Archive for January, 2009

Pearlofwaqafan Online !
28 January 2009

assalamualaikum w.b.t.

E-POW 2008
E-POW 2008

Alhamdulillah hari ni aku berjaya jugak uploadkan e-book Pearlofwaqafan edisi 2008 ke alam maya..hehe..aku namakan ia sebagai [E-POW 2008].Sebenarnya dah lama bertangguh last2 dapat jugak upload. Aku buat ni pun sebab dapat banyak permintaan daripada ex2 kisas yang tak berkesempatan untuk beli majalah ni.

Mintak ampun dan maaf la sekiranya ada cacat cela sepanjang anda membaca majalah online ni. Rush sangat masa nak scan tu..apa2 pun aku akan terus perbaiki segala kecacatan yang ada..kalau nak lagi ori..belilah yang original..rm5 satu~! hehe

Ni link dia : KLIK SINI

(more…)

Advertisements

Perutusan Tahun Baru Cina..hehe
26 January 2009

Firman Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya (more…)

remaja kita zaman sekarang
25 January 2009

salam, ade cerita menarik untuk dikongsi. Maaflah kalau ayat2 yang digunakan kureng sesuai dengan jiwa korang.

[———–READY—————}

erm, ni baru je balik daripada rumah maklong. Aku sembang2 dengan sepupu aku, Am. Tengah2 sembang tu kedengaran la bunyi bingit mat2 rempit kat jalan depan umah tu. Sebelum tu aku ngan am pegi beli ais ikut jalan tu.

Am cakap “yan, seb bek kita p beli ais cepat, kalau x kena tahan ngan depa”..PErgh..Am cakap mat2 rempit ni budak kampung tu.

Bawak pompuan, bwk balek umah, pastu ‘ehem2’ dah jadi benda biasa. Dah sorang mat rempit yang merempit kat kwsan tu mati baru2 ni. MAti katak, syurga pun tak bau..Padan muke ko.

Yang menariknya Am ada cerita pasal sorang kawan dia(bekas kawan).
Dia cakap dulu time skolah diorang kawan. Budak tu baik.Tapi sekarang dah tak lagi. Sebab budak tu dah jadi kaki seks. Budak tu Cerita sendiri pengalaman dia buat perkara terkutuk tu,rakam guna hp, siap promote lg. Geli..Geli..Yang perempuan tu plak budak form 3. Habis dikendurikan begitu saja. Tak cukup sekali, banyak2 kali jugak la diorang buat benda terkutuk tu..Ish..tak takut aZab Allah ke syeikH?

Punca utama ialah mak bapak dia. Bapak budak tu jenis tak kisah(ntah2 join sekaki ape) kalau dia bawak perempuan dtg umah. Mak dia plak kerja malam. Ish, mak bapak ape macam ni??!

Am cakap lagi, perempuan mahal skrang mmg susah la nak cari kt kawasan tu. Nak cari yang suci, kita pun xtawu kan. Kadang2 ada yg bertudung labuh, smuanya nak tutup perbuatan maksiat yang diorang pernah buat. Kalau yg jenis gedik3 tu, apetah lagi..Sebab tu la aku anti-pompuan gedik(xperasan ke kat about me aku)..wahaha..Yakinlah dengan janji Allah, “Perempuan yg baik utk laki2 yg baik”..Insya-Allah..Kalau yg berzina tu, penzina la pasangannya..

Matyan2..sekarang bukan masa nak pikir bnda2 tu..huhuhu..So, ksimpulannya..marilah kita sama2 berdoa agar kwan2 kita ni diberi hidayah dan petunjuk Allah..aMeen.

Baitul Qurra’ wal ilmi
25 January 2009

Assalamualaikum w.b.t..

Mulai 29hb Januari sampai 5hb Februari ni aku akan offline buat seketika kerana akan bersama2 sahabat aku yang lain belajar kitab di pondok Baitul Qurra’ wal Ilmi di Sungai Udang,Melaka. Tadi si Amiruddin ni call aku yang dia dah beli tiket 29hb malam ni.Sahabt kisas yang dah pergi lebih awal yang aku tahu ialah Arif Aizuddin, Yaqzan,Firdaus Izaraee dll. Yang akan datang plak ialah aku, Amiruddin,Shaheer,Izzudin, Izzat Nasir, Jenal,Tengku Hadi dan lain2..Utk sahabat2 yang lain, antum masih ada masa lagi..huhuh

Tak lain tak bukan tujuan kami hanyalah untuk mengisi kekosongan jiwa didalam hati dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada guru2 yang bertaraf ulama’ agar dapat dijadikan bekalan untuk masa hadapan.

 

Doakan keselamatan kami pergi dan balik. Insya-Allah segala ilmu dan pengalaman yang aku dapat di sana akan dikongsi bersama. WAllahualam. (more…)

Kenapa boikot KFC?
23 January 2009

 

KFC n Sekutu

KFC n Sekutu

 

 

Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata “baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin”… .dah banyak sms yang saya dapat…daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

Akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

Tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443

 

hehe…korang percaya? Setakat forward emel2 camni,semua orang boleh buat. Kalau benda ni betul, keluarkanla kenyataan kat akhbar ke, iklan tv ke…ape daa..tau pn takut kena boikot~

Lupa lak aku baru teringat masa aku g kelantan hari tu..aku jumpa satu je kedai KFC kat kota bharu. Tengok cermin tingkap semua da pecah..hahaha..semangat ye gewe2 kelate ni(gewe??)..bgus la eh.

Time sekolah irshad dulu, ada kawan ni selalu sangat bagi kupon diskaun KFC ngan Pizza Hut..Ayah dia Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan…juga penasihat KFC Holding.

TU je Ar..ske ati korang la nak percaya emel forward tu.

Dubai memang gila..BUrj DUbai
22 January 2009

Korang kenal dubai?Sekarang rasanya semua orang kenal..sebuah negara Islam Arab yang bakal rosak tak lama lagi dengan pembangunan yang teramatlah pesatnya. Daripada projek The World, sampai kepada Burj Dubai yang sekarang ni masih dalam pembangunan.

comparing the height

comparing the height

Sekarang aku nak cerita pasal burj dubai. Ketinggian terakhir yang aku dapat ialah 688.00 m pada 9 Januari 2009 berbanding KLCC hanya 452.0 m.Ketinggian sebenar mungkin melebihi 800m dua kali lebih tinggi daripada KLCC. Burj Dubai ni dijangka akan menjadi menara tertinggi di dunia selepas siap nanti(sekarang pun dah tertinggi). Manakan tidak..hujung menara ni masih boleh dilihat sesiapa pada jarak 95 km!!Dan kalau lihat daripada atas memang dah menampakkan bumi ni sfera.

Dubai ni antara negara pengeluar minyak yang menjadi boneka Amerika jugak. Duit banyak, tapi nak sumbangkan kepada saudara mara Palestin amatlah kedekut..ceit..nak tau lebih pasal ni korang search wikipedia j lah.

nampak sfera bumi ni

nampak sfera bumi ni

antara tanda kiamat ialah manusia berlumba2 membina menara tinggi..so,banyakkanlah amalan dan mengingati Allah..ape2pun sebagai umat Islam janganlah kita menjadi umat yang Hubbu dunya wakarihal maut…terlalu leka dengan dunia sampai tak ingat akan kematian yang pasti..wallahualam