Archive for the ‘personal’ Category

Celaka punya pencuri.
11 February 2009

Pergh..dalam 10 minit tadi..(8.40mlm) cermin kereta Kia abah kena pecah pencuri. Siot gile. Kawasan umah aku ni memang banyak pencuri. Tiap2 minggu dengar je cerita pasal pencuri kat kawasan aku.. Ni semua keje budak2 dadah la ni. Minggu lepas kereta merc jiran sebelah aku kena, minggu ni kete abah pulaKK..haha..

Pecah

Pecah

Abah tengah vakum

Abah tengah vakum

Petang tadi aku tertinggal hp dopod d810 aku dalam tu, abah suruh amek..seb bek lah..kalo tak lenyap dah skang..

Yang besnya, pencuri tu sempat amek smart tag je. Tapi ada kad  ape ntah dalam tu. Dia ingat kredit kad kot..tu seronok je..Mak cepat2 kol suruh blok penggunaan kad tu. Smart tag pun blok..Kesimpulannya, dia tak dapat pape la. Sakit tangan je la pecah tingkap tu selain menyusahkan orang lain nak repair blek..Nak curi pun, time tak kena. Lain kali pecah la kul 2 3 pagi ke..ni time isya’..adooi..

mmg bodoh..celaka..sial..anak haram~!

haha..teringat plak dulu masa kecik2..kereta wira abah kena curi kat petaling jaya.. Aku la yang paling tensen sekali, pasal semua mainan aku dah terkumpul dalam kete tu, sekali cd game lagi..beberapa bulan lepas tu, jumpa kete tu..tinggal rangka jek..dia nak masuk siam..pakai passport akU..bodoh..muke budak kecik pun xreti beza..(jgn kata muka aku cam pencuri sudah)…

okiep..ni nak pegi report polis..claim insuran..k,wassalam

sorry atas penggunaan bahasa yang agak kasar.ada hikmah disebalik kejadian ni..

hehe..aku penah gak bawak kete ni secara merbahaya..nak tengok??

huhuhu

Advertisements

Al-fatihah buat Tok Pin.
9 February 2009

Firman Allah dalam surah Al Mulk , ayat 2 yang bermaksud :

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup ( kamu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Allah Maha Berkuasa (membalas amal kamu ) lagi Maha Pengampun ( bagi orang-orang yang bertaubat ) .

Jelas dari mafhum ayat suci tersebut bahawa hikmah di sebalik kejadian kehidupan dan kematian ialah untuk menguji siapakah dari kalangan hamba-hamba Allah yang lebih bertakwa kepada-Nya.

Hari ini, moyang ana yang ana kenali sebagai Tok Pin ataupun Ariffin Bin Ahmad telahpun kembali ke rahmatullah. Difahamkan Tok Pin mula tidak sedarkan diri sejak pukul 1 pagi tadi. Pagi tadi ana dan keluarga bergegas ke rumah Tok Pin. Ana sempat menatap wajah Tok Pin ketika dimandikan hingga selesai dikafankan. Kemudian, kami ke masjid untuk solat jenazah dan pengebumian sehingga selesai talkin dibacakan.

 

Al-Fatihah Buat Arwah

Al-Fatihah Buat Arwah

1_918567332l1

 

 Teringat peristiwa dua tahun lepas ketika kematian datuk belah mak ana, dia agak rapat dengan ana sejak kecik lagi. Masa tu baru beberapa minggu ana di KISAS, cuba call rumah dekat 3 hari tak jawab2(no hp lupe da). Last2 dapat berita mak dan abah ke Melaka dari Pulau Pinang sebab datuk meninggal.

Ana terus letak gagang telefon tu sambil menahan air mata. Tapi cover ar kan?huhu. Last2 masuk tandas menangis puas.Kantoi2. Sedih la, sepatutnya mak ambik la dekat KISAS, boleh jugak merasa nak keluar 2 3 hari..hehe..xde lah. Tapi memang sedih la bila teringatkan orang yang rapat dengan kita pergi buat selamanya tanpa sempat menatap buat kali terakhir.

Ok, lupakan. Yang pergi tetap pergi. Segalanya ketentuan dari Allah. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Kita yang masih hidup ni perlu perbanyakkan amalan dengan selalu mengingati Allah sebelu ajal datang menjemput kita. Semoga menjadi mukmin yang bertakwa di sisi Allah…Itu lebih utama.

Wassalam.

Muhammad Syahiran Bin Suraini Bin Ramli Bin Ariffin Bin Ahmad Bin Dolah Bin

*3 to go~! <–pale hotak mung

f5 KISAS yanG membusykan
17 August 2008

hahah…ni la aku wat summary skit…mungkin ni bagi aku je…ada lagi kwn2 lain yg lagi sibuk dari aku..dari awal januari—–>sekarang

_______________________________________________________________

JANUARI

4,5,6/Jan – Kem Intensif Modal Insan(ape ntah nama). 3 Hari kat Institut Latihan Islam Malaysia,Bangi.Gle dowh..bkak2 skola dah ade kem

7 Jan – Pindah bilik MMU. Ades..bilik MMU dah makin kecik..lepas pindah bilik..penat gle…dah la pindah stor…berhabuk..kotor…berkat kesabaran…lawa jugak jadinya..

8 Jan – Pentauliahan Ketua Pelajar. Sibuk dgn presentation malam tu..last2 x tayang pon..caitt

12 Jan – Ceramah Kaunseling. Hehe..ni x de la bz sgt kot..pasal…aku escape tido lam bilik MMU…buang masa je ceramah kaunseling. Sebelum tu ade senamrobik…huhuh..tu je la aku pegi

13 Jan – Hari ni gotong-royong satu sekolah…NI yang first dan last kot…aku mane rajin wat gotong royong..

16 Jan – Mesyuarat BITAN kali pertama. Intro oleh Pres. Badar, Akh Nazrul Aizad tentang BIro Penerbitan dan Multimedia. Juga pengenalan guru2 penasihat..BIncang aktiviti tahunan.

19 Jan – “Career Promotional Programme” – Satu lagi ceramah yg membuang masa…haha..x silap aku dia promote sape2 nk jadi doktor gigi…pastu dia promote suruh gi USIM…caitt

20 Jan – Mesyuarat Malam Anugerah Inspirasi Seni(MANIS) kali pertama. Ana selaku Ketua Biro Multimedia. Time ni baru bincang2 tema semua…Tugasan belum diberikan.

27 Jan – Perkampungan Hadhari – Motivasi Bersama Dr. Fadzley…perh..lagha siot…amende la dia bagi…suruh denga lagu lagha la ape la…haha..kat Shah Alam X Silap..Bangunan MBSA.

29 JAn – Gotong-Royong MMU. Kitorang cat bilik tu dengan kaler PinK! Ades…itu pun cat lebihan….amik masa sehari utk siapkan…berkat kerjasama antara semua.

31 Jan – Mesyuarat MANIS ke-2. Baru nak diberikan tugasan

______________________________________________________

FEBRUARI

12 Feb.– Jadi College Brother…Sehari Suntuk sambut ketibaan adek2 form 4. Selain tu kena handle slide kat dewan besar…punya la pulun buat malam sebelum tu..last2 tayang tepi je..hahah

13 Feb.-Persaraan Ust. Mohamad B. Awang. Sedih gler….f4 sehari je dapat jumpa ayahnya dah chow…ades…tapi ni memang satu kejayaan yang besar la untuk MMU…2 minggu kitorang busy semata2 nak siapkan presentation utk pengetua….Cikgu2,budak2 pompuan ramai yang menangis…perh…bangga siot…

14 Feb. – HARI JADI IBU TERSAYANG

15 Feb. – Presentation Malam Introduksi BADAR
utk adek2 form 4

22 Feb.-Hari Sukan KISAS. Time ni aku gi men tenis kat belakang stadium tu..x masuk ape2 pun…

23 Feb. – Program Kebitaraan SIlat. Lenguh badan

28 Feb. – Mesyuarat MMU kali ke-2 x silap. Bincang lawatan utk ke PC FAIR dll.

___________________________________________________________

MAC

1 Mac – Gotong Royong NPC…NI Perasmian x silap aku lah..Cikgu Najib yang buat presentation yg cite finding NEmo tu…huhuh…smart gak…seb baik sir ckp mmu buat…tompang bangga la..

1 Mac(MAlam) – Malam Zikrul Maut-Malam ni satu malam yang menginsapkan…khusus utk f4 sebenonya…tp f5 pun kena p gak..aku petang tu sibuk mencari2 lagu yg menyeramkan utk malam tu..wat sound efek guruh ape semua…

2 Mac. – Mesyuarat MANIS kali ke-3. Bermulalah perbincangan..huhuh..aku escape x silap aku…opss

3 Mac – HARI ISTIMEWA

4 Mac – Aku dan Rehan tolong buatkan banner untuk team KISAS untuk Pertandingan Rekacipta & Inovasi Sains Peringkat SBP satu malaysia. Alhamdulillah dapat JOHAN.

20 Mac – Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor kat Stadium Melawati Shah Alam…BEST! dpt jumpa byk skola

31 Mac – Mesyuarat BITAN kali ke-2..Perbincangan penghasilan POW dan PH

__________________________________________________________

3 Apr. HARI JADI ADIK KESAYANGAN (Syafiq)

4 Apr. – Hehe..hari kantoi dengan Ustad LAh kat bilik MMU pasal balik lambat…dah la ramai2 dlm tu…bilik kecik…tambah bising..padahal time tu baru kul 12.30…budak2 nasyid kat dewan pun lum balek lagi..lagi la bising dgn bunyi perkusi diorang…x puas hati gle aku..haha..dah kena nkk wat cane kan…bsoknya suh isi borang…tp aku x pun..

5 Apr.Mesyuarat MMU kali ke-3. Bincang PC FAIR Khusus.

6 Apr. Mesyuarat AJK KSK. HAmpes…Bincang pasal IT WEEK yang tak terjadi.

11 Apr.ROMBONGAN MMU KE PC-FAIR..bes..beli printer,cable,mp3 dan macam2

23 Apr HARI JADI Adik TERsaYAng (SYAZA)

25 Apr.Majlis Anugerah Kecemerlangan (seminggu nk siapkan presentatioN)

Persaraan Mr. Ch’ng…Petang tu

Mesyuarat Agong PIBG (lepas tu)

Gile btoi ari ni..aku escape petang punya…wat presentation MKM

Malam Gema Mujahidah – Khusus utk muslimat..kitorang xle dok dlm sekolah..tp aku g jugak sebab nk siapkan presentation MKM..tambah tolong muslimat wat utk MGM.

26 Apr.Malam Kembara MANIS – Gempak Gile Presentation MMU malam tu…perh..tepukan yg amat gemuruh.X makan petang sebab nk siapkan.

____________________________________________________________

MEI

4 MeiMesyuarat MMU kali ke-4

22 Mei – Tamatlah sudah kerja aku selaku AJK MANIS.HAri ni merupakan MAlam Anugerah Inspirasi Seni 2008. Sumpah bosan artis dia…tapi presentation MMU mantap ar…tak tido aku malam tu utk siapkan video hari guru utk besok.

23 Mei – Sambutan Hari Guru. Gilekan…baru semalam abes MANIS…ari ni ada sambutan ari guru…Pagi tu datang awal seawal jam 6.30 pagi semata2 nak siapkan video hari guru…tertido sebelum tu..penat siot!!

28 MeiHari Mawaddah…Abah datang amek result

____________________________________________________________

JUNE

senyap skit bulan ni….lama x catit dalam diari

27 JunHARI JADI ABAH TERSAYANG

_____________________________________________________________

Julai

12 Jul. – Karnival Jom TAngani Stres & Masteri Bio

Satu bulan ni full time tumpu untuk penghasilan majalah PearloFwaqafan(POW)…Macam2 cabaran…tiap2 malam tido habis kurang pukul 3 pagi…Saiz lak terpaksa kecikkan pasal harga naik(minyak naik!)…dess..

Sekolah sibuk dengan pensijilan NPC…sumPah HipoKrit…tampal sana..cat sini…dulu2 xnak bersihkan

_______________________________________________________________________________________

OGOS 

Dengan rasminya aku melepaskan semua jawatan kepada kepimpinan baru…tumpu trial2 n SPM…dush..

PESTA DURIAN DAN BUAH2AN– Bosan gle…taun lepas ada DJ, CENDOL…taun ni ape pun xde..makan durian je lah..hahaha..

TRIAL SBP

18 Ogos – Kejohanan Silat Kebangsaan . KISAS jadi tuan rumah…

Aidiladha 2007
21 December 2007

First skali, rasanya tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam…….Hmm…kali ni nak cerita lah pengalaman berhari raya haji aku pada tahun ni…

Rasanya, taun ni lah raya haji aku tanpa melihat lembu disembelih….waaaaa…..slalunya kalau balik kampung je mesti ada orang tengah sembelih lembu…tapi taun ni x de….huhuhhu…kebetulan Pak Lah pun wat korban kat area Kepala Batas…orang ramai kot pegi sana nak amik daging…errr…Apa yang aku wat sepanjang pagi sampai ke Asar….tido…main dengan adik sedara….makan…tu jeklah…

Cerita pasal makan…emm…bUrrPP… Mak aku wat keK … beli ketupat..lemang….beraya…pun makan tu jek ah….pegi umah atuk…ada ketupat lagi banyak2….makan2 je la…petang tu makan gulai ikan je…

Lepas2 Asar baru kitorang bertolak ke rumah Tok Nek(My GReat Grandparent) …Situ…makan nasi himpit plak…dengan rendang ayam…huuu…sedap2…time tu hujan lebat…balik pun dalam kul 6.30…pastu g lah rumah MakLong plakk….time maghrib…kita solat berjemaah..baca yasin…solat isya”..then makan2 lagi…uhuhuh…ada bihun sup…nasi…lauk2…err..buuRpp…tu Jek lah..bila boring aku men SMS jek lah..

-Wassalam-

melawat maklong
11 December 2007

haaa….hari ni aku g hospital…..lame x g hospital …haha…. camni…balik2 tusen mak aku tanya aku…tau x maklong sakit? aku pn cakap tatahu la…haa…mak cakap…maklong ade breast cancer….hari ni baru operate…so…mak ajak la..aku cakap xmo….

Petang tu bila ayah aku balik..baru tukar keputusan pasal abg aku ikut..aku nk ikut gak….haah…dlm hati ni ingat nk jalan2 je..ok umah yg membosankan…huuu..dalam kul 6 lebih kot baru keluar…sampai2 penang….dah masuk maghrib..smayang la kt masjid jamek mane ntah….anak mami je tgk….ahah…pastu truslah..

dalam kul 740 camtu dah sampai…carik la..bilik…234..eh…iye kot….haa…nampak la maklong….itu je lah…pastu sembang2 dgn mak…pastu balik…huuuh…boringnye cite aku…balik2 tu kitorang nek feri…..adik aku tu nangis2 nak makan McD…..feri plak lambat datang…haha…beli je kt BUtterworth….drive-by tu..aku order Chicken McDEluxe dgn Couble Cheeseburger….haaa…perut aku ni…mmg la….

tusyen…tusyen…tusyen..
9 December 2007

hari ni, 9 disember 2007 ….. dekat 3 minggu dah aku berCUTI, ye lah…sekolah dah nak bukak… emm… nak cerita balik …memang boring…mesti tertidonye…ish…penuh dgn tusen…xdenye nak g mane2…homework pun x sentuh…waaaa….

Cite pasal tusyen, haha…awal2 kat skolah tu aku ingat nak g kaliber kat kepala batas, pasal kwan2 ramai kat sana… tapi….bila call…penuh lak…aduuuhh…xpelah…aku tunggu je… berapa hari lepas tu…dapat lak surat tusyen Cikgu Hassan….ish3…pikir2 gak nak pegi ke taknak…hmm…kalau ikutkan hati..memang tak nak pegi tusyen dia…pasal…emm…xleh habaq la….huhu…personal matters.. tapi pikir2 …takut tak bertusyen…aku pun cakap la kat mak…nak pegi tusyen tu…mak pun call la cikgu hassan… time tu baru 3 org je daftar… kena bagi cuku 14 org…baru diorang start…hahah….selamat aku…

Sampailah ada satu hari ada hamba Allah yang recommendkan aku satu pusa tusyen di kepala batas…haha…namanya… tusyen FIZMA….

fizma

walaupun jauh skit…tapi..aku sanggup..janji aku tak tusyen dekat tusyen Cikgu Hassan nyer… Fizma tu..aku call la dulu…takut gak kalau dah penuh…umm..call2…dia suruh pegi dulu…bayar deposit…hmm…petang tu jugak aku ajak mak aku pegi daftarkan…haha…cikgu dia semua cikgu pakar…aku pegi sana…masya-Allah…pergaulan tak terjaga…culture-shocklah aku…bilik tu mampat..sampai 50 orang…tiap ari ade je orang baru…haha..nak cite pasal cikgu2 kat fizma ni…haha…nanti tak tido lak…

OK … tu je untuk ari nih

the death of my ps2
9 December 2007

Pertama kali ku mengenalimu pada hujung 2003 yang lalu, dikau masih cantik…berseri… gagah perkasa…tapi kini…setelah genap 4 tahun kita bersama…menghadapi suka dan duka….dikau pergi dulu meninggalkanku…tapi tidak mengapa…daku akan membeli ps3 plak…sob..sob…wahahaha….aduii…ayat pe nih…ish3…

ps2

Ha…ni la ps2 aku dah rosak skit…tapi rasanya boleh main lagi walaupun lingkup2…abang aku memang terer bab2 ni…dia yang slalu betulkan…tu yang asyik terbukak sana terbukak sini…sedih jugak kalau rosak…beratus2 duit habis semata2 nak beli game dia je…last2 …rosak camtu…kena tunggu ps3 la plak kan?? haha…

ps2

Majlis Anugerah Kecemerlangan
18 August 2007

Bismillahirrahmanirrahim ….

Semalam, 17 Ogos 2007, sekolah ana ada buat M.A.K…. so, dapat la ana balik awal dari KISAS 2 hari … sebenarnya dapat balik awal sehari jek … tapi buat pala balik awal … heheh … kitorang balik petang rabu sampai kul 12.00 malam …

Khamis pagi tu … x tau nak wat ape … ana pon pegi la melawat skolah ana dengan berbekalkan PSP ana … ingat nk ajak geng tp smua x nak pegi … terpaksa la pegi sorang diri… malu gak aa nk pegi sana …. terpaksa dipandang oleh semua … heheh … balik dalam pukul 2.30 … time nk balik la lagi la cegar … ramai org tgh menunggu bas …

Petang tu pukul 6.50 ana datang balik sekolah … heheh .. kali ni nak tido sana lak … ana dengan syahmi jek budak kisas yg tido sana … macam2 la sembang … pasal pelajaran la, kisas, a**k la dan sbg… malam tu ana ingat nk bagi tazkirah .. tp dah diambil alih oleh ust. aZLi .. heheh … x der a .. tipu je .. syahmi la sembang nk bg tazkirah … tp suruh2 aNA lak … terpaksa la jadi imam isya’ tu … sonok woooo ….

Pagi tu ana bangun pukul 6.50 (astaghfirullahalazim) … begitulah kebiasaan kalau dok kat IrsHad … heheh … bangun2 .. pegi surau … pastu balik mandi … dalam 7.30 pagi .. syahmi ajak ana pegi makan kat kedai luar … makan la roti telur sekeping ngan milo ais pagi2 tu … then … ada raptai hari anugerah … malu2 nk masuk dewan tu .. dah la ada 2 orang jek budak luar …. bangga pon ade … dapat tgk muslimat irshad yg dah la x nampak … nama pon banyak dah lupe sejak duduk kisas … makan la kat kantin lak pastu … pastu sorang lagi sahabat ana dari kisas datang … zaimfauzan … hemm .. sembang la sampai pukul 12.00 t/hari tu .. dan terus balik …

Lepas solat jumaat … dalam pukul 3.10 ptang tu baru nak bertolak dari rumah .. pukul 3.30 baru sampai … spatutnya stat pkul 3.00 … hahah … mula2 datang tu … Ust. Zakaria baru baca doa … panjang betul … terpaksa la ana berdiri dulu sebelum carik tempat duduk … pastu ada ucapan ydp pibg, pengarah, dan pengetua … masa perasmian bulan kemerdekaan tu ada gimik

gimik merdeka

… pastu koir bahtera merdeka …

pastu barulah stat … stat dengan f1-f6 atas … pastu baru stat dengan pmr … pehh .. bangga doh … sempat nk tengok kamera …kat sana ada 2 org sahabat ana yg pegi mtd tu … masa nk amik hadiah kena kawat … pehh … mantap … pastu kitorang pegi la makan …. makan kat pondok tu jek …pastu terjumpa lak dengan si fathin hanim tu … sempat lak dia bagi ana kerja sekolah ….aduss … banyak gile ….

amik hadiah

zaim, khairi dgn amir

makaan

menyanyi

lePak+ing
5 June 2007

huhuh … hari ni bangun subuh lewat gile aku … pkul 7 pagi (lagha … lagha .. don’t try this at home) … pastu tido jap … pkul 7.30 tu bangun mandi …

7.50 aku dah start kluar rumah … planning ngan kawan2 nak pegi megamall penang lepas beli tiket bas tu … tunggu punya tunggu dekat pukul 9 baru bas nk datang … ish2 .. masih x berubah bas 52 ni lagi yerk … tengah2 dok tunggu tu datang lak orang cina gila duk seblah aku .. datang2 tiba2 bersiul … pastu rapat ngan aku cakap ape bende ntah … cakap cina lak tu … aku pun angguk2 je la … hahahaha …

sampai Jeti dalam kul 9.20 … aku jumpa Syahmi dgn Nafis, budak sekolah aku(KISAS). Kitorang sama2 naik bas meneruskan perjalanan ke Megamall. Sampai sana dalam kul 10 pagi …. Kitorang sebenarnya tgh tunggu kawan2 lama kat sekolah Irshad dulu. Alang2 perut lapor ni, aku ngan Nafis gi la ke McD berdekatan … ingat nak breakfast je .. tapi lunch je yg ade… balun je la Double Cheeseburger … Syahmi 2 x makan psal kenyang lg ..

dalam kul 10.50 tu kitorang dah siap kumpul kat McD tu … Budak2 irshad yang ada Pali, Ikmal dengan Shahirun … sorang lagi MTD, Hanis … dan 3 org budak KISAS .. heheh .. mula2 tu kitorang serbu panggung wayang dulu … x tau nk pilih citer ape … ada waris jari hantu, spiderman 3 dgn pirates of the carribean 3 je pagi tu … kitorang semua tgk pirates of the carribean pukul 11.45 pagi … lama gila sampai 3 jam … rm9 … nafis ngan hanis gi tengok waris jari hantu psal diorang dah tgk dah … diorang cakap WJH boring gila …. haha … filem melayu … sebelum start wayang tu kitorang lepak kedai arcade dulu … balun main game je … lawan game kereta sekali semua 7 orang …. hahah …

dalam pukul 2.40 tu habis la citer dia … pastu ingat nk gi semayang dulu … tapi diorang gi men bowling plak (lagha … lagha) … huhuh … dalam tu awek cun banyak gila … heheh … main punya main sampai la pkul 3.30 baru ingat nk solat … habis2 tu kitorang pegi nasi kandar lak kat luar tu … pastu masuk balik sambung main game … hahah …

nak diceritakan … kitorang nampak sedare Haiyi … x-irshad … dia skang skolah SBPIKubang Pasu … kitorang first jumpa masa nk beli tiket … sekali kantoi kluar dgn awek .. mula2 ngaku dtg sorang je ..

to be continued …

melawat al-irshad
30 April 2007

Assalamualakum warahmatullahiwabarakatuh ….

Huhuh … hari ni memang sibuk gile la kat sekolah lamaku … SMKA Al-Irshad … banyak perubahan dah dalam masa sebulan lebih ni … makin lawa lak tu … fuuh … jeles aku … rasa cam nak patah balik jek …

Nak diceritakan, aku start keluar rumah kul 8.30, 8.50 bas baru datang dan sampai sekolah pukul 9.00 pagi. Cadang nak pergi dengan Nafis, Zaim, Muslim dan Syahmi tapi Syahmi sorang je yang datang sebab masing2 ade hal tersendiri.

First2 memang rasa segan gak nak masuk … huhuh nak jumpa orang yang dah lama x jumpe kan …. so, kitorang ingat nak pegi surau dulu la …. pegi surau sekali kantoi ngan f5 lak … diorang ajak sembang walhal time tu diorang tengah ada mp quran sunah … sembang la kat teratak sekolah tu …. uhuh … segan … kakak2 f5 semua usha pelik …

Bile diorang dah habis kelas je …. tak tau nak buat ape kan … kitorang masuk la surau .. stadi2 … ye la exam just around the corner … next week dowh … stadi skit je … fizik ngan bio … alang2 tu kitorang solat dhuha dulu …. sampai la waktu rehat …
mat jai n salman
pastu sekali terserempak dengan budak2 kelas aku ni … Matjai dan salman .. diorang ni memang kaki cheng kelas ….. sembang2 … lepak2 … pastu sampai la kul bape ntah …. diorang escape kelas quran sunah pasal x siap keje … padahal time tu ustzh. alawiyah cakap ade forum …. tinggal dalam kelas fikri dan solihin je budak laki …
47.jpg47.jpg
Pastu …… dah x de sape kan …. lame gak kitorang sembang … datang keon, pali, mat, syukri, hazmi, pali, zulhairi dan ramai lagi lah …. sembang2 sekali kul 12.00 lebih …pastu jumpe ngan budak2 f2 lak …. sampai zohor tu kitorang solat dulu .. … sembang2 skit dengan budak2 f3 .. diorang tengah sibuk main psp aku kan …. aku tunggu je la sampai kul 2.40 camtu …

keon lak time tu ada ngan diniy .. diorang cakap ade budak pompuan kisas pon datang … tapi keon ni .. dia amik hp aku dia call fathin hanim … aduss … aku pon x brani buat camtu … dah la sembang lama lak tu … habis la dia blacklist no. aku …

dah 2.40 tu kitorang pergi la kedai nasi goreng mazlan kat luar tu … takut ramai orang lak nanti .. sampai2 situ lak nampak ustazah azizah dengan ustazah najihah …. pastu jumpa ustaz marzuqi dengan isterinya … aku order la nasi goreng ayam tapi ayam habis terpaksa makan telo je la … dengan milo …

habis2 tu kitorang balik la ikut pagar belakang …. segan la nak lalu depan … budak2 habis sekolah kan … mesti usha pelik … tapi pagar belakang pun ada cabarannya jugak …. cikgu2 ramai keluar ikut situ … nampak cikgu isfaliza lah, ustazah zuraini, dan …. cg. rosli … dia macam marah aku jek … hahah …

Then. kitorang pun masuk la asrama …. time tu budak2 semua tido … bukan cam KISAS …skema betul .. siap ada kedatangan prep lagik … kitorang sembang2 je …. punya la lama …. tengok asrama diorang cantek betul … maacm hotel … siap ada coffee house lagi … koperasi sendiri la … fuuuh … mantap dengan kolam ikan lagi … tandas pun dah cantek .. lebih cantek dari tandas idaman …. huhuhuh ….dewan makan pun dah lain … macam2 la lain .. koop pun cat baru .. surau lagi …. fuuuuuuh … jeles dowh …

Kitorang sembang punya la lama sampai asar tu … aku ngan syahmi pegi surau … time tu ade budak pompuan kawad doh …. diorang usha pelik …. kalau sorang x pe lagi … ni semua sekali … aiyyooo …. mmg beza ngan kisas betul … kat kisas jangan harap pompuan nak usha macam tu … hhuhuhuh ….

Habis2 tu sambung sembang lagi sampai la kul 6.40 petang pastu aku balik la … bile la nak jumpe korang lagi …. MajlisAnugerahKecemerlangan nanti la

kawan2