Archive for March, 2009

Baca YASIN dan Solat Hajat-Nak RASUAH Allah SWT!!!
31 March 2009

“Membaca artikel yang bertajuk: Gempar: 20 Minit Nizar imamkan Solat Maghrib dalam program Umno oleh: hermansamsudeen menyebabkan Ana tergelak dan tergolek.

Sesungguhnya DS Mohd Nizar hanya memenuhi undangan dari Tuan Imam Masjid Simpang untuk mengimamkan Solat Maghrib dan memberikan sedikit Tazkirah selepas solat.

Tapi alangkah tak disangka sama sekali oleh orang-orang UMNO yang datang untuk Majlis membaca Yasin dan Solat Hajat, bahawa mereka akan menjadi makmum kepada orang yang mereka anggap sebagai musuh (musuh politik).

Situasinya mungkin begini:
Hendak lari dan buat jemaah sendiri sesame orang UMNO mungkin:
1- Tak ada yang berani (tak pandai) nak jadi Imam.
2- Nak buat juga (kira ada yang pandailah katakan) takut ada dua jemaah dalam satu masa di Masjid yang sama.
3- Nak buat yang kedua tu kena tunggu selesai jemaah yang pertama-lambat tu…
4- Nak halang DS Mohd Nizar jadi imam…. Tak boleh pasal imam masjid dah tetapkan kerana dah berjanji.
Mahu tak mahu… ikut sajalah di belakang imam. Bila imam baca panjang sikit, tentu gelisah… apa lagi kalau imam baca ayat atau surah panjang… baca yang paling pendekpun terasa sangat panjangnya. Mesti ada yang kata (dalam hati) “hai cepatlah habis”.. apatah lagi lepas solat DS Mohd Nizar nak bagi ‘Tazkirah’ seperti yang diminta oleh tuan imam masjid… lagi terasa bagai nak gila… tu yang mereka tak mahu dengar tazkirah tu… lagilah terasa panasnya bila terbayang DS Mohd Nizar sentuh politik dalam tazkirahnya…

Tapi (berbaik sangkalah sikit) tak mustahil dalam ramai-ramai makmum yang terdiri dari orang-orang UMNO tu ada yang KAGUM dalam hati mereka akan kebolehan dan kehebatan DSMN dan dalam diam mereka terpesona dan memasang azam dan niat akan “memangkah” DSMN sebagai pengundi senyap dalam PRK P059 Bukit Gantang nanti. Tiada siapa yang tahu melainkan Allah SWT serta individu yang ‘bertuah’ itu sahaja. Sesungguhnya orang itu ‘bertuah’ kerana mendapat hidayah dan dipilih oleh Allah SWT. Tidak kiralah sama ada ia memilih untuk terus senyap dalam insaf dan taubat atau dia menghebahkannya secara terus terang menukar haluan parti lalu memilih ‘Bulan Purnama’ yang orang kata (memangpun) menjanjikan pahala yang boleh membawa ke syurga.

Kita kembali kepada tajuk artikel ini: Baca YASIN dan Solat Hajat-Nak RASUAH Allah SWT!!!
Semua orang tahu buat apa/kenapa (tiba-tiba) baca Yasin dan Solat Hajat. Mestilah ada yang tersirat dihati yang tiada siapa yang tahu melainkan Allah SWT dan orang yang melakukannya. Biasanya mestilah yang bertujuan baik dan untuk kebaikan. Amat dilarang dalam agama kalau kita mambaca Surah Yasin demikian juga Solat Hajat untuk tujuan yang tidak “Syarie” iaitu yang dibenarkan oleh hukum syarak.
Kenapa? Tentu orang bertanya… apakah hanya orang PAS sahaja yang boleh baca Surah Yasin dan Solat Hajat… untuk menang PRK??? Apa orang PAS sahaja yang Islam ker?? Orang UMNO tak boleh???

