Archive for May, 2007

school hoLiDay !!
27 May 2007

yuuuhoooo …. akhirnya cuti pertengahan sudah tiba …. terlepas aku dari sangkar emas selama 2 minggu sebelum disumbat kembali !!

erm … cuti ni … cuti …. aku rasa x dak mood LA !! Homework bertimbun2 ….. dulu time f3 rasa f4 la plg best … tp rupa2nya … f4 lagi teruk dari f3 lagii … waaaa … aku sanggup pegi kelas dari buat homework ….

erm … sebenarnya nak cerita sikit la pengalaman berapa bulan kat kisas ni … kita start dari first day …

Bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar second-intake KISAS …. masa awal2 aku sampai tu … dah ada penyambut tetamu … aku ingatkot f5 masa tu … lepas berapa minggu baru aku tau budak tu f4 rupanya !!! adui … Hambali Md. Arif, SMKA Al-Mashoor … daftar2 … aku dapat la bilik D303 rumah Khalid/Biru … pastu aku terpaksa tukar kepada D305 sebab Shaheer nanti duduk sorang2 .. hahah … kat Koop tu aku jumpa la dengan Syahmi Zubir, kawan sekelas aku dari f3-f4 ….

Malam tu … ada la sesi taaruf skit … banyak benda yang aku x tau sebenarnya … ye la .. masa tu tengah homesick lagi … hati ni asyik ingat nk balik umah je …. budak2 forst intake aku tgk ade la skit2 yg nk buat gap dengan kitorang … aku tau sape aku … ye la … aku x dapat first intake pasal aku x isi borang taun lepas … just isi rayuan saja2 ja …. bukan cam diorang … sibuk fotostat sijil la … jumpa pengetua la … hahah … kira hebat la aku ni ….

selama 2 minggu aku x masuk kelas … macam2 taklimat aku terpaksa dengar …. rasa rugi time tu x masuk kelas …. banyak pelajaran tertinggal …. wwaaa … lepas2 tu … baru la cikgu bagi kelas … aku dapat kelas 4 SCIENCE 7. Kelas kat KISAS ni x streaming … kelas 1st n 2nd je .. macam Irshad gak la dulu2 …. ye la … aku mana layak nak dapat top 60 dalam batch .. KISAS lak tu … mampus aku nk lawan terbaik Malaysia …

Dalam kelas tu aku diam je la mula2 … ye la x knal sape … yg lain2 tu x pe la .. dah berapa bulan kenal … nasib budak laki 2nd intake ada dua … x de la cuak sangat … sebelah aku Asyraf Marzuki, SMKA Al-Mashoor, striker PENANG. Sebelah dia plak Furqon abd. Rahim, SAMTAJ, bdan tegap, tinggi lak tu … sebelah dia plak … budak skolah aku .. Fathin Hanim Abd. Razak, aku sekelas dari f1-f2 … f3 x streaming, kalo streaming mungkin dia kelas aku gak … masa TAHSIN QIRAAT waktu Maghrib, senior aku adalah Bro. Tarmidzi b. Azhar … dia pon 4/7 dulu … sebab tu kena handle kelas aku …

SENIOR???? huhuh … ni aku nak cerita ni …. senior kat situ semua baik2 …. tak garang … tapi tegas … ye la … kalo tak garang sikit .. mana la budak2 nak ikut peraturan ye tak? Tapi aku dah memang pantang dengan orang yang cakap tak serupa bikin .. heheh … paham2 je la …. diorang kadang2 kalau ada x puas hati buat la LIQA’ MUHASABAH … di mana pelajar2 f4 ditengking habis2an sebagai pengajaran …. tapi habis2 tu .. buat balik … wahahaha … cam x guno jo ….

STADI ???? waaaaaaaaaaargh … x paham ape2 pon …. ada la sikit … BIOLOGI !! Dah la cikgu ajar lambat sikit … sekali keluar pengumuman PPT selaras bio masuk sampai bab5 .. kitorang pon kelam-kabut la stadi sampai bab 5 …. sampai satu hari habis 2 bab … wargh .. mantap .. sama la keadaan dengan Add. Math, Fizik dan Mat. Mod. Pada aku, biar la lambat sekali pun … asal paham sudah …

Masa awal2 aku masuk tu … 6 minggu x dapat balik rumah !! Bayangkan … dalam keadaan aku yang homesick lagi …. bila dapat balik umah …. walaupun 5 hari je … aku memang rasa dah bersyukur dah … uhuhhuh …. 3 hari pon malah 1 hari pun aku sanggup balik …. heheheh … aku mula2 tu cuak gak nk ronda2 bandar KLANG .. nak beli tiket bas … tapi sekarang … aku dah boleh solo ronda KLANG … jalan-jalan kat CentrePoint … heheh …

TARBIAH?? Ye, KISAS ni memang Unik. MAsa free memang x de … tapi dipenuhi dengan tazkirah2 … dan majlis2 ilmu yang lain …. even kalau ada masa free 10 minit … aku mesti mewajibkan diri untuk tiDO !! TAARUF?? Ye, f4 kena settle taaruf sesama batch … kalau x settle … ada la hukuman dikenakan oleh abg2 f5 … heheh …cuak o … tiap2 kali tazkirah mesti ada test taaruf … aku yang baru 2 minggu masuk tiba2 dah kena test .. nasib baik aku dapat kenal …. ni la orang pertama aku kena >> Mohd. Amirul Syafiq Bin Mohd. Zani, 409, SMKA Simpang Lima, Perak …. bilik sure aku x tau … haha … ada ke patut …

bawah ni aku sedia la jadualharian aku ..

ISNIN-KHAMIS (*JUMAAT)
5.30 – Bangun dan Bersiap
6.00 – Solat Subuh dan Ma’Thurat (*Sajdah)
6.30 – Makan Pagi dan bersiap2
7.00 – Perhimpunan& Sekolah
*12.30 – Balik Sekolah dan Solat Jumaat
2.50 – Balik Sekolah dan Makan
3.15 – Solat Zohor
3.45 – Prep Petang (*bebas)
5.00 – Solat Asar & Tazkirah
5.45 – Minum Petang dan Riadah / Latihan Karate-dO
6.30 – Bersiap2 dan Makan Malam
7.10 – Tahsin Qiraat
7.30 – Solat Maghrib (Khamis dan Ahad di Masjid Sultan Suleiman)
8.00 – Tazkirah Maghrib [wajib] / USRAH Umum/ Usrah / Kelas Tambahan
9.00 – Solat Maghrib
9.45 – Prep Petang
11.00 – Minum
11.30 – Liqa’ Al-Mulk di Musolla/Floor/DEWAN MAKAN
12.30 – Light Off
12.30 – 2.00 – STADI SENDIRI/ HOMEWORK !!! dlm kelas tido .. hahah

tu baru isnin-khamis … sabtu ahad x tengok lagi …

MULTIMEDIA UNIT?? ha … ni la satu badan besar kat kisas … atau lebih dikenali sebagai MMU … kerja MMU ni buat presentation masa majlis2 besar kat sekolah … aku dah dilantik secara rasmi tanpa sebarang temu-duga macam budak2 lain kena .. wahahah … ni syahmi la ni promote aku … nak diceritakan … kali pertama f4 diberi ASSIGNMENT untuk buat presentation ialah masa sambutan hari GUru … memang hebat gak presentation kitorang .. tapi penuh dengan masalah teknikal … hahahah … x pe la itu semua pengalaman … kitorang malam2 boleh prep kat sana .. nak bukak internet tiap2 hari pon boleh .. tapi banyak web kena block macam friendster la ape la …nasib YM leh bukak ..

aku rasa cukup la setakat ni … banyak kenangan indah kat situ … kalau cerita semua boleh muat satu buku …

WALLAHUALAM … Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Advertisements