berhubung dan terus berhubung, selalulah bertanya khabar  sehinggalah salah seorang daripada anda…dot..dot..dot..(Terlalu ekstrem untuk diperkatakan)

Akhir kata, jadikan persahabatan anda sesuatu yang berkualiti, persahabatan yang membawa kepada keredhaan Allah.

Wassalam,

Syahiran.Teknodaie

Luruskan dan rapatkan Saf…
7 February 2009

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini ana nak kongsi satu ilmu yang ana dapat daripada Akh Hafiz masa di Baitul Qurra hari tu berkenaan dengan saf solat. Di KISAS sendiri pun banyak kali ditekankan berkenaan saf solat yang sempurna.

Semalam hari jumaat, maka solat jumaat lah kan? Seperti biasa aku ke masjid dan bila habis je bilal melaungkan iqamat, orang ramai mula berpusu2 mengambil ruangan solat. Alangkah sedih hati ana bila melihat kedudukan saf2 pakcik2 tua dan hadirin di dalam masjid itu yang masih belum sempurna. Lebih teruk lagi, yang menggunakan satu sejadah untuk kegunaan sendiri.

Bila ana berada di tengah2 makmum, ana merapatkan saf ke kanan. Tapi, pakcik di sebelah ana ni tak berganjak langsung daripada kedudukannya walaupun dah ditegur(tinggi sekali EGOnya!). Maka, ruangan sebelah kiri ana menjadi kosong, solat pun tak terasa khusyuk. 

Ingatlah, merapatkan saff di dalam solat merupakan salah satu dari kesempurnaan & kecantikan solat berjemaah.Kasih sayang & keprihatinan seseorang kpd orang lain boleh terhasil dari sentuhan-sentuhan mereka samada melalui bersalaman tangan, pelukan & ciuman mahabbah, juga saf di dalam solat. Ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka melalui ciuman, dakapan & belain kasih mereka. Begitu juga halnya berlaku di antara suami & isteri. Nabi SAW telah bersabda:.

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ

“Rapatkan saff-saff kamu. Sesungguhnya merapatkan saff merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”
Ana teringat satu peristiwa di zaman Rasulullah di mana dalam satu peperangan, umat Islam dihukum oleh Allah SWT dengan kekalahan hanya kerana saf solat yang tidak sempurna… 

Rasulullah SAW sentiasa menitik beratkan saf solat,dari segi rapat dan sama sebarisnya.


Sebab itu Khalid Al-Waleed, panglima perang yang hebat dan garang boleh terbuka hati untuk memeluk Islam hanya dengan sebab beliau mengintai umat Islam bersolat dengan saf yang teratur dan sama semua pergerakannya. 

Kedudukan Saf Yang Salah 


Kedudukan Saf Yang Sepatutnya

Diharapkan lepas ini kita semua dapat solat dalam satu jemaah yang sempurna. Ingat! Allah tak pandang jemaah yang safnya tidak sempurna..
Wassalam,
-Syahiran-

[photos] bukit antarabangsa mengamuk lagi
9 December 2008

ketika artikel ini ditulis, bukit antarabangsa dikejutkan dengan penemuan seorang lagi mayat yang merupakan korban ke-5 tragedi tanah runtuh di bukti Antarabangsa.Ape2 pon..takziah jek ah kat semua mangsa..2 je aku mampu tolong..wawawawa..rasa2nya xde kowt kenalan aku mampos kat situ.

Bukit Antarabangsa, memang dah banyak kali berlaku tanah runtuh ni..tapi yg biasa2 la..masalahnya,diorang aggap ni bende kecik,x amik berat langsung…xde yg nk pegi cek keselamatan bukit tu ke ape ke..bila dah jadi..baru nak kelam kabut..time tu la baru nak periksa keselamatan la ape la..

HohoHo..Nak diceritakan..aku penah gak duduk bukit AntaraBangsa ni..Dari Kecik..sampai lah darjah 5 sebelom pindah ke Penang. Ada sekali berlaku tanah runtuh time aku sekolah rendah..taun 2000 x silap..Aku datang2 sekola..punya la ramai yg xdatang..alasan..tanah runtuh..wahahahah..dan tempat yg berlaku tanah runtuh tu kat kawasan aku..

yg baru2 ni..jaoh sket..kat umah org2 kaya..haha..tu ar..harap je kaya..wat rumah kat tempat bleh mati awal..

highland Tower yg runtuh pon..kat bukit Antarabangsa..bekas2 tinggalan kat situ sekarang dah jadi sarang..bukan sarang binatang,,tapi sarang binatang bertopengkan manusia…Setiap kali tahun baru..ade je pesta seks dan sebagainya..Mana la x jadi tanah runtuh selalu..Allah dah tunjuk..xsedar2..ni ada foto sket..harap dijadikan iktibar.

Lagi gambar di bawah.. Kudos to Extremist Thinker

Pemikiran sekularisme di kalangan pelajar jurusan agama
14 December 2007

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya kat KISAS selalu dengar orang cakap budak2 SMKA sekarang tak ada bezanya dengan SMK. Yang beza cuma ada ‘A’ , pakai tudung labuh, ambik arab(atau f5 ada syariah wa quran surah) tapi perangai tak melambang ciri2 orang yang beriman. Mula2, aku pun x berapa nak setuju sebab aku ni selaku bekas SMKA. Specificnya, bukan semua macam tu, cuma ada segelintir yang memalukan imej SMKA tu sendiri.  dan x mustahil ada budak KISAS yang camtu jugak…

Tudung?? Tudung ni bukannya satu benda yang mudah!! Allah dah meninggikan darjat wanita dengan menutup aurat. Tapi diorang tak sedar malah menuju ke arah jahiliyah!  Kalau dulu wanita tu hamba, bogel je…tapi sekarang dah bagi kemuliaan dengan bertudung nak kembali bogel plak….Huu…Sedeh la tengok ada budak2 SMKA ni yang habis2 je SPM x sampai sebulan dah terdedah sana sini….

Nak tau sebab apa?? Ha…ini la kesannya kalau belajar tanpa praktikal, tak ikhlas dalam melaksanakan suruhan Allah. Pakai tudung semata-mata kerana diorang tu budak SMKA, langsung tak ingat yang tudung tu ALLAH yang suruh. Erm, bukan tudung je, I mean aurat…Ini la yang dikatakan pemikiran sekular. Yahudi dah berjaya mempengaruhi mereka dan diorang ni la yang membuatkan Yahudi2 tu tersenyum…

Haaa…malasnye nak membebel, nantilah sambung..sebenarnya aku tak suke gak nak kutuk2 SMKA ni, tapi harap dijadikan pengajaran. Ni, semalam adik aku tunjuk kat aku gambar budak2 f5 sekolah aku dulu yang tak bertudung pegi shopping complex…Dah la tu, berani letak dalam

(klik read more utk lebih menarik ..haha)

myspace lagi. Haa…tak tau la diorang, kalau dah tersebar nanti, padan muke, merah muka korang time graduasi nanti…

Ni link myspace tu:  http://www.myspace.com/yana_nottygulz

aku malas nak fitnah ke ape, tapi korang cek la sendiri…takut nak cemarkan blog aku ni dengan gamba2 gedik tu…