Orang yang Tanya macam ini…. Tak payahlah kita jawab atau layan. Biarkan sahaja. Diam kita itu adalah jawapan kepada soalan mereka itu… jika mereka mahu berfikir. Kita bukan tak mahu jawab, masalahnya tiada jawapan yang boleh mereka terima melainkan jawapan yang mereka dapat sendiri setelah mereka cuba menggunakan akal kurniaan Allah SWT untuk memikirkannya dengan adil dan saksama. Kalau mereka masih tak mahu menggunakan akal untuk memikirkannya, turun Malaikat dari langit sekalipun untuk menjawab pertanyaan mereka itu, mereka tetap tidak akan mampu menerimanya.

Demikianlah keajiban akal kurniaan Allah SWT itu boleh menjangkau apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan boleh menembusi kedua-duanya lalu mengiktiraf adanya syurga dan neraka tempat balasan dosa dan pahala hasil amalan yang kita kerjakan di dunia yang fana ini. Kerana akallah Allah SWT ‘taklifkan’ kewajipan mengabdikan diri kepadaNya dan keranaNya semata-mata. Allah tidak ‘taklifkan’ kepada makhlukNya yang tidak mempunyai akal. Dan dengan akallah manusia itu diiktiraf sebagai ‘sebaik-baik’ kejadian atau makhluk.

Oleh itu Ana dengan seikhlas hati ingin mengajak semua pembaca agar kita sentiasa menghargai akal fikiran yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Orang Islam yang memperjuangkan agama Islam apabila mereka membaca Surah Yasin atau Solat Hajat, tujuan mereka adalah jelas, iaitu untuk MEMARTABATKAN Agama Islam dan bukan setakat nak menang PRK atau PRU, tapi menang dunia dan menang akhirat. Berbanding dengan mereka yang membaca Surah Yasin dan Solat Hajat yang inginkan kemenangan PRK atau PRU atau dunia semata-mata.

Wah…Sdr. Ambuyat sudah menuduh orang UMNO ni perjuangannya tak ISLAMIK! Perjuangan UMNO hanya DUNIAWI!!!

Mungkin kalau kita nak jawab di sini perlu panjang berjela… lagipun seperti yang Ana katakan di atas tadi. Tiada jawapan yang benar kecuali datang dari akal sendiri. Walau macamapun “Surat Dajjal dari KAPAR” (SILA KLIK) ini boleh menjelaskan pendirian UMNO dan BN.

Jadi nak buat apa baca Surah Yasin dan juga Solat Hajat??? Nak adakan majlis tersebut dah guna berapa RM??? Ratus tak mainlah… tukang urusnya dapat berapa, yang datang setiap orang takkan makan free jer…. Hulurlah sikit… paling koman RM50.. tu yang lekeh punya yang nampak hebat sikit takkan terima yang sama mesti lebih sikit………
Apa ni??? Yang jadi tekong baca Surat Yasin …. Mesti lagi banyak.. yang jadi imam Solat Hajat lagilah kena tambah…. Apa ni??? Ni upah ker , saguhati ker, cenderahati ker, ambikhati ker atau RASUAH??? Bagi rasuah pada manusia yang terlibat untuk sama-sama minta kepada Allah SWT supaya perkenankan segala pohon dan pinta???

Ini dah kira cuba nak MERASUAH Allah SWT.???!!! Tak cukup dengan merasuah manusia ….. kini UMNO cuba untuk “Merasuah Allah SWT dengan bacaan Surah Yasin dan Solat Hajat” . Percayalah bahawa orang-orang UMNO/BN hanyalah BERLAKON semata-mata. Dan lakonan mereka hanyalah menipu diri mereka sendiri. (Baca semula “Surat Dajjal dari KAPAR” ni.

Namun begitu Ana tak kata: “Semua orang UMNO/BN memang begitu” KECUALI yang memang begitu. Jadi kepada yang begitu tu Ana cuma nak kata: “Ingatlah Hari Pembalasan” pada hari itu jangan kata: “Ambuyat tak tegurpun kesalahan kami” Jadi Ana harap tiada dakwa-dakwi di akhirat nanti, jadi dengan ini Ana menyeru kepada semua Ahli UMNO hingga ke akar umbi: “Mari semua wahai Ahli UMNO hingga ke akar umbi, sertailah PAS atau PR, tinggalkanlah UMNO/BN demi memartabatkan AGAMA dan menyelamatkan BANGSA dan kesejahteraan NEGARA”

Sekian terima(lah) kasih,

Mari berkempen~! KAMI BELIA YANG MENOLAK UMNO!

UNDILAH PAS.PKR.

Boikot Lagu Allah Peduli – Agnes Monica
9 March 2009

Assalamualaikum w.b.t.,

Hari ni terjumpa sebuah lagu nyanyian Agnes Monica(pelakon Jelita) yang popular dengan lagu Matahariku.Lagunya bertajuk “ALLAH PEDULI” ni dah lama dah .Difahamkan dia ni seorang yang beragama Kristian.

Pada tajuk menggunakan nama Allah, tapi pada hakikat liriknya ditujukan pada Yesus iaitu Jesus tuhan bagi mereka yang beragama Kristian.

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku mengerti

Hati-Hati wahai saudara muslimin sekalian..Ingat,dengan kata-kata juga mampu mengugat akidah dan memurtadkan kita.

Alhamdulillah, lagu ni tak dapat masuk Malaysia. Mungkin bahaya untuk yang download sendiri. Dunia di hujung jari.

Wassalam.

BOIKOT AGNES MONICA~

Ulangtahun Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah
3 March 2009

SALAM..
hari ini iaitu pada tanggal 3 Mac 2009 ialah ulang tahun ke-85 kejatuhan khilafah Uthmaniyyah iaitu kerajaan yang diketuai seorang khalifah (raja) bagi seluruh umat Islam. Khilafah (kerajaan/pentadbiran) inilah yang telah menyatukan umat Islam seluruh dunia dari pelbagai bangsa dan berlainan kedudukan geografi dalam sebuah negara, seorang pemimpin, sebuah bendera dan satu undang-undang

Sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi ini telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk , agen Britain, telah bertindak menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan yang telah diberikan oleh negara-negara Barat kepadanya. Malangnya negara-negara Barat telah menanamkan ideologi Barat seperti liberalisme, sekularisme, sosialisme dan lain-lain sehingga mengakibatkan umat Islam meninggalkan Islam. Mereka juga menanam semangat nasionalisme yang sangat tebal sehingga mengakibatkan umat Islam berpecah kepada lebih dari 50 buah negara yang kita saksikan sehingga hari ini. Tidak ada kepimpinan alternatif pada hari ini walaupun beberapa buah negara mendakwa bahwa mereka adalah negara Islam seperti Sudan, Iran, Arab Saudi dan Afghanistan malah Malaysia sendiri. Negara-negara ini seperti Malaysia mencampurkan Islam dengan sistem-sistem dan kepercayaan lain seperti perlembagaan Lord Reid yang mengatasi undang-undang Hudud, Qisas dan lain-lain undang-undang Allah tetapi malangnya mengaku Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malaysia sebenarnya hanya sebuah negara umat Islam dan umat Islam di Malaysia perlu bangkit dengan ilmu yang teguh untuk menjunjung kembali kedaulatan Islam. Sokonglah mereka yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan hukum-hukum (undang-undang) Allah seperti gerakan Islam PAS atau kita akan dipersoal atas ketidakpedulian kita terhadap agama ketika di akhirat nanti.

Janganlah umat Islam patah semangat. Ingatlah Allah SWT akan membantu mereka yang mengikut perintahNya sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan dalam Quran. Rasulullah SAW juga telah berjanji bahwa Khilafah akan muncul semula menyelamatkan umat Islam dari masalah yang mereka hadapi hari ini.