Archive for December, 2006

PMR …. result
29 December 2006

Hari ni saje je belek2 surat kabo, nak carik artikel pasal skolah aku. Ye la, sekolah aku kan femes kat penang ni, mesti la tiap2 taun wartawan datang. Aku belek2 paper Utusan dengan Harian Metro tadi. Utusan yang ada gambar 4 orang pompuan tengah belakon belek result dengan mengaku sahabat baik tu budak skolah aku la tu. Cek belah dalam bahagian Luar Negara >> Utara. Harian Metro plak gambar star, Khairi Syafiq mencium ibu tercinta…. Ni la aku scan …. aku bukan kaya sangat nak langgan e-browse ….

keri.jpg

4shbt.jpg

Untuk pengetahuan korang :

9a – 64 orang
8a – 30 orang

ade pembetulan sikit kat utusan tu … x silap aku name budak perempuan tu syazwani, bukan syahwani. Lagi satu yang Syahwani Bin Zubir tu, name betul dia Syahmi bin Zubir. Mesti awek reporter tu nama Syahwani …. heheheh.

————

Hmm, tahniah la dekat semua yang berjaya …

Advertisements

hari bersejarah
28 December 2006

Pagi tadi, satu badan menggigil2 … punya la takut nak keluar rumah. Ye la, nak amik result kan, sape yg tak takut. Tido x lena, makan x kenyang dan macam2 lagi lah. Punya la takut. Sampai terbawak2 dalam mimpi. Tengah tidur pun menggigil2 lagi. Brrr ….

Aku pegi amik result tadi naik bas je. Nasib baik la bas awal. 9:30 datang, 9:40 sampai skolah. Dalam bas pon ade 3 orang je termasuk aku. Aku memang pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan … keh keh keh …

Sampai je skolah, semua dok kumpul satu2 tempat. Rasa cam tak nak amik je result tu. Sekali cikgu panggil ke dewan makan. Panggil satu2 ….. 9a dan 8a je. Mula2 kelas lain, aku dah merah dah muke. Sampai turn kelas aku plak …… menggigil la. Sekali …….

Muhammad Syahiran Bin Suraini ……..

waaaaaaaaaah …. aku pun rasa … ish2 … betul ke ni ?? Rasa cam nak nangis pun ade … ade pakcik2 tu ucap tahniah kat aku. Terharu, ni la kali pertama dalam sejarah aku kat sekolah menengah ni. Aku tak harapkan keputusan camni sangat….. Thnx …utk smua cikgu2 terutamanya cikgu2 f3…. Ustzh Zuraini, Teacher Lela, Cikgu Rodhi, Cikgu Aziz, Sir Ibrahim, cikgu Fauziah…dan semualah

PortableApps.Com – Your Digital Life, Anywhere ..
26 December 2006

Pernah cuba software portable tak? Rata-rata yang ada USB Pendrive tu mesti dah pernah cuba kan? Software portable ni dah dianggap satu perkara yang wajib ada pada semua pemilik pendrive. Rekomen (512Gig and above, kalo sikit tu, lupekan je la …)

Ape tu sofware portable(perisian mudahalih)? Dengan software ni, korang boleh run mana2 software portable terus dari pendrive korang. Tak perlu install ke dalam PC. Hanya klik dan pakai jek. Dah banyak individu cuba membangunkan seberapa banyak portable software sekarang ni. (more info)

portable.jpgportable.jpg

Antara software portable yang aku pakai sekarang macam Adobe Illustrator CS2, Adobe Photoshop CS2, Miranda, dan Opera. Sebenarnya, banyak lagi yang boleh korang simpan dalam pendrive korang untuk dijadikan sebagai portable software. Antara lain seperti Mozilla Firefox, Server Apache, FileZilla, Gaim, OpenOffice, Sudoku dan lain-lain. Korang boleh usha beberapa laman web yang menyediakan software portable seperti di bawah :

http://portableapps.com

http://portablesoftwares.wordpress.com/

http://portablefreeware.com/

http://mojopac.com/ (berbayar)

(nota : aku tak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang melanda, use at your own risk oK!)

