Archive for August, 2008

lim guan eng n koh tsu koon debate
20 August 2008

malam ni pegi umah atok nak tengok debat antara dua tokoh..eh sorang je tokoh..lim guan eng…heheh..sorang lagi bajet je..

koh tsu koon tu cam ape ntah…apa la mangkuk sangat x nak ngaku salah pastu salahkan kerajaan 40 taun lalu…mangkuk jamban tol la lu…pastu dia dok ulang2…cakap bpr dah siasat 2x…bukti pon xde..senang ar cakap..bpr pon..bukannya leh caya sgt…hahah..ngarut je..

f5 KISAS yanG membusykan
17 August 2008

hahah…ni la aku wat summary skit…mungkin ni bagi aku je…ada lagi kwn2 lain yg lagi sibuk dari aku..dari awal januari—–>sekarang

_______________________________________________________________

JANUARI

4,5,6/Jan – Kem Intensif Modal Insan(ape ntah nama). 3 Hari kat Institut Latihan Islam Malaysia,Bangi.Gle dowh..bkak2 skola dah ade kem

7 Jan – Pindah bilik MMU. Ades..bilik MMU dah makin kecik..lepas pindah bilik..penat gle…dah la pindah stor…berhabuk..kotor…berkat kesabaran…lawa jugak jadinya..

8 Jan – Pentauliahan Ketua Pelajar. Sibuk dgn presentation malam tu..last2 x tayang pon..caitt

12 Jan – Ceramah Kaunseling. Hehe..ni x de la bz sgt kot..pasal…aku escape tido lam bilik MMU…buang masa je ceramah kaunseling. Sebelum tu ade senamrobik…huhuh..tu je la aku pegi

13 Jan – Hari ni gotong-royong satu sekolah…NI yang first dan last kot…aku mane rajin wat gotong royong..

16 Jan – Mesyuarat BITAN kali pertama. Intro oleh Pres. Badar, Akh Nazrul Aizad tentang BIro Penerbitan dan Multimedia. Juga pengenalan guru2 penasihat..BIncang aktiviti tahunan.

19 Jan – “Career Promotional Programme” – Satu lagi ceramah yg membuang masa…haha..x silap aku dia promote sape2 nk jadi doktor gigi…pastu dia promote suruh gi USIM…caitt

20 Jan – Mesyuarat Malam Anugerah Inspirasi Seni(MANIS) kali pertama. Ana selaku Ketua Biro Multimedia. Time ni baru bincang2 tema semua…Tugasan belum diberikan.

27 Jan – Perkampungan Hadhari – Motivasi Bersama Dr. Fadzley…perh..lagha siot…amende la dia bagi…suruh denga lagu lagha la ape la…haha..kat Shah Alam X Silap..Bangunan MBSA.

29 JAn – Gotong-Royong MMU. Kitorang cat bilik tu dengan kaler PinK! Ades…itu pun cat lebihan….amik masa sehari utk siapkan…berkat kerjasama antara semua.

31 Jan – Mesyuarat MANIS ke-2. Baru nak diberikan tugasan

______________________________________________________

FEBRUARI

12 Feb.– Jadi College Brother…Sehari Suntuk sambut ketibaan adek2 form 4. Selain tu kena handle slide kat dewan besar…punya la pulun buat malam sebelum tu..last2 tayang tepi je..hahah

13 Feb.-Persaraan Ust. Mohamad B. Awang. Sedih gler….f4 sehari je dapat jumpa ayahnya dah chow…ades…tapi ni memang satu kejayaan yang besar la untuk MMU…2 minggu kitorang busy semata2 nak siapkan presentation utk pengetua….Cikgu2,budak2 pompuan ramai yang menangis…perh…bangga siot…

14 Feb. – HARI JADI IBU TERSAYANG

15 Feb. – Presentation Malam Introduksi BADAR
utk adek2 form 4

22 Feb.-Hari Sukan KISAS. Time ni aku gi men tenis kat belakang stadium tu..x masuk ape2 pun…

23 Feb. – Program Kebitaraan SIlat. Lenguh badan

28 Feb. – Mesyuarat MMU kali ke-2 x silap. Bincang lawatan utk ke PC FAIR dll.

___________________________________________________________

MAC

1 Mac – Gotong Royong NPC…NI Perasmian x silap aku lah..Cikgu Najib yang buat presentation yg cite finding NEmo tu…huhuh…smart gak…seb baik sir ckp mmu buat…tompang bangga la..

1 Mac(MAlam) – Malam Zikrul Maut-Malam ni satu malam yang menginsapkan…khusus utk f4 sebenonya…tp f5 pun kena p gak..aku petang tu sibuk mencari2 lagu yg menyeramkan utk malam tu..wat sound efek guruh ape semua…

2 Mac. – Mesyuarat MANIS kali ke-3. Bermulalah perbincangan..huhuh..aku escape x silap aku…opss

3 Mac – HARI ISTIMEWA

4 Mac – Aku dan Rehan tolong buatkan banner untuk team KISAS untuk Pertandingan Rekacipta & Inovasi Sains Peringkat SBP satu malaysia. Alhamdulillah dapat JOHAN.

20 Mac – Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor kat Stadium Melawati Shah Alam…BEST! dpt jumpa byk skola

31 Mac – Mesyuarat BITAN kali ke-2..Perbincangan penghasilan POW dan PH

__________________________________________________________

3 Apr. HARI JADI ADIK KESAYANGAN (Syafiq)

4 Apr. – Hehe..hari kantoi dengan Ustad LAh kat bilik MMU pasal balik lambat…dah la ramai2 dlm tu…bilik kecik…tambah bising..padahal time tu baru kul 12.30…budak2 nasyid kat dewan pun lum balek lagi..lagi la bising dgn bunyi perkusi diorang…x puas hati gle aku..haha..dah kena nkk wat cane kan…bsoknya suh isi borang…tp aku x pun..

5 Apr.Mesyuarat MMU kali ke-3. Bincang PC FAIR Khusus.

6 Apr. Mesyuarat AJK KSK. HAmpes…Bincang pasal IT WEEK yang tak terjadi.

11 Apr.ROMBONGAN MMU KE PC-FAIR..bes..beli printer,cable,mp3 dan macam2

23 Apr HARI JADI Adik TERsaYAng (SYAZA)

25 Apr.Majlis Anugerah Kecemerlangan (seminggu nk siapkan presentatioN)

Persaraan Mr. Ch’ng…Petang tu

Mesyuarat Agong PIBG (lepas tu)

Gile btoi ari ni..aku escape petang punya…wat presentation MKM

Malam Gema Mujahidah – Khusus utk muslimat..kitorang xle dok dlm sekolah..tp aku g jugak sebab nk siapkan presentation MKM..tambah tolong muslimat wat utk MGM.

26 Apr.Malam Kembara MANIS – Gempak Gile Presentation MMU malam tu…perh..tepukan yg amat gemuruh.X makan petang sebab nk siapkan.

____________________________________________________________

MEI

4 MeiMesyuarat MMU kali ke-4

22 Mei – Tamatlah sudah kerja aku selaku AJK MANIS.HAri ni merupakan MAlam Anugerah Inspirasi Seni 2008. Sumpah bosan artis dia…tapi presentation MMU mantap ar…tak tido aku malam tu utk siapkan video hari guru utk besok.

23 Mei – Sambutan Hari Guru. Gilekan…baru semalam abes MANIS…ari ni ada sambutan ari guru…Pagi tu datang awal seawal jam 6.30 pagi semata2 nak siapkan video hari guru…tertido sebelum tu..penat siot!!

28 MeiHari Mawaddah…Abah datang amek result

____________________________________________________________

JUNE

senyap skit bulan ni….lama x catit dalam diari

27 JunHARI JADI ABAH TERSAYANG

_____________________________________________________________

Julai

12 Jul. – Karnival Jom TAngani Stres & Masteri Bio

Satu bulan ni full time tumpu untuk penghasilan majalah PearloFwaqafan(POW)…Macam2 cabaran…tiap2 malam tido habis kurang pukul 3 pagi…Saiz lak terpaksa kecikkan pasal harga naik(minyak naik!)…dess..

Sekolah sibuk dengan pensijilan NPC…sumPah HipoKrit…tampal sana..cat sini…dulu2 xnak bersihkan

_______________________________________________________________________________________

OGOSĀ 

Dengan rasminya aku melepaskan semua jawatan kepada kepimpinan baru…tumpu trial2 n SPM…dush..

PESTA DURIAN DAN BUAH2AN– Bosan gle…taun lepas ada DJ, CENDOL…taun ni ape pun xde..makan durian je lah..hahaha..

TRIAL SBP

18 Ogos – Kejohanan Silat Kebangsaan . KISAS jadi tuan rumah…