Boikot Lagu Allah Peduli – Agnes Monica

Assalamualaikum w.b.t.,

Hari ni terjumpa sebuah lagu nyanyian Agnes Monica(pelakon Jelita) yang popular dengan lagu Matahariku.Lagunya bertajuk “ALLAH PEDULI” ni dah lama dah .Difahamkan dia ni seorang yang beragama Kristian.

Pada tajuk menggunakan nama Allah, tapi pada hakikat liriknya ditujukan pada Yesus iaitu Jesus tuhan bagi mereka yang beragama Kristian.

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku mengerti

Hati-Hati wahai saudara muslimin sekalian..Ingat,dengan kata-kata juga mampu mengugat akidah dan memurtadkan kita.

Alhamdulillah, lagu ni tak dapat masuk Malaysia. Mungkin bahaya untuk yang download sendiri. Dunia di hujung jari.

Wassalam.

BOIKOT AGNES MONICA~

Advertisements

2 Responses

  1. salam..setuju je lagu ini boleh menggugat akidah.
    tapi kalau orang islam dekat Malaysia yang dengar.

    kan perkataan Allah itu sendiri tak semestinya refer kepada Rabbuna, Al-Khaliq.
    ni semua masalah mauqi’ ni.kalau kat sini, orang arab yang kristian biasa je cakap Allah, walaupun sebenarnye diorang tengah refer dekat Jesus diorang uh. sebabnya Allah kan memang perkataan Bahasa Arab. cumenye kat sini memang dah sangat difahami kalau orang Islam cakap tak sama maksudnya dengan orang bukan Islam cakap.lain pulak kalau kat Malaysia.
    Alhamdulillah ada orang yang tahu dan faham tentang kefaqihan umat Islam Malaysia terhadap Islam. sebab tu lah kot lagu ni tak masuk Malaysia.

    cumanya kita tak boleh la cakap penyanyi ni cuba nak merosakkan akidah. masalahnya dengan umat Islam Malaysia sendiri la kan yang kurang faham. takut je kalau ada yang bukan Muslim marah dengan artikel ni. sekurang2nya ada hujah kan untuk support artikel ni.

    maaflah kalau dah tau. cuma sebarkan kat kawan2 yang x tau. apa2 pun, tahniah sebab selalu sensitif dengan isu2 yang berkaitan dengan Islam.

    cumanya, tak perlulah nak boikot si penyanyi tu sebab lagu ni. boikot dia sebab dia tak jaga aurat dia ke, sebab dia tak jaga pergaulan dia ka…

    tapi senang2, boikot ja suma penyanyi…

    nota kaki: sedang promote penguasaan Bahasa Arab yang mantap dalam kalangan semua umat Islam.

    nota kaki 2: hujah ni dipetik dari jawapan Ustaz Fakhrurrazi dari University of Jordan terhadap soalan yang hampir sama dengan isu di atas…

  2. Yup, kalo kita tengok isu yg baru2 ni dihangatkan…
    Permohonan paderi2 Kristian utk menggunakan istilah ALLAH dalam penulisan diorang…
    sebab diorang pun menggunakan istilah ALLAH pada asalnya, tapi kerajaan Malaysia yg menghalang diorg terus menggunakan istilah tu sebab nak elakkan kekeliruan…

    tapi betul jugaklah tindakan meng”highlight”kan tajuk ni…
    sebab memang dah jadi trend anak muda zaman sekarang ni, lagu tu memang dijadikan hiburan semata-mata…
    diorang main nyanyi jer tanpa memahami mesej lagu yg diorg nyanyi tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: