Archive for the ‘Movie Review’ Category

watching Geng:Pengembaraan Bermula
12 February 2009

Fuuh, baru je lepas tengok cite GENG : Pengembaraan Bermula.

Sepatutnya hari ni planning nak gi tengok cite tu ngan sepupu aku, Izham. Siap booking tiket lagi pukul 5.20 ptg. Sekali kol tak dapat pegi lak. Aduh.

Then, aku cepat2 on9 ym sebelum zohor, tanya la sape nak teman aku pegi tengok. Tanya arep, takde transport. Tanya zaim lak, dia ajak nafis. so, aku dapat la pergi bertiga hari ni. Aku book 3 tiket. Tukar tiket, dari 5.20ptg kepada 3.20 ptg. Then, dalam pukul 2 petang camtu, diorang amik aku kat rumah naik moto terus ke Sunway Carnival..haha..

Geng

Geng

Disebabkan hari ni hari bekerja, jadi tak ramai la orang. Ramai jugak budak2 kecik dalam panggung tu..kapel pun ade(ape la diorang buat kat belakang tu..ish3). Dah la time aku beli popcorn tu pegi berpeluk sebelah aku. Bluerkk..

Sy dan Nafis

Sy dan Nafis

Zaim dan Nafis

Zaim dan Nafis

senget lak

senget lak

Lepas habis je tengok. Out of 5 stars, aku bagi 4.5 lah. Bagus, jalan cerita agak menarik dan tersusun. Walaupun ada sikit lawak bodoh..Memang menghiburkan hati jugak. Sepanjang cite tu, tangan aku meraba2 popcorn tanpa henti. Teruja dengan animasi 3d buatan tempatan.. Jadi, aku rekomen korang tengok la cite ni..huhuh..Diorang dah melabur rm4juta utk filem ni.

ni sedikit review daripada laman web vrempire.com :

For me the storyline is pretty straightforward but with mystery elements. The plot is build up very good and I can follow it well. I like the jokes in it which most of the time works and they are natural and very Malaysian. I believe all of us can get and appreciate the humour moments in it. The animation and graphics aspects of this film is really impressive and oustanding. The textures look so real. I really fascinated with the jungle and orchard scenery as the leaves, plants and tree are done very beautifully. There are also few type of monsters in this movie and I was flabbergasted with the glow-in-the-dark monster because the glowing scene is really beautiful and eye-candy for me. I also loved the ‘roller coaster’ moment where sometimes they used the first person perspective so I feel like I am also on the ride. The sound effect also is really good. Thumbs-up! Anyway, the group singing in the early of the movie is quite long to me. Maybe I don’t prefer it since I’m not into Hindustan singing and dance style. Anyway, I believe kids will love it since my daughter can enjoy watching continuos Hi-5 VCD. Maybe she will jiggle in the cinema D

Lagi satu, bak kata tuan Direktor cerita Geng, saudara Mohd. Nizam Abd. Razak yang telah mengomen blog aku :

tengok tengok tengok! tips: jangan keluar walaupun lampu wayang dah dibuka. terima kasih kerana menyokong!! hehe

-Nizam LesCopaque-

Reference : https://teknodaie.wordpress.com/2009/02/11/geng-pengembaraan-bermula-besok/#comments

Pastu balek, pekena char koay teow special sungai dua..haha..Sampai umah, mak takde plak,pegi amek adek kat skolah..duduk la aku kat luar rumah tu sejam..lupe lak nak bawak kunci..waaaaaaa..~

Char Koat Teow

Char Koay Teow Sungai Dua

haha

padan muke

Geng: Pengembaraan Bermula besok ~!
11 February 2009

Ticket Reservation

Your reservation request has been received. Please note that for Mid Valley, Berjaya Times Square and Pavilion KL reservations, RM1 will be charged upon tickets collection. Please collect your tickets 45 minutes before showtime or earlier with the ref no below.

Ref. No.:

05500

Movie:

GENG: PENGEMBARAAN BERMULA

Date:

Thu 12 Feb 2009

Showtime:

5:20PM

Cinema:

GSC (SUNWAY CARNIVAL)

No. of seat(s):

2

Full Name:

Muhammad Syahiran bin Suraini

Contact:

043561901

Currently the reservation system does not handle cancellations. If you don’t collect them within 45 minutes of the showtime, the tickets will automatically be sold to the queue at the cinema anyway.

Yeah..Baru je book tiket nak tengok cite geng besok. Saje je..Boring duduk rumah..lepas solat Asar besok boleh terus tengok..Alang2 tu tolong support gak animasi 3d Malaysia pertama ni..Kita tengok camne nanti..huhu..nape 2 seat? ehem2..

(more…)

I am Legend
19 December 2007

Hari ni aku g pacific dengan kawan2 aku…erm…cadang awal2 nak pegi ramai2…skali ada 3 org jek…adui…semuanya sibuk2 belaka…xde duitlah…dah pegi la…jemput abanglah…macam2 g laa…itu la…makin tua…makin sibuk..hahah… aku pun ponteng tusyen satu kelas…hahah…pegi naik moto dengan kawan aku, pakwan…balik pun naik moto…jimat masa…jimat duit…sian kat dia…duit dia…xpe..kisah pe aku…

Err…kitorang pegi tengok movie…tajuknya…. I am Legend.. pukul 1.30 sampai 3.30

I Am Legend pada asalnya ialah sebuah novel sains-fiksyen 1954 karya Richard Matheson yang menceritakan tentang satu2nya manusia yang hidup kat bumi..

Tapi dalam movie ni, berlatarkan bandar New York, tahun 2012… di mana bumi diserang sejenis virus yang direka manusia, tak boleh dirawat dan cepat tersebar dan berjangkit…huhuh…satu2nya manusia yang terselamat waktu tu ialah Dr. Robert Neville (Will Smith)..dia dengan anjing dia, Samantha(Sam)…last2 anjing dia mati sebab jangkitan virus tersebut….

200px-I_am_legend_teaser.jpg

Dr. Neville ni merupakan anggota tentera berpangkat Colonel dan jugak seorang saintis yang bijaak…  Dia berusaha untuk carikkan penawar untuk rawat manusia yang masih hidup tapi dijangkiti virus berbahaya tersebut (Krippen Virus atau KV)… Yang mana semua yang kena jangkit virus ni akan jadi mutan yang ganas…makan apa je depan mata…diorang tak boleh kena cahaya matahari dan sewaktu dengan cahaya…err…kiranya …limit la waktu si Neville ni nak kluar…sebelum senja je mesti balik…seram woo..

Nak diceritakan setelah beberapa ujian dilakukan terhadap beberapa ekor tikus didapati semuanya tidak berkesan kecuali seekor yang berjaya pulih seperti biasa…Jadi, Dr. Neville pun decide nak test dekat manusia yang kena jangkit tu… tapi kena la pasang perangkap dan strategi….lepas2 dah dapat seekor orang … yang dipanggil Dark Seeker…lepas sekor tertangkap….diorang nak balas dendam kat Dr. Neville…mula2 pasang perangkap kat dia…pastu…serang rumah dia pulak….

Last2, ada dua orang yang masih hidup datang jumpa dia… sorang perempuan dgn sorang budak kecik….diorang ni masih hidup…sempat amik penawar dari Dr. Neville sebelum dia bunuh diri nak bunuh DarkSeekers yang serang rumah dia…diorang pun selamat sampai kat kawasan manusia…err…aku cerita xde la saspen macam dalam movie…tgk saspen gile…tengok la…x rugi…hahah

SpiDermaN 3
9 June 2007

eheheh … hari ni nak review sikit pasal movie yang aku baru je tengok …. yaKni SPIDERMAN 3 …

nak pegi tengok wayang …. jarang nak ada masa … jadi alternatif paling baik ialah aku download je dari internet … pakai torrent … dalam masa 1 hari je dah boleh tengok … purata 56 KBps … laju bonar ….

Dalam Spiderman 3 ni dia berbeza dengan siri sebelumnya. S3 ni banyak lagi watak2 baru. Ada New Goblin, Venom, Sandman, Black Suit Spiderman.

Awal2 tu Spiderman lawan dengan New Goblin(Harry Osborn). Harry ni dia ingat Spidey yang bunuh bapak dia sebab tu la dia berdendam dgn spidey. Last2 Spiderman menang dan Harry hilang ingatan. Diorang kawan baik semula ….. x lama lepas tu ntah macam mana tiba2 bapak dia muncul kat cermin dalam umah dan hasut dia … pastu dia ingat balik dan berdendam balik dengan spiderman…. benda tu x lama bila pembantu rumah dia bagitau cerita sebenar yang bapak dia mati sebab terkena senjata sendiri bukan spiderman bunuh … last2 diorang sama2 lawan dengan sandman dengan venom nak selamatkan Mary Jane… new goblin mati last2

Orang jahat no.2 lak ialah Sandman(Marko Flint). Dia ni baik sebenarnya. Tapi Peter Parker salah anggap ingat dia yang bunuh pakcik Ben. Anak dia tengah nazak jadi dia perlukan duit dengan mencuri … ntah macam mana masa dia tengah lari penjara tu dia termasuk dalam tempat ujikaji saintis dan akhirnya bertukar jadi pasir …. Venom ni plak hasut dia supaya sama2 bunuh spiderman … last2 dia jadi baik plak …

Venom ni nama dia Eddie Brock. Dia asal jurugambar daily bugle. Dia ni jeles ngan Peter Parker … pasal peter dah bongkar penipuan yg eddie ni wat sampai kena buang kerja … si eddie ni pandai2 je edit gambar spiderman yg merah tu jadi hitam … padahal kamera dia spiderman dah pecahkan … pastu dia jadi la venom …

CicakMan ~!
12 December 2006

cicakman

Fuuh … baru je habis tengok cicakman …. masuk panggung pukul 9:30 …. habis dalam pukul 11:30 camtu la …. 2 jam la kira. Keseluruhannya … memang puas hati la dengan cerita ni … ni la first time aku tengok cerita “melayu” dekat wayang. Cerita mami2, sembilu,pontianak,senario …. mane den layan … dulu pon den ado jugak review sikit pasal cicakman.

Daripada segi CGI dia … memang ada la sikit kelemahan yang aku nampak. First skali aku nampak bila kat teksi tu. Apsal tengok teksi2 je lalu kat jalan tu. Kecik dari yang biasa … nampak sangat la 3d dia. Macam 3d robot power rangers. Yang lain semua, OK … terutama yang bandar Metrofulus tu. Rumah Prof. Klon pun x nampak real sangat. Besar gaban sangat …. tapi x de la sampai mencacatkan cerita.

cicak22.jpg

teksi2 ni la … heheh

Dalam cerita ni, bukan Apek jer yang banyak buat lawak …. Ginger2 tu la yang paling lawak sekali … terutama yg no2 tu(AC) … muke otai tapi curik surat prof. klon pasal nak kumpul setem …. wahahahah …. bodoh nak mampus.

Memang dah nampak sangat la diorang nak sambung lagi filem cicakman. Tania(fasha) masih x tau lagi sape cicakman, dia ingat danny(yusry) tapi dia dah mampos. Prof. Klon pon masih blom kena tangkap, yang kena tangkap cuma klon dia jer.

Filem ni ada unsur komedi, aksi, sedih, cintan, dll. lagi la … tahniah aku ucapkan kepada filem Cicakman kerana berjaya memungut kutipan RM2juta dalam masa 5 hari ditayangkan. They deserve it !

Tapi, aku pon x paham dengan sesetengah orang ni. Nak banding2kan filem cicakman dengan superhero hollywood. Ceh, x de rasa nak sokong langsung. Ada yang kata tak sesuai la letak MAN lepas nama Cicak tu la, dan macam2 lagi la. Ape kes? tengok superhero asia lain pon pakai MAN jugak … UltraMAN, MercuryMAN.
sesaper yg blom tengok lagi, aku rekomen korang tengok la yer, sokongla industri filem tanah air

4/5 star aku bagi …

CicakMan … cambest
4 November 2006

wohoo .. aku tgk cambest je preview filem cicakman ni kat melodi, website die … rase cam x sabar nak tunggu kluar pawagam .. selalu citer filem2 melayu mane ade aku pernah tgk, boleh kire dengan jari lagi .. tapi, cicakman ni aku rase cam nak tgk plak, biase a naluri budak2 ..