Radix Fried Chicken..alternatif KFC

Adakah anda merupakan seorang daripada pemboikot KFC di Malaysia? Jika YA, kini anda tidak perlu cemburu lagi terhadap orang yang makan KFC di sekeliling anda kerana kini anda mampu membuatkan mereka cemburu dengan menyokong RADIX FRIED CHICKEN (RFC)…

RFC merupakan 100% syarikat milik bumiputera ISLAM dibawah syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. yang terjamin bersih, suci, berkhasiat dan berkat(cey). Salah satu alternatif dan usaha untuk terus memboikot produk2 barat.

INFO HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui initiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan. HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga JUN tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak 70 buah cawangan.Termasuk 5 Cawangan Di Indonesia dan 1 Di Brunai. Stok AGEN kini lebih dari 1200 Orang. Dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500,000 orang
Pada 7 Februari 2009 yang lalu, telah berlangsung majlis perasmian Radix Fried Chicken (RFC) cawangan Alor Setar. Ini merupakan cawangan kedua dan lebih banyak cawangan akan menyusul selepas ini. Menurut laporan, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sehingga kini sambutan pengunjung tidak henti-henti.

RFC juga dibuka 24 JAM

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Azizan bin Abdul Razak. RFC kedua ini telah menggunakan warna oren pada keseluruhan bangunan restoran berbanding warna merah yang digunakan di Restoran RFC pertama di Sungai Petani.

Insya-Allah pada tahun ini HPA akan membuka sebanyak 20 cawangan RFC di seluruh Malaysia pada tahun ini sahaja.

rfc-as

rfc-as2

rfc-as10

rfc-as4

rfc-as5

jadi promoter tak bergaji kejap..sape nak tengok pic lagi read more yer~

rfc-as3

rfc-as6

rfc-as7

rfc-as8

rfc-as9

Advertisements

7 Responses

  1. Salam. Very nice blog. Disarankan agar diluaskan fungsi blog ini untuk mengumpulkan semua budak batch SPM08 n letak pengisian berupa nasihat, tazkirah dan peringatan. Amat beharga n akan jadi panduan untuk semua bila masing-masing dan berada di lain-lain benua. 🙂

  2. thnx utk komen yg membina..btw..kita sudahpun ada port untuk mengumpulkan budak2 spm 08
    http://qifays.org/53

  3. alhamdulillah..
    leh la aku cr keje kt situ nnt

  4. oh ok..dh tentu aku s0kong..dh lame aku nk t0w rahsia kfc..ape y diorg taruk dlm aym tu smpai syarikat lain x de mcm kfc..

    ade radix rupanya…ingtkan blom ade y spt kfc..
    pers0alan aku terjawab sedikit..he2.

  5. promoter? brani ko rmpas title ak.. ceh!
    hehe

    erm.. de tak cwngn dy kt kl n mlaka?
    xsmpt tye firas lg lerk..
    dy xblek2 dri dq pun..

  6. […] Macam pernah dengar..Ya~ Bukan RADIX baru bukak cawangan baru RFC kat sini ke? Adeh, rugi aku makan puas2 tadi..Jalan beberapa saat je nampaklah aku restoran Radix Fried Chicken seperti yang ditunjukkan dalam pos sebelum ni…Sapa tak baca lagi.. KLIK SINI […]

  7. Nice effort by Malaysian.

    Tapi bukan lebih baik jika RFC mempromosikan dirinya sebagai syarikat rakyat Malaysia? Mengapakah mesti ditambah “bumiputera”?

    pernahkah abang nampak syarikat atau kedai atau perniagaan orang cina atau india bertulis

    “dimiliki Cina sepenuhnya” ” 100% Indian owned”?

    jangan salah faham, bukan saya yang sensitif. Tetapi, RFC boleh dan mampu dinaiktarafkan dengan brand “A proud Malaysian Product”. Baik untuk bisnes, baik juga kepada jenama Malaysian yang jarang dijumpai.

    Jika nak boikot, boikotlah orang yang rasuah, orang yang menipu dan berbohong.
    Jangan boikot KFC, malah rakyat Malaysia perlu belajar daripada KFC dan berusaha untuk berubah dan menjadi lebih baik daripada KFC.

    rakyat Malaysia perlu bersatu, bukan sahaja bumiputera. yang mesti boikot itu benda macam utusan dan TV3 kerana pembohongan dan ideologi perkauman yang disebarkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: