Archive for April, 2009

Islam4peace peniru?
22 April 2009

Assalamualaikum w.b.t..

Ana post benda ni untuk menjawab persoalan2 di Islam4Peace.Net yang mengatakan kami meniru website lain seperti Iluvislam,.dll.

Ana cukup terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang seolah-olah mahu menyekat jalan dakwah di dunia maya. Salahkah kita mahu mengembangkan medan dakwah dengan mewujudkan website2 berunsur dakwah yang baru?

Ana petik kata-kata seorang hamba Allah ni :

laman ni macam kekurangan identiti sndiri..bagai duplikasi iluvislam juga halaqah online..knp ye?..kan dah ade dah yg lain..

Ya. Memang matlamat kami dan Iluvislam adalah sama iaitu untuk berdakwah melalui alam siber. Untuk pengetahuan, Iluvislam merupakan cetusan idea senior2 kami sendiri.

Salahkah kita mempunyai misi dan matlamat yang sama? Salahkah kalau kita sama-sama menyumbang ke arah jalan kebaikan? Salahkah kita membuka jalan baru dan menambahkan lagi website2 berunsur dakwah di alam maya ini?

Apa-apa pun, kami memang tak berniat untuk meniru atau menandingi mana-mana website. Kami cuba bawa kelainan dengan mempelbagaikan lagi sumber tarbiyah di alam siber. Selain matlamat kami untuk mengadakan pertemuan/usrah sesama ahli di alam realiti.

Jadi, tak perlu pertikaikan status sesebuah laman web berunsur dakwah. Asalkan ianya bermanfaat dan lebih ke arah usaha dakwah, ayuh, teruskan sokongan anda tanpa ada rasa assabiyah dengan laman web dakwah yang jauh lebih berpengalaman dan maju ke hadapan.

Sekian.

Wassalam.

Teruskan menyokong Islam4Peace.Net…Peace~

Islam is all About Peace – Islam4Peace.net
3 April 2009


Assalamualaikum w.b.t…

Di sini saya ingin mempromosi laman web Islam4Peace.Net

Sebuah cetusan idea kami dan seorang senior dari mesir untuk menyampaikan mesej keamanan kepada umat Islam…

Please support us..utk awal2 ni masih banyak kelemahan..insyaAllah akan terus-menerus diperbaiki..

yang penting sekali..sokongan daripada korang semua..

Wassalam..