Archive for the ‘artikel’ Category

Boikot Lagu Allah Peduli – Agnes Monica
9 March 2009

Assalamualaikum w.b.t.,

Hari ni terjumpa sebuah lagu nyanyian Agnes Monica(pelakon Jelita) yang popular dengan lagu Matahariku.Lagunya bertajuk “ALLAH PEDULI” ni dah lama dah .Difahamkan dia ni seorang yang beragama Kristian.

Pada tajuk menggunakan nama Allah, tapi pada hakikat liriknya ditujukan pada Yesus iaitu Jesus tuhan bagi mereka yang beragama Kristian.

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku mengerti

Hati-Hati wahai saudara muslimin sekalian..Ingat,dengan kata-kata juga mampu mengugat akidah dan memurtadkan kita.

Alhamdulillah, lagu ni tak dapat masuk Malaysia. Mungkin bahaya untuk yang download sendiri. Dunia di hujung jari.

Wassalam.

BOIKOT AGNES MONICA~

Advertisements

Ulangtahun Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah
3 March 2009

SALAM..
hari ini iaitu pada tanggal 3 Mac 2009 ialah ulang tahun ke-85 kejatuhan khilafah Uthmaniyyah iaitu kerajaan yang diketuai seorang khalifah (raja) bagi seluruh umat Islam. Khilafah (kerajaan/pentadbiran) inilah yang telah menyatukan umat Islam seluruh dunia dari pelbagai bangsa dan berlainan kedudukan geografi dalam sebuah negara, seorang pemimpin, sebuah bendera dan satu undang-undang

Sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi ini telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk , agen Britain, telah bertindak menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan yang telah diberikan oleh negara-negara Barat kepadanya. Malangnya negara-negara Barat telah menanamkan ideologi Barat seperti liberalisme, sekularisme, sosialisme dan lain-lain sehingga mengakibatkan umat Islam meninggalkan Islam. Mereka juga menanam semangat nasionalisme yang sangat tebal sehingga mengakibatkan umat Islam berpecah kepada lebih dari 50 buah negara yang kita saksikan sehingga hari ini. Tidak ada kepimpinan alternatif pada hari ini walaupun beberapa buah negara mendakwa bahwa mereka adalah negara Islam seperti Sudan, Iran, Arab Saudi dan Afghanistan malah Malaysia sendiri. Negara-negara ini seperti Malaysia mencampurkan Islam dengan sistem-sistem dan kepercayaan lain seperti perlembagaan Lord Reid yang mengatasi undang-undang Hudud, Qisas dan lain-lain undang-undang Allah tetapi malangnya mengaku Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malaysia sebenarnya hanya sebuah negara umat Islam dan umat Islam di Malaysia perlu bangkit dengan ilmu yang teguh untuk menjunjung kembali kedaulatan Islam. Sokonglah mereka yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan hukum-hukum (undang-undang) Allah seperti gerakan Islam PAS atau kita akan dipersoal atas ketidakpedulian kita terhadap agama ketika di akhirat nanti.

Janganlah umat Islam patah semangat. Ingatlah Allah SWT akan membantu mereka yang mengikut perintahNya sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan dalam Quran. Rasulullah SAW juga telah berjanji bahwa Khilafah akan muncul semula menyelamatkan umat Islam dari masalah yang mereka hadapi hari ini.

Akademi Fantasia Kini Kembali ~!
19 February 2009

Hari ini, makcik2 dan anak2 dara peminat setia Akademi Fantasia (AF) di rumah boleh menghembus nafas lega apabila program realiti kegemaran mereka akan membuka tirainya tidak lama lagi yang menjanjikan pelbagai perubahan. Lepas ni, bertambah la orang2 yang takde Astro mula melanggan semata-mata nak tengok program realiti ini.

Akademi Fantasia

Akademi Fantasia

Akademi Fantasia atau Akademi Sia-Sia?

Tajuk sebenar artikel ana pada kali ini.

Tak lama lagi, kita akan melihat kembali fenomena air mata manusia yang sia-sia jatuh ke bumi bila satu demi satu peserta disingkir dari program tersebut.  Alangkah indahnya kalau air mata itu disimpan untuk menangisi dosa-dosa kita kepada Allah atau setidak-tidaknya menangisi mangsa-mangsa di bumi Palestin yang sehingga kini menderita akibat kekejaman Israel.

Penyingkiran satu demi satu peserta yang ana kira senario terpenting dalam AF untuk mengaut simpati manusia. Mereka akan berlumba-lumba mengAFundi peserta kegemaran mereka “kononnya” untuk menyelamatkan mereka daripada tersingkir dan memastikan mereka bergelar juara. Akhirnya, yang mengaut keuntungan ialah pihak penganjur (ASTRO) sendiri sedangkan yang mengundi tidak mendapat sebarang faedah langsung apatah lagi peserta yang diundi tersingkir. Inilah yang ana namakan Akademi FantaSia-Sia

MARI MELABUR SAHAM

Mari Mengundi..Huhu

Mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya telah menyumbang saham terhadap peserta yang mereka undi.
Pernahkah korang terfikir bahawa setiap undi sms korang pada mereka itu memberi saham yang sama nilainya dosa yang mereka pertontonkan? Yelah, ia bagaikan menunjukkan bahawa kita menggalakkan maksiat berleluasa di negara kita.

HEDONISME

Hiburan yang melampau dalam negara kita semakin berleluasa. Di mana-mana sahaja ada hiburan. Di negara kita khususnya, ceramah-ceramah agama dipolitikkan oleh pihak kerajaan, tetapi bila sampai kepada konsert2 hiburan, tiada halangan(mungkin ada,ttp sikit) malah disokong pula oleh mereka. Kesannya, manusia mula leka dengan tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga, masyarakat dan agama. Solat terabai, ibu-ibu terlupa memasak makanan untuk suami dan anak-anak, anak pula tidak menyiapkan kerja sekolah dan bermacam-macam lagi.

KESIMPULAN

Nak tengok, tengoklah, tetapi cukup sekadar alakadar, atau seboleh-bolehnya tak tengok terus. Boikot je program macam ni. Tak memberi sebarang faedah kepada diri kita pun, malah menjatuhkan lagi nilai diri kita.Tidaklah ana mengkhususkan kepada AF sahaja, tetapi juga untuk semua program yang sewaktu dengannya(MyStarz LG, OIAM, MenTor, dll).

Program-program seperti ini juga adalah salah satu agenda YAHUDI untuk merosakkan aqidah umat Islam yang akhirnya menjadi umat yang lalai dan lemah.

Jagalah hati kita. Jaga hubungan dengan Allah. Jangan sampai kita menjadi antara orang yang kesal sekesal-kesalnya pada hari akhirat.

Wassalam,

Syahiran a.k.a. Teknodaie

Dapat dari emel, mungkin boleh buat rancangan alternatif macam…

1. Who will become an Ustaz

Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain… Setiap minggu akan diadakan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah

Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakah kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, di hadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akan ‘dikurung’ dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol

Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di Malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga VCD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)

Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu
berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara
tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan tarannum. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran, InsyaAllah..

5. Audition

Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.

hehehe

Bertemu dan Berpisah..Semuanya kerana Allah
9 February 2009

Hari ini, 9 Februari 2009 merupakan hari terakhir bagi pelajar2 tingkatan 4 yang menerima tawaran SBP sebelum melangkah masuk ke sana keesokkan harinya. Yang pastinya, satu kenyataan yang sukar diterima kebanyakan daripada mereka..Sudah tentulah..

Sebuah Perpisahan..

Bayangkan, setelah 3 tahun lebih bersama, hadapi suka dan duka, pengalaman pahit dan manis dikongsi bersama(over ar plak) tiba-tiba ditakdirkan untuk berpisah..

Form 4 al-Irshad

Form 4 al-Irshad

Jeng3..Pic di atas difahamkan diambil ketika majlis perpisahan(6 Februari) adik2 tingkatan 4 smka al-irshad yang akan ‘berangkat’ ke Sekolah Berasrama Penuh. Tengok la tu, laki pun nangis(sungguh annoying, huhu). Time ana nak pindah dulu takde plak buat majlis2 camni..semangat betol..hahaha..mungkin diorang kena buat lagi satu majlis la untuk panggilan kedua nanti(tenggg~).

Lupakan pasal tu, yang penting sekarang, kita kena belajar menerima hakikat. Inilah konsep persahabatan. Bertemu dan Berpisah. DAtang dan pergi.Semuanya kerana Allah.

Namun, ada sesuatu yang perlu kita sedar. Perpisahan bukan bermaksud terus melupakan. Sebab itu pepatah Melayu berpesan kepada para suami, “Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”. Orang tua-tua kita bukan menyuruh suami meninggalkan isteri di rumah untuk menggatal dengan perempuan lain. Sebaliknya, mereka menasihati suami supaya pergi jauh sekali-sekala dari rumah, dan apabila pulang, pasti akan terbit lebih rasa kasih sayang di antara suami dan isteri. Ini kerana jarak dan perpisahan akan melahirkan lebih rasa sayang di hati manusia. Begitulah juga dalam bersahabat, perpisahan juga akan menjadikan sebuah persahabatan itu lebih berkualiti.

Bagi ana, tak perlu sedih bila berpisah. Asalkan terus berhubung, itu lebih penting !! Kerana perpisahan yang berlaku  itu bukanlah perpisahan buat selama-lamanya. Macam la nak pergi mati kawan2 diorang tu..hehehe..(kasar sket bahasa..sory). Jika ditakdirkan Allah, kita masih boleh bertemu dengan kawan2 yang dah pindah tu setiap kali cuti, ataupun lepas SPM(huhu). Macam ana dulu, setiap kali balik, pasti akan cari peluang untuk keluar dengan kawan2. Habis SPM, join kawan2 sekolah irshad dulu buat kem plak. Tak ada masalah pun..

Lagi satu, kita perlu ingat yang sahabat tak mungkin selama-lamanya hidup bersama dengan kita. Kalaulah diorang stay pun sampai form 5..lepas SPM…masing2 akan tentukan hala tuju sendiri..di situ baru menguji tahap persahabatan yang sebenar. Kalau betul anda sahabat sejati, anda akan berhubung dan terus berhubung, selalulah bertanya khabar  sehinggalah salah seorang daripada anda…dot..dot..dot..(Terlalu ekstrem untuk diperkatakan)

Akhir kata, jadikan persahabatan anda sesuatu yang berkualiti, persahabatan yang membawa kepada keredhaan Allah.

Wassalam,

Syahiran.Teknodaie

Konspirasi Facebook dan C.I.A.
8 February 2009

Assalamualaikum w.b.t.
DarkSide oF fAceBook

DarkSide oF fAceBook

Rasanya dah ramai antara kita yang mempunyai akaun facebook bukan? Termasuk ana sendiri la. Facebook kini merupakan rangkaian sosial yang sedang melonjak naik mengatasi populariti Myspace. Walaupun myspace lebih canggih boleh menambah berbagai2 apps,video dsb..tp bagi ana, itu semua untuk budak2 yang baru nak mengenal apa itu HTML dan CSS. Kajian dah membuktikan facebook lebih popular lebih terbukti bila tengok kat TV, artis2 Malaysia yang sibuk mempromosikan page facebook mereka.

Facebook V.s. Myspace

Facebook V.s. Myspace

Namun, apa yang hendak dituliskan di sini, bukan mengenai populariti facebook, tetapi mengenai konspirasi ‘jahat’ Facebook dan C.I.A. (Central Intelligence Agency) yang berpusat di Amerika Syarikat.

Tahukah anda bahawa segala maklumat yang anda letakkan di dalam facebook akan dihantar terus kepada pihak C.I.A.? Kalau korang perasan profil facebook tersangat detail sehingga ada ruang untuk alamat, no. fon dan sebagainya. Dengan ini, pihak C.I.A. boleh mengakses maklumat kita tanpa perlu bertanya kepada orang ramai kerana maklumat kita semuanya di hujung jari mereka.

Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”

Siapa di sebalik Facebook?

Pihak CIA menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya
bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita
Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence
Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.
gview

 

Polisi sedia ada dalam facebook.

fb1

Siapa Yang Menjadi Mangsa?

Yang menjadi mangsa sudah tentulah golongan bijak pandai bertaraf profesional seperti golongan berpendidikan Ph.D, profesor dan sebagainya. Andai kata mereka mahu menyerang Malaysia, sudah tentulah rumah mereka dibom dahulu kerana segala maklumat di tangan mereka.

Bagi ana, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua (more…)

Kenapa boikot Blogger?
6 February 2009

Salam a’laik

Tiba-tiba Ana terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan ana mengenai isu ini lepas ana tengok abang dan adik ana yang cenderung mahu memboikot blogger.

Umum tahu, blogger atau lebih dikenali sebagai BLOGSPOT merupakan rangkaian blog milik Google. Google pula merupakan salah satu syarikat yang menaungi Youtube, satu laman web yang menyokong Israel dengan melancarkan perang maya besar-besaran terhadap umat Islam Palestin melalui laman web tersebut baru2 ini. Manakala, umat Islam Palestin pula menggunakan Palutube.com sebagai medium mereka.

Kesimpulannya, Blogspot dibawah Israel. Tapi kenapa perlu boikot?

Ana tak rasa ini satu tindakan yang bijak. Ada ke kita bagi keuntungan kepada Google dengan menggunakan blogspot,youtube, dll? Tak ada kan? Lainlah kalau kita subscribe sesetengah produk mereka. Jadi, apa salahnya kita gunakan produk mereka untuk menyebarkan lagi kefahaman IsLam ke seluruh dunia.

Kalau blogspot, gunakannya ke jalan dakwah. Youtube plak, masukkan video2 islamik banyak2, sebarkan. Inilah namanya matlamat menghalalkan cara. Ye ke? Betul la tu. Kita nak menyerang perlu ada strategi. Ni salah satu contoh serangan daripada dalam. Tak salah rasanya. Kita pun tak menyumbang apa2 kepada diorang.

Setakat ni ana tak jumpa laman2 web milik orang Islam yang setanding Google. Jadi, tak perlulah bersikap terburu-buru. Teruskan berdakwah. Gunakan apa yang ada dan kesempatan yang ada sebaik mungkin. Kalau nak boikot, boikot habis2..Yang pakai gmail tu, buang terus..Google Earth pun, buang..sanggup?

Sekadar pandangan, sebarang bantahan boleh la komen ye.

Wassalam.

SYahiraN a.k.a. Teknodaie

Demonstrasi..Perlu ke?
4 February 2009

Di kala umat Islam seluruh dunia menyatakan bantahan demi bantahan terhadap kekejaman Israel, satu demi satu kekejaman dilakukan oleh puak kuffar tanpa mempedulikan suara umat2 Islam sedunia..Mengapa perkara ini berlaku?

Tepuk dada tanya selera. Setakat demonstrasi sahaja tidak cukup menggerunkan puak2 kuffar ini. Tengoklah kita sendiri, lepas demonstrasi, balik rumah asyik melayan tV,internet,hp kadang2 sampai terleka dengan Allah dan situasi yang melanda umat Islam sekarang. Tak ada langsung usaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang muslim yang betul2 beriman dan sedia berjihad fi sabilillah.

Golongan Kuffar ini pula hanya mampu tertawa melihat gelagat kita, umat Islam zaman sekarang. Terlalu leka dengan dunia yang hanya sementara. 

Kalaulah kita tukar demonstrasi membantah Israel kepada demonstrasi pergi ke Masjid beramai2 terutamanya waktu subuh. Percayalah, Yahudi tidak akan takut pada org Islam selagi jemaah solat Subuh tidak menyamai bilangan orang yang solat jumaat. Sebab ape? antaranya ialah solat berjemaah ni membentuk satu ikatan ukhwah sesama muslim, sekaligus menyemarakkan lagi semangat jihad menentang musuh Allah.

Jadi, marilah kita bersama2 memperbaiki diri kita agar menjadi muslim yang sebenar dari sudut akidah, ibadah dan sebagainya. Jauhkan diri kita daripada nikmat dunia yang hanya sementara. Doakan ana sekali yer~

WAllahualam.

Syahiran

[photos] bukit antarabangsa mengamuk lagi
9 December 2008

ketika artikel ini ditulis, bukit antarabangsa dikejutkan dengan penemuan seorang lagi mayat yang merupakan korban ke-5 tragedi tanah runtuh di bukti Antarabangsa.Ape2 pon..takziah jek ah kat semua mangsa..2 je aku mampu tolong..wawawawa..rasa2nya xde kowt kenalan aku mampos kat situ.

Bukit Antarabangsa, memang dah banyak kali berlaku tanah runtuh ni..tapi yg biasa2 la..masalahnya,diorang aggap ni bende kecik,x amik berat langsung…xde yg nk pegi cek keselamatan bukit tu ke ape ke..bila dah jadi..baru nak kelam kabut..time tu la baru nak periksa keselamatan la ape la..

HohoHo..Nak diceritakan..aku penah gak duduk bukit AntaraBangsa ni..Dari Kecik..sampai lah darjah 5 sebelom pindah ke Penang. Ada sekali berlaku tanah runtuh time aku sekolah rendah..taun 2000 x silap..Aku datang2 sekola..punya la ramai yg xdatang..alasan..tanah runtuh..wahahahah..dan tempat yg berlaku tanah runtuh tu kat kawasan aku..

yg baru2 ni..jaoh sket..kat umah org2 kaya..haha..tu ar..harap je kaya..wat rumah kat tempat bleh mati awal..

highland Tower yg runtuh pon..kat bukit Antarabangsa..bekas2 tinggalan kat situ sekarang dah jadi sarang..bukan sarang binatang,,tapi sarang binatang bertopengkan manusia…Setiap kali tahun baru..ade je pesta seks dan sebagainya..Mana la x jadi tanah runtuh selalu..Allah dah tunjuk..xsedar2..ni ada foto sket..harap dijadikan iktibar.

Lagi gambar di bawah.. Kudos to Extremist Thinker

Darul Taqwa dan Datuk Johar
23 December 2007

dicopy dari mana ntah….alamak…. tapi tau2 dah ada dalam mjalah pow..

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

“Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di
Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.”

Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

“Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam
datang. Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia dating biar aku
sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.

Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana
aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

“Hoi budak, Aku dimana sekarang ?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.

Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.

Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

“Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.”

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?

” Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? ” tanyanya angkuh.

“Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

“Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit,kenapa pakcik
pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?” Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan,lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

“Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. ”

“Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa.”

Datuk Dr. Johar termangu-mangu kebingungan. “Di mana aku sebenarnya ni?”

Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal. Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

“Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.”

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar.

“Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi.Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah.Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…”

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

“Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! seksa Neraka amat pedih.. Tolonglah tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!” rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ….Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

“Assalamualaikum.. kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah, Syed AlAbrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman.Sila datang!”

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

“Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.”

“Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan. “Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.
“Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”.

Lelaki itu tersenyum. “Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,” terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

“Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…”

“Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah….” Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia menggeleng –gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.
“Nasi beriani sepinggan!”ujarnya kepada pelayan.

“Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan.

“Ya! Apa peliknya?”,

“Baik tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?” Tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

“Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,” kata pelayan itu dengan sopan.

Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

” Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, ” ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

“Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?” tanya sahabatnya
di sebelah. Dia nampak simpati.

Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit… malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana ” Keluhnya.”Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.ïÂ&iqu est;½
ïÂ&iqu est;½Oh…!ïÂ&iq uest;½. keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda
tadi.

“Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementerianny a…. saya nak labor habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

Datuk Dr. Johar makin pelik. “Tambah nasi sepinggan lagi!”ujarnya kepada
pelayan restoran.

“Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ….berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….,” kata pelayan itu lagi.

“Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital,bukan di restoran!” bentaknya. Marah campur geram.

“Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, Insya-Allah. Kita tak perlu hospital!ï&A circ;¿Â&frac 12;

“Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?” leternya perlahan-lahan.

“Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya…..”

“Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?” tanyanya.

“Di sana tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan
boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.ïÂ&iqu est;½

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN ,IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.

Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nakmati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA’.kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.
Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN
RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI ïÂ&iqu est;½.. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

“Tak ada lagu yang hot sikit ke?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

“Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit
anak-anak muda sekarang…”

“Ya, ya saya setuju,” balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada
sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran
muda-mudi daerah asing itu.

Ayat suci Al-Quran a… “Eh …ni suara orang mengaji,”

“Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya,” kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema

…. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu

mendamba kasih yang tidak berhujung

mengutip saying di hamparan cinta suci.

Inilah getaran hatiku memburu cinta…….

stanza hati merindu Ilahi!”

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
“Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …”

Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata ” Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

“Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami
halalkan sajalah.”

“Tak. Pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.”

” Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.”

“Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helicopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIRTRANSPORT’ sibuk dengan urusannya.

Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :” KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH “. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anakmeraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.

Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

“Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !”

Datuk Dr. Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

“Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr.Johar.

“Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya…”

“Habis, mereka mahu apa?”

“Mereka mahu Islam, Datuk!”

“Islam ? ” keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

“ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI”

“Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah”