Archive for December, 2007

yesss
26 December 2007

pow

hari ni satu hari kuhabiskan semata2 nak mantapkan web pearlofwaqafan.com … akhirnya…siap jugakk…khas untuk kisasian saje..hehe…sape yg belum daftar tu…come on lah daftar..haha…bes…bes

bitcomet 0.66 modded
24 December 2007

salam semua..aku nk share bitcomet 0.66 nih ngan korang.
sori ah klu korang dah tau laugh.gif
bitcomet nih dah siap mod, korang tinggal ubah download folder je
lagi satu yang besh, bitcomet nih die auto bypass portforward
so senang ah utk sape2 yg x reti nk port forward tu..mcm haku happy.gif
ingat, xpayah ubah hape2.lepas extract .zip nih,
double click je icon bitcomet tuh utk run.
x payah nk install2..x paham tanye je
pilih ah mane2 salah satu dr link kat bawah niextremeparanoid.net : download link [nih aku host dr pc aku.klu x boleh donlot tuh sbb aku off pc.huhuhu]
mediafire.com : download link [media fire link]
files-upload.com : download link [files-upload link]
rapidshare.com : download link [rapidshare link]
megaupload.com : download link [megaupload link]kat bawah nih pulak bitcomet 0.64,
bitcomet nih pon dah siap mod, korang tinggal ubah download folder je

rapidshare.com : download link [rapidshare link]
megaupload.com : download link [megaupload link]
credit to : extreme_paranoid from puteraonline

ni screenshot dari aku…emm…baru 5 seed dah lajuuuu….download 5 kamen rider dalam satu hari….hahah

bcomet.JPG

Darul Taqwa dan Datuk Johar
23 December 2007

dicopy dari mana ntah….alamak…. tapi tau2 dah ada dalam mjalah pow..

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

“Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di
Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.”

Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

“Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam
datang. Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia dating biar aku
sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.

Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana
aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

“Hoi budak, Aku dimana sekarang ?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.

Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.

Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

“Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.”

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?

” Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? ” tanyanya angkuh.

“Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

“Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit,kenapa pakcik
pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?” Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan,lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

“Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. ”

“Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa.”

Datuk Dr. Johar termangu-mangu kebingungan. “Di mana aku sebenarnya ni?”

Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal. Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

“Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.”

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar.

“Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi.Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah.Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…”

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

“Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! seksa Neraka amat pedih.. Tolonglah tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!” rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ….Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

“Assalamualaikum.. kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah, Syed AlAbrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman.Sila datang!”

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

“Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.”

“Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan. “Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.
“Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”.

Lelaki itu tersenyum. “Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,” terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

“Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…”

“Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah….” Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia menggeleng –gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.
“Nasi beriani sepinggan!”ujarnya kepada pelayan.

“Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan.

“Ya! Apa peliknya?”,

“Baik tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?” Tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

“Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,” kata pelayan itu dengan sopan.

Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

” Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, ” ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

“Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?” tanya sahabatnya
di sebelah. Dia nampak simpati.

Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit… malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana ” Keluhnya.”Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.ïÂ&iqu est;½
ïÂ&iqu est;½Oh…!ïÂ&iq uest;½. keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda
tadi.

“Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementerianny a…. saya nak labor habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

Datuk Dr. Johar makin pelik. “Tambah nasi sepinggan lagi!”ujarnya kepada
pelayan restoran.

“Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ….berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….,” kata pelayan itu lagi.

“Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital,bukan di restoran!” bentaknya. Marah campur geram.

“Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, Insya-Allah. Kita tak perlu hospital!ï&A circ;¿Â&frac 12;

“Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?” leternya perlahan-lahan.

“Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya…..”

“Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?” tanyanya.

“Di sana tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan
boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.ïÂ&iqu est;½

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN ,IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.

Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nakmati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA’.kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.
Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN
RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI ïÂ&iqu est;½.. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

“Tak ada lagu yang hot sikit ke?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

“Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit
anak-anak muda sekarang…”

“Ya, ya saya setuju,” balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada
sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran
muda-mudi daerah asing itu.

Ayat suci Al-Quran a… “Eh …ni suara orang mengaji,”

“Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya,” kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema

…. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu

mendamba kasih yang tidak berhujung

mengutip saying di hamparan cinta suci.

Inilah getaran hatiku memburu cinta…….

stanza hati merindu Ilahi!”

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
“Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …”

Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata ” Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

“Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami
halalkan sajalah.”

“Tak. Pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.”

” Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.”

“Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helicopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIRTRANSPORT’ sibuk dengan urusannya.

Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :” KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH “. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anakmeraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.

Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

“Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !”

Datuk Dr. Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

“Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr.Johar.

“Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya…”

“Habis, mereka mahu apa?”

“Mereka mahu Islam, Datuk!”

“Islam ? ” keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

“ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI”

“Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah”

Quran For WorD
22 December 2007

Perisian ni untuk membolehkan kita masukkan ayat2 Quran sambil buat keje dalam Microsoft Word….beserta dengan terjemahan Melayu+English….senang keje…xyah kita taip2 jawi lagi untuk ayat Quran…semoga insan yang buat benda ni diberkati Allah…Ameen…

qurn.jpg

DOWNLOAD SINI

credit : http://myquran.org/msword

the words changes everything…
22 December 2007

quick.jpg

erm….sebenarnya ni benda lama…sejak aku form 1 lagi…mungkin ada yang tak tau takpun tertanya2 kenapa orang suka letak perkataan cam kat atas tu…mungkin ini penjelasannya…heheh…

1) Bukak Word

2) Taipkan perkataan ni

=rand(200,99)

3) Tekan Enter…

Lihat hasilnyaa….yaaahaa… aku pun tak dapat nak jelaskan macam mana benda ni boleh terjadi…

Sekolah ‘Agama’ dan Masyarakat…
22 December 2007

Copied from http://shibghotullah.wordpress.com/

kisas.jpg

Kolej Islam Sultan Alam Shah

“Aku tak nak masuk sekolah agama,”kata seorang rakan yang baru sahaja mendapat keputusan UPSR beberapa tahun dahulu kepada saya.

4A 1B. Boleh tahan.Saya bertanya kepadanya kembali,

“Kenapa?”

“Malasla masuk sekolah agama”

Malas?

Apa maknanya malas? Apakah malas menelaah pelajaran agama? Atau malas belajar Bahasa Arab yang merupakan salah satu daripada pakej matapelajaran di sekolah agama? Atau ‘malas’ hidup dalam ’suasana agama’ (atau perkataan yang lebih tepatnya biah solehah)? Atau ‘malas’ mendapat gelaran ‘budak agama’ ,’budak alim’ atau ‘ustaz’ seperti yang selalu diberikan oleh masyarakat kita? ATAUPUN, MEMANDANG RENDAH PADA SEKOLAH DAN INSTITUSI AGAMA? 

Serasa saya, inilah yang menjadi persoalan utama yang patut diutarakan. Bukanlah saya disini menulis akan ketidakpuasan hati saya padanya. Bukanlah saya di sini ingin meng’condemnd’nya. Bukanlah saya di sini ingin memandang serong padanya. Bukan. Sesekali, bukan. Mungkin sekali dia sendiri mempunyai sebab-sebab lain untuk tidak menjadikan sekolah agama sebagai pilihan. Kita bersangka baik sahajalah padanya.

Tetapi, apa yang saya persoalkan tidak sesekali tidak boleh dikatakan “TIDAK”. Dengan beraninya saya menjamin ramai sekali anggota masyarakat kita di luar sana yang akan menjawab “YA” pada persoalan saya , sekiranya dijawab dengan jujur.

Saya hairan. Inilah sindrom yang masyarakat kita hadapi sekarang ini. Lari dari ajaran agama. Bukanlah saya bermaksud untuk mengatakan “Jangan masuk SMK, jangan masuk Sekolah Sains, jangan masuk MRSM… ,”  atau sebagainya, tidak sesekali tidak. Bukan begitu. Kita perlu sanjung akan Program J-Qaf, kita perlu akur akan Pendidikan Agama Islam, kita perlu hormat akan KBSM dan KBSRnya, kita tidak boleh memperkecilkan guru-guru mahupun Kementerian Pelajaran sama sekali! Kita tidak boleh. SMKA sendiripun di bawah Kementerian Pelajaran, apa?

Tetapi, ini masalah masyarakat kita pada hari ini. Memandang enteng pada sekolah agama. Mungkin anda yang sedang membaca di luar sana bukanlah dari golongan sedemikian. Masakan tidak, anda sanggup membaca post yang membosankan ini. Begitupun, ini hal-hal berkaitan dengan jiran-jiran anda, kenalan-kenalan saya, orang yang berada di sekeliling kita. Mereka menganggap masuk ke sekolah agama tak glamourlah, tak ‘vogue’lah, seganlah, apa cerita….

Memanglah nak belajar agama di tempat lain pun boleh, tetapi ini soal mentaliti. Soal pemikiran.

Belajar sains tak nak belajar agama. Belajar akaun tak tahu nak baca Quran. Belajar sastera, tak nak terima Al-Quran tu lagi bersastera. Apa hangpa nak jadi sekularka? Nak jadi macam cucu-cicit Kamal Attartuk Terkutuk, ha? Bagi orang yang spesies ini fikirlah baik-baik, masih ada masa untuk anda menginsafi diri anda, sebelum Izrail datang memanggil…

Kerana ustaz saya pernah menyebeut,

“Dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah ialah dosa jahil”

Dah tahu jahil, tak nak mencari. Dah tahu jahil, tak nak mengaji. Dah tahu jahil, masih lagi nak lari!

Namun, saya tidak menyalahkan golongan ini secara total. Saya tidak mengatakan mereka sahajalah yang bersalah, kerana ‘golongan sekolah agama’,sebahagiannya, turut memberi saham.

Masakan tidak, kita seringkali dihidangkan dengan berita-berita buruk mengenai pelajar-pelajar sekolah agama. Yang terbaru sekali, kes yang melibatkan seorang pelajar sebuah sekolah agama di Hulu Langat yang membunuh seorang budak kecil, belum dikira lagi dengan kes-kes buli ataupun kes-kes lain yang bertimbun-timbun banyaknya dahulu. Itu yang dihebah-hebahkan. Itu yang di peringkat nasional. Saya percaya, pergilah keluar ke bandar, tengok anak-anak muda di sekeliling anda yang sedang melepak, tanyalah mereka di mana mereka bersekolah. Seorang duanya pasti menjawab di mana-mana sekolah agama. Budak sekolah agama pun gayanya macam tak pernah belajar agama. Apa kes? 

Seorang rakan, Saudara Hafizi, bekas Ketua Umum KISAS, pernah berkata pada saya,

“…kita belajarlah bersungguh-sungguh, kita hayatilah ilmu yang dipelajari dan amalkanlah ianya…”    

picture-542.jpg

Sahabat-sahabat di KISAS

Ya, hayati dan amalkan. Belajar dah malas satu cerita, hayati pun tak pernah lagikan mengamalkannya. Itulah yang jadinya masalah-masalah macam tu.

Belajar agama sia-sia, simpan dalam dada, tak pernah diguna, mulut cakap tak apa, kita orang biasa-biasa, bila badan binasa, barulah terfikir nak balik ke dunia, nak tambah amal pahala. Bila Munkar Nakir tanya, kata tak pernah orang cerita, ha, ini dia, saya tengah berbicara.

Aidiladha 2007
21 December 2007

First skali, rasanya tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam…….Hmm…kali ni nak cerita lah pengalaman berhari raya haji aku pada tahun ni…

Rasanya, taun ni lah raya haji aku tanpa melihat lembu disembelih….waaaaa…..slalunya kalau balik kampung je mesti ada orang tengah sembelih lembu…tapi taun ni x de….huhuhhu…kebetulan Pak Lah pun wat korban kat area Kepala Batas…orang ramai kot pegi sana nak amik daging…errr…Apa yang aku wat sepanjang pagi sampai ke Asar….tido…main dengan adik sedara….makan…tu jeklah…

Cerita pasal makan…emm…bUrrPP… Mak aku wat keK … beli ketupat..lemang….beraya…pun makan tu jek ah….pegi umah atuk…ada ketupat lagi banyak2….makan2 je la…petang tu makan gulai ikan je…

Lepas2 Asar baru kitorang bertolak ke rumah Tok Nek(My GReat Grandparent) …Situ…makan nasi himpit plak…dengan rendang ayam…huuu…sedap2…time tu hujan lebat…balik pun dalam kul 6.30…pastu g lah rumah MakLong plakk….time maghrib…kita solat berjemaah..baca yasin…solat isya”..then makan2 lagi…uhuhuh…ada bihun sup…nasi…lauk2…err..buuRpp…tu Jek lah..bila boring aku men SMS jek lah..

-Wassalam-

I am Legend
19 December 2007

Hari ni aku g pacific dengan kawan2 aku…erm…cadang awal2 nak pegi ramai2…skali ada 3 org jek…adui…semuanya sibuk2 belaka…xde duitlah…dah pegi la…jemput abanglah…macam2 g laa…itu la…makin tua…makin sibuk..hahah… aku pun ponteng tusyen satu kelas…hahah…pegi naik moto dengan kawan aku, pakwan…balik pun naik moto…jimat masa…jimat duit…sian kat dia…duit dia…xpe..kisah pe aku…

Err…kitorang pegi tengok movie…tajuknya…. I am Legend.. pukul 1.30 sampai 3.30

I Am Legend pada asalnya ialah sebuah novel sains-fiksyen 1954 karya Richard Matheson yang menceritakan tentang satu2nya manusia yang hidup kat bumi..

Tapi dalam movie ni, berlatarkan bandar New York, tahun 2012… di mana bumi diserang sejenis virus yang direka manusia, tak boleh dirawat dan cepat tersebar dan berjangkit…huhuh…satu2nya manusia yang terselamat waktu tu ialah Dr. Robert Neville (Will Smith)..dia dengan anjing dia, Samantha(Sam)…last2 anjing dia mati sebab jangkitan virus tersebut….

200px-I_am_legend_teaser.jpg

Dr. Neville ni merupakan anggota tentera berpangkat Colonel dan jugak seorang saintis yang bijaak…  Dia berusaha untuk carikkan penawar untuk rawat manusia yang masih hidup tapi dijangkiti virus berbahaya tersebut (Krippen Virus atau KV)… Yang mana semua yang kena jangkit virus ni akan jadi mutan yang ganas…makan apa je depan mata…diorang tak boleh kena cahaya matahari dan sewaktu dengan cahaya…err…kiranya …limit la waktu si Neville ni nak kluar…sebelum senja je mesti balik…seram woo..

Nak diceritakan setelah beberapa ujian dilakukan terhadap beberapa ekor tikus didapati semuanya tidak berkesan kecuali seekor yang berjaya pulih seperti biasa…Jadi, Dr. Neville pun decide nak test dekat manusia yang kena jangkit tu… tapi kena la pasang perangkap dan strategi….lepas2 dah dapat seekor orang … yang dipanggil Dark Seeker…lepas sekor tertangkap….diorang nak balas dendam kat Dr. Neville…mula2 pasang perangkap kat dia…pastu…serang rumah dia pulak….

Last2, ada dua orang yang masih hidup datang jumpa dia… sorang perempuan dgn sorang budak kecik….diorang ni masih hidup…sempat amik penawar dari Dr. Neville sebelum dia bunuh diri nak bunuh DarkSeekers yang serang rumah dia…diorang pun selamat sampai kat kawasan manusia…err…aku cerita xde la saspen macam dalam movie…tgk saspen gile…tengok la…x rugi…hahah

Pemikiran sekularisme di kalangan pelajar jurusan agama
14 December 2007

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya kat KISAS selalu dengar orang cakap budak2 SMKA sekarang tak ada bezanya dengan SMK. Yang beza cuma ada ‘A’ , pakai tudung labuh, ambik arab(atau f5 ada syariah wa quran surah) tapi perangai tak melambang ciri2 orang yang beriman. Mula2, aku pun x berapa nak setuju sebab aku ni selaku bekas SMKA. Specificnya, bukan semua macam tu, cuma ada segelintir yang memalukan imej SMKA tu sendiri.  dan x mustahil ada budak KISAS yang camtu jugak…

Tudung?? Tudung ni bukannya satu benda yang mudah!! Allah dah meninggikan darjat wanita dengan menutup aurat. Tapi diorang tak sedar malah menuju ke arah jahiliyah!  Kalau dulu wanita tu hamba, bogel je…tapi sekarang dah bagi kemuliaan dengan bertudung nak kembali bogel plak….Huu…Sedeh la tengok ada budak2 SMKA ni yang habis2 je SPM x sampai sebulan dah terdedah sana sini….

Nak tau sebab apa?? Ha…ini la kesannya kalau belajar tanpa praktikal, tak ikhlas dalam melaksanakan suruhan Allah. Pakai tudung semata-mata kerana diorang tu budak SMKA, langsung tak ingat yang tudung tu ALLAH yang suruh. Erm, bukan tudung je, I mean aurat…Ini la yang dikatakan pemikiran sekular. Yahudi dah berjaya mempengaruhi mereka dan diorang ni la yang membuatkan Yahudi2 tu tersenyum…

Haaa…malasnye nak membebel, nantilah sambung..sebenarnya aku tak suke gak nak kutuk2 SMKA ni, tapi harap dijadikan pengajaran. Ni, semalam adik aku tunjuk kat aku gambar budak2 f5 sekolah aku dulu yang tak bertudung pegi shopping complex…Dah la tu, berani letak dalam

(klik read more utk lebih menarik ..haha)

myspace lagi. Haa…tak tau la diorang, kalau dah tersebar nanti, padan muke, merah muka korang time graduasi nanti…

Ni link myspace tu:  http://www.myspace.com/yana_nottygulz

aku malas nak fitnah ke ape, tapi korang cek la sendiri…takut nak cemarkan blog aku ni dengan gamba2 gedik tu…

TRIPOD.com – Beginner Webmaster
12 December 2007

Haa… kali ni aku akan review pasal satu website yang dah lama dah aku tinggalkan…titik tolak kejayaan aku sebagai webmaster…ngeheheh…inilah dia http://www.tripod.com (sentuh la link tu)…

Sebenarnya, time aku first time buat website, time aku form 1, aku pakai Tripod.com. Time tu boleh kata dah cukup hebat la boleh buat website sendiri…haha…tapi bila pikir2 balik…lawok la plak… hmm…macam2 aku buat pakai tripod dulu sampai pelajaran pun tunggang langgang…aku buat laman web diri sendiri(hahahah..budak2), laman web aspura(yg ntahape2), laman web team kolah…dan macam2 g lah…hahah…abang aku pun terikut2 sampai buat web untuk f2 diorang time tu…erm…itu serba sedikit tentang tripod.

Tripod ni jugaklah aku start belajar nak edit2 HTML…nak buat shoutbox, guestbook dan macam2 g lah…Main2 dengan CSS…haa…CSS ni aku blaja dari adik perempuan aku…dia pakai tu untuk blog nickelodeon dia dulu….hmmm….

Tripod.Com - Web for beginners

Hari ni, 12 November 2007….aku pun usha baliklah kenangan dulu…setelah lebih 3 tahun aku tinggalkan web tu. Masih tak berubah, masih kedekuuut. Haha, dia punya free hosting plan masih lagi 20 MegaBytes.Hampeh…tapi kira ok lah dari geocities yang free hosting dia cuma 15Megabytes jek…Tripod ada website builder yang bantu2 kita nak buat website…kira dia dah tersedia la…kita cuma edit online jek…kat mana2 pun boleh…Kira baguslah untuk yang baru nak memasuki alam webmaster….ada add-on contoh cam kita nak letak lagu ke, flash ke, cursor trail ke….dan macam2 lagi….

Alhamdulillah sekarang ni aku dah boleh berdikari tanpa Tripod lagi…haha…dengan semangat dan keazaman yang tinggi, aku sekarang ni dah pakai yang berbayar….thAnx Tripod.Com