Sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi ini telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk , agen Britain, telah bertindak menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan yang telah diberikan oleh negara-negara Barat kepadanya. Malangnya negara-negara Barat telah menanamkan ideologi Barat seperti liberalisme, sekularisme, sosialisme dan lain-lain sehingga mengakibatkan umat Islam meninggalkan Islam. Mereka juga menanam semangat nasionalisme yang sangat tebal sehingga mengakibatkan umat Islam berpecah kepada lebih dari 50 buah negara yang kita saksikan sehingga hari ini. Tidak ada kepimpinan alternatif pada hari ini walaupun beberapa buah negara mendakwa bahwa mereka adalah negara Islam seperti Sudan, Iran, Arab Saudi dan Afghanistan malah Malaysia sendiri. Negara-negara ini seperti Malaysia mencampurkan Islam dengan sistem-sistem dan kepercayaan lain seperti perlembagaan Lord Reid yang mengatasi undang-undang Hudud, Qisas dan lain-lain undang-undang Allah tetapi malangnya mengaku Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malaysia sebenarnya hanya sebuah negara umat Islam dan umat Islam di Malaysia perlu bangkit dengan ilmu yang teguh untuk menjunjung kembali kedaulatan Islam. Sokonglah mereka yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan hukum-hukum (undang-undang) Allah seperti gerakan Islam PAS atau kita akan dipersoal atas ketidakpedulian kita terhadap agama ketika di akhirat nanti.
Janganlah umat Islam patah semangat. Ingatlah Allah SWT akan membantu mereka yang mengikut perintahNya sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan dalam Quran. Rasulullah SAW juga telah berjanji bahwa Khilafah akan muncul semula menyelamatkan umat Islam dari masalah yang mereka hadapi hari ini.
salam ziarah dan salam ta’aruf..