World Cyber Games Champion
25 December 2006

 JIHOON SEO. Tak Kenal ? Dia ni antara bintang Korea Utara. Banyak peminat wanita, jeles aku. Nak tau sebab ape die femes kat sana ?? Kalau aku bagitau korang mesti tak percaya .. tapi disebabkan ini dah menjadi satu fakta, aku terpaksa bagitau jugak la.

Jihoon Seo(xerros) merupakan JUARA bertahan World Cyber Games (WCG) yang paling digeruni. Berusia dalam lingkungan 20-an. Orang Korea ni memang pelik sikit, diorang lebih suka tengok permainan video daripada tengok wayang. Tengok wayang dah dianggap ketinggalan zaman dekat sana. Bukan macam orang kita ni, asyik2 layan cerita Korea yang ntah ape2 tu, Winter Sonata la, ape lagi ntah(terutama budak pompuan skool aku).

Dia ni merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya sewaktu dia berusia 12 tahun. Kini, dia hanya tinggal bertiga dengan ibu dan kakaknya. Pemain Game Professional (Professional Player) sekarang dah menjadi satu kerjaya yang berjaya dekat Korea.

Jihoon jugak bukanlah datang dalam keluarga yang berada. Dia memilih kerjaya tersebut bagi menyara anggota keluarganya. Sekali menang ade la dalam (USD 20,000). Mula-mula memang dapat tentangan daripada ibunya sendiri, ye la, ibu mana yang suka anak dia main game je!. Sampaikan komputer dalam bilik mak dia pindahkan ke ruang tamu. “Saya akan menyelinap masuk ke ruang tamu dan bermain pada waktu malam ketika ibu sedang tidur. Pergerakan mouse dan keyboard yang agak bising menyebabkan saya berlatih bermain secara senyap. Dan itulah rahsia saya.†Katanya Tapi selepas kejayaan dia yang pertama dalam World Cyber Games di Korea, barulah ibunya mengalah dan mula berbaik-baik.

Kecekapan beliau dalam bermain permainan komputer ni telah menarik minat doktor2 untuk membuat kajian dalam otaknya. Didapati kedua-kedua bahagian otaknya digunakan ketika bermain permainan tersebut. Tahap manusia biasa hanya dalam lingkungan 100 AMP, tetapi Jihoon mencapai tahap lebih daripada 360 AMP(aku pun tak tau ape bende AMP tu).

Malang sekali, ketika WCG ke-5 dilangsungkan di Singapura baru-baru ini, dia tewas di tangan musuh senegaranya sendiri, Dohyun Na (silent_control). Dohyun akhirnya tewas di tangan Andrey Kukhianidze ([3D]Androide) dari Russia dalam permainan StarCraft: Brood War. Berita baik apabila Andrey ditumpaskan oleh Jaehoon Lee (FOru) dalam peringkat akhir WCG. Jaehoon merupakan rakan sepasukan Jihoon di Korea Utara dan dijulang sebagai wira negara.

korea.jpg

WCG News : Team Korea won the Grand Champion of the WCG 2006!

  1. Korea
  2. Russia
  3. Germany

Trivia : 4 bulan selepas kejohanan WCG, gaji Jihoon kini $USD 200,000 setahun.

Kalau korang rasa nak jadi juara WCG nanti, pikir la dua kali dulu hehehe. Malaysia Boleh !

CicakMan Vid’s on Youtube !
23 December 2006

YeS! Akhirnya aku berjaya jugak mengupload 3 lagi video cicakman ke youtube. I mean, bukan video yang iklan2 semua tu, video cedok dalam movie. Aku upload cuma 3 je, aku pasti akan mendapat sambutan hasil kerja aku tu. Maklum la, tengok kat panggung mane puas, nak tengok sekali lagi, kena usha duit poket dulu.

Nasib baik la adik aku ade belikan Cd Cicakman kat Kepala Batas. Kualiti dia? aduh, tengok wayang lagi berbaloi. Tak reti rakam betul pakcik pirate tu. Aku memang planning nak tengok buat kali ke-2 cerita ni. Kalau sempat la.

Selalunya untuk filem melayu, FINAS cuma bagi 2 minggu je masa ditayangkan. Disebabkan filem ni tak henti2 mendapat sambutan (RM4.4 juta ketika artikel ini ditulis), dengar cerita, KRU nak lanjutkan sehingga hujung tahun ni. Bertambah untung la.

antara part feveret aku dalam citer ni, tengok banyak kali pon x muak. Ade 2 lagi, 1 lagi aku terconvert ke mpeg 16:9 Dolby Digital 5.1. Fail besar sangat, tu sekejap je. Klik la link bawah ni.
http://www.youtube.com/profile?user=yanokage

ScuKz.COm – Portal Remaja Hangat Masa Kini !
23 December 2006

untitled-1.jpg 

Korang pernah masuk portal komuniti Scukz.COm x ?? X pernah ? Itu mungkin dah menjadi satu kerugian bagi anda yang berumur antara lingkungan 14-35 tahun. Portal ni setahu aku dah banyak version dah. Start dari aku form 2 lagi. Versi pertama seingat aku masa akhir tahun 2005. Betul ak khai ?? Pastu terus diupgrade sampai la version latest sekarang ni. Diorang pun dah pakai VPS (Virtual Private Server) sekarang ni, dulu pakai shared web hosting je macam aku…. heheh. Jadi tak risau bandwith langsung. User pon paling ‘kurang’ online dalam 10-22 orang dalam satu2 masa.

Apa istimewanya Scukz.COM ?? Hahah, jangan pandang luar je, ape kate omputeh, don’t judge a book by its cover. Forum diorang ade macam2 la. Daripada PC Software, mp3, v’klips, gossip dan macam2 lagi la yang user diorang tak henti2 nak post benda baru. Sharing is Caring. PC aku ni pon, 70% software dapat kat situ. Memang itu satu kelebihan buat scukz.com.

Adminnya, Muhd. Khairulnizam Hassan (Khai) memang banyak pengalaman dalam pembikinan sesebuah portal bermula daripada sek. men. lagi(macam aku la). Moderator pon semua sporting je, x de main delete2, marah2 orang tak tentu pasal. Diorang tak gila kuasa pun.

Cuma, yang tak eloknya pasal Scukz.com ni ……… aduss … sekali masuk sure ketagih punya wa cakap lu. Macam ketagih dadah(never tried!!). Aku yang pmr taun ni pon boleh tiap2 hari join scukz. Tak masuk sehari macam tak pakai internet satu hari. Mula2 aku, pastu adik aku, sekarang abang aku plak … wahahahah. Korang plak?? Jom lepak.

http://www.scukz.com/scukerz (lain beb!)

CicakMan ~!
12 December 2006

cicakman

Fuuh … baru je habis tengok cicakman …. masuk panggung pukul 9:30 …. habis dalam pukul 11:30 camtu la …. 2 jam la kira. Keseluruhannya … memang puas hati la dengan cerita ni … ni la first time aku tengok cerita “melayu” dekat wayang. Cerita mami2, sembilu,pontianak,senario …. mane den layan … dulu pon den ado jugak review sikit pasal cicakman.

Daripada segi CGI dia … memang ada la sikit kelemahan yang aku nampak. First skali aku nampak bila kat teksi tu. Apsal tengok teksi2 je lalu kat jalan tu. Kecik dari yang biasa … nampak sangat la 3d dia. Macam 3d robot power rangers. Yang lain semua, OK … terutama yang bandar Metrofulus tu. Rumah Prof. Klon pun x nampak real sangat. Besar gaban sangat …. tapi x de la sampai mencacatkan cerita.

cicak22.jpg

teksi2 ni la … heheh

Dalam cerita ni, bukan Apek jer yang banyak buat lawak …. Ginger2 tu la yang paling lawak sekali … terutama yg no2 tu(AC) … muke otai tapi curik surat prof. klon pasal nak kumpul setem …. wahahahah …. bodoh nak mampus.

Memang dah nampak sangat la diorang nak sambung lagi filem cicakman. Tania(fasha) masih x tau lagi sape cicakman, dia ingat danny(yusry) tapi dia dah mampos. Prof. Klon pon masih blom kena tangkap, yang kena tangkap cuma klon dia jer.

Filem ni ada unsur komedi, aksi, sedih, cintan, dll. lagi la … tahniah aku ucapkan kepada filem Cicakman kerana berjaya memungut kutipan RM2juta dalam masa 5 hari ditayangkan. They deserve it !

Tapi, aku pon x paham dengan sesetengah orang ni. Nak banding2kan filem cicakman dengan superhero hollywood. Ceh, x de rasa nak sokong langsung. Ada yang kata tak sesuai la letak MAN lepas nama Cicak tu la, dan macam2 lagi la. Ape kes? tengok superhero asia lain pon pakai MAN jugak … UltraMAN, MercuryMAN.
sesaper yg blom tengok lagi, aku rekomen korang tengok la yer, sokongla industri filem tanah air

4/5 star aku bagi …

The Power of Vista !
1 December 2006

Hampess, memang power beno Vista ni. Disebabkan Vista ni memang power, jadi PC korang pon kena power gak la. Aku try test, katanya PC aku belom cukup power lagi nak convert ke Vista! Ish2, macam2 dah aku upgrade, x power2 jugak. Yang pass pon belah harddisk, ram, soundcard, video card, ngan direct X jek. Cait, x mo la aku pakai Vista.

Korang tengok je la harga XP Professional skang nih, dekat rm220 jugak la. Vista mayB 300++ jugak harga dia. Ish2, kejam btul microsoft …. halalkan je la pirate software lu, orang pon nak merasa jugak. Sekolah pon pkai XP pirate je skang ni. Haha …

 Meh test PC korang plak kat sini : http://ati.amd.com/technology/windowsvista/areyouvistaready.asp

O.. gelak kat aku yer, lepas cek nanti baru la korang tau PC korang tu macam mana … huhu ..

Mungkin korang leh pakai Transformation pack je la, leh gak merasa sikit2 Vista ni.

What the Fcuk with our Next Generation ???
1 December 2006

Tak habis2 dengan masalah sosial yang melanda sekarang ni. Mat REMPIT la, punk, skinhead, gothic, dan macam2 lagi la. Kecewa jugak bila tengok yang terlibat ni bukannya budak2 cina ke india, tapi anak Melayu Islam kita sendiri yang banyak. Aku tau, dah banyak sangat dah artikel pasal budak2 takde akal camni, tapi untuk peringatan je, aku teruskan jugak.

Memalukan !! Itu la antara perkataan yang aku rasa paling sesuai buat babi diorang. Ntah ape yang nak dibanggakan sangat. Dah la buat keje x de faedah, tolong mak basuh pinggan kat rumah lagi baik.

Nak diceritakan, satu hari masa aku round berjaya times square, memang penuh la gothic2 kat dalam tu. Macam tempat ni bapak diorang yang punya. Yang betina tu, astagfirullahalazim, dah macam anak ayam. Senang2 je bagi yang jantan raba2 badan tu. Bukannye tempat sunyi, public lagi. Boleh kate semua tingkat la boleh jumpe melayu tak guna tu. Sampai Mastika pun dah tunjuk. Aku pun, alang2 tu tengok je la … hahahah. Tak de la, dalam hati aku, rase macam nak join je baling selipar jepun jek. Mak bapak diorang tak ajar ke hah ??

gothic.jpg
gothic in times square, very embarassing .. (aku tau pasal ade cosmo’s world dalam tu)

Bukan ape, malu la dekat pelancong2 asing tu sikit. Diorang ni pun datang nak tengok kelainan budaya dekat negara. Sekali tengok dah serupa macam diorang plak. Tak ke boring pelancong tu nanti ??

Aku pun tak tau la nak buat macam mana … aku ni pun kecik lagi. Sedih tengok abang2, kakak2 tu semua. Kat Penang ni pun, penuh mat rempit. Sampai baru2 ni, ade satu kes mat2 rempit mengamuk dalam pukul 2-4pagi. Cara dia, baling topi kaledar, samun kat kereta tu. Takut beb, dah la dekat kawasan aku mat rempit tu. Takut ahli keluarga aku pulak terkena. Kang mati sape nak tanggung?? Harap pihak berkuasa dapat la banteras kegiatan ni. Mak bapak pon, kalau dah tau anak tu geng rempit, bawak je la balai terus … hahahah.

site oK
1 December 2006

hack-small.JPG

5 hari web x leh bukak, semua pasal radio.blog punya pasal la nih. Aku try tanya my sifoo, katanya ada hantu mana ntah nak buat Iframe kat radio.blog aku. Pastu makan bandwith sampai 12 gig satu hari …. ish … gerammnye … radio.blog tu aku nak wat personal je … bukan nak share … caitt